Anak 9 Minggu Jadi Sendaan Lucah Isu Khatan Di UK, Dr Amalina Mahu Saman Komen Biadap

Share

Anak 9 minggu jadi sendaan lucah isu khatan di UK, Dr Amalina mahu saman komen biadap. Memalukan, memualkan dan tiada adab. Inilah dapat disimpulkan tatkala membaca komen-komen lucah melampau ditujukan kepada anak kecil Dr Amalina Bakri, Arabella Mia.

Langsung tidak memikirkan perasaan ibu bapa yang  membacanya, ternyata sikap sesetengah dari kita yang suka mempersendakan orang lain dan memalukan bab dalaman kain dijadikan bahan sendaan, ternyata tindakan pakar bedah ini wajar dicontohi oleh ibu-ibu lain yang wajib mengambil tindakan sama.

Anak 9 Minggu Jadi Sendaan Lucah Isu Khatan Di UK

Jika kita berasa sensitif ahli keluarga dipermainkan orang lain, begitu jugalah di pihak Dr Amalina. Di twitternya sebentar tadi, dirinya berkongsi mahu mengambil tindakan saman terhadap individu biadap yang mengeluarkan komen lucah kepada anak kecil berusia 9 minggu.

Ini tweet Dr Amalina.

Assalamualaikum, saya berbelah bahagi untuk menulis kenyataan ini tapi saya mengambil keputusan utk bersuara kerana sesetengah lelaki melayu Islam (dan juga perempuan) yang membuat kenyataan lucah terhadap anak perempuan saya yang hanya berumur 9 minggu.

Saya banyak membuat Q&A utk berkongsi ilmu medikal kpd ‘followers’ saya. Kenyataan yang saya buat di sesi Q&A di Instagram telah menjadi viral apabila kenyataan saya menjawab soalan daripada ‘follower’ diambil oleh penulis artikel tabloid untuk jadi bahan berita mereka.

Soalan daripada pengikut saya adalah seperti berikut: Adakah ada servis sunat bayi perempuan di UK? Saya jawab: Tidak ada kerana sunat perempuan melangggar undang-undang di negara UK.

Tidak pernah saya mempertikaikan hukum Islam, malah saya buat kenyataan, kalau anda berada di Malaysia, ikutlah fatwa dan undang-undang negara Malaysia. Kenyataan saya kemudiannya diambil oleh media tabloid di Malaysia dgn headline sebegini:-

Anda boleh baca kenyataan penuh saya di IG highlight saya sendiri (Khitan) instagram.com/s/aGlnaGxpZ2h0

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :“Assalamualaikum Arabella Mia” Seminggu Bersalin, Dr Amalina Perkenalkan Puteri Sulung

Pantang Bersalin, Ini Tip Dr Amalina “Bukan Hanya Tempoh 44 Hari, Amalkan Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat”

Komen-komen biadap melampau

Setelah artikel ini keluar di Facebook, bermacam kata-kata jelik, lucah dan hinaan yang dikeluarkan.

 

Saya tidak terkesan sekiranya kata-kata tersebut ditujukan kpd saya, tapi mereka sudah melampaui batas apabila membuat kenyataan berbaur lucah terhadap anak saya yg tidak ada dosa sekalipun. Please leave my daughter alone.

 

Utk makluman, saya dalam proses utk mengambil tindakan undang-undang supaya menjadi pengajaran kpd semua. Saya juga ingin menegur penulis-penulis artikel yg suka membuat headline clickbait atau mengambil cerita remeh

 

Temeh daripada IG saya untuk disensasikan dan menggalakkan orang Melayu Islam bergaduh, memfitnah sesama sendiri. Di mana etika anda? Malah ruang komen pun tidak ada moderasi. Saya harap perkara ini mendapat perhatian pihak berwajib.
Assalamualaikum dan terima kasih.

FYI ini adalah pendapat Majlis Islam Britain. Khitan dikategorikan sbg FGM/FGC di UK. Doc penuh: forwarduk.org.uk/wp-content/upl

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Almaswa Haji Che Ros