Anak Ain Edruce diserang sawan. Pelakon dan pengacara terkenal Ain Edruce berasa cemas apabila anak tunggalnya Soraya diserang sawan gara-gara mengalami demam panas.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Ain memaklumkan dirinya terpaksa bergegas pulang sebelum tampil secara langsung menerusi program Melodi pada Ahad susulan anak perempuannya diserang sawan.
Menurut Ain lagi sebelum keluar rumah anaknya dalam keadaan baik.
“Dalam pukul 10.30 pagi tadi (Ahad) dia bangun tidur macam gembira. Hati saya pun tenanglah. Saya bersolek untuk ke studio.
“Dah sampai di set, dah siap latihan dengan Bell Ngasri, kemudian dapat panggilan Soraya masuk hospital. Saya hubungi suami semula dan dia kata Soraya diserang sawan.
“Rasa gugur jantung saya. Dengan Melodi dah nak bermula… Tuhan sahaja tahu perasaan saya,” luahnya.
Ain juga meluahkan perkara tersebut dan memberitahu kini sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor.
Terbaru, Ain turut berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya. Malah dia juga menunjukkan suaminya, Amirul Hafiz berdepan keadaan cemas ketika itu.
“Saya tengok video dekat CCTV. Sedih rasanya. Perkara ini terjadi betul-betul selepas saya pergi kerja.
“Anak menangis saya tiba-tiba tiada di rumah. Naik tinggi suhu badan. Soraya tak pernah sawan. Saya tidak tahu bagaimana Amirul boleh kawal situasi ini,” kongsinya.
Soraya Demam Sudah Tiga Hari
Pada perkongsian yang sama, Ain juga memohon agar anaknya kembali sihat.
“Soraya dah demam tiga hari. Dalam pukul 4 pagi (Ahad) demam naik sehingga suhu badan 40 darjah. Sudah bagi ubat pun tak surut.
“Demam dia masih tinggi. Doakan dia sihat,” jelasnya.
Baca Disini : ‘Rupa Tak Boleh Beli Ferrari’ Sebab Inilah Ain Edruce Pilih Amirul
Sumber Kredit : Instagram Ain Edruce
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?