Anak 6 tahun meninggal dunia tersepit celah besi meja lipat. Ibu kepada tiga orang anak, Riana Fitriasih Kusnan, 38 tidak menyangka anak bongsunya yang gemar bermain secara ekstrem, boleh membahayakan diri akhirnya meragut nyawa.
Nur Aqifah Humaira Abdullah, 6 maut selepas dipercayai tersepit celah besi sebuah meja lipat plastik dalam kejadian di Taman Seri Putera, Nibong Tebal.
Anak 6 Tahun Meninggal Dunia Tersepit Celah Besi Meja Lipat
Seperti mana dilaporkan Malaysian Gazette, Riana Fitriasih yang juga merupakan warga Indonesia, setiap hari pasti ada saja celoteh anak bongsu yang mana adakalanya membuatkan dirinya marah kerana kelakuan anaknya itu membahayakan diri.
“Anak bongsu saya itu suka sangat main secara ekstrem, bahayakan diri meskipun beratus kali dilarang tapi dia tetap mahu mencuba sehingga kejadian hari ini (semalam) yang meragut nyawanya,”.
Menceritakan detik cemas yang menimpa anak kesayangannya itu, sewaktu kejadian dirinya bersama dua lagi anak berada di rumah sebelum dikejutkan dengan jeritan anak sulung.
“Anak sulung memaklumkan anak bongsu saya ditemui dalam keadaan tidak sedar diri serta tersepit celah besi meja lipat di bahagian belakang rumah.
Ads
“Saya serta anak sulung berusia 10 tahun mengeluarkan mangsa daripada celahan besi meja itu sebelum mendapatkan bantuan jiran membawanya ke Hospital Parit Buntar, Perak untuk tindakan lanjut.
“Bagaimanapun, pihak hospital memaklumkan anak perempuan saya itu meninggal dunia ketika menerima rawatan,” kongsi ibu malang itu.
Riana yang juga ibu tunggal menerangkan meja tersebut tidak digunakan sebelum ini dan disimpan di bahagian belakang rumah.Malah arwah anaknya itu juga tiada sebarang perubahan ditunjukkan sebelum kejadian.
Riana telah kematian suami dan tinggal di situ sejak dua bulan lalu.
“Setiap hari mesti ada saja celoteh anak bongsu yang mana adakalanya membuatkan saya marah kerana kelakuannya itu membahayakan diri.
“Malah sebagai tukang cuci rumah sambilan saya tidak pernah tinggalkan dia sendiri kerana takut sesuatu menimpa disebabkan tindakannya yang suka mencuba sesuatu yang ekstrem.
Ads
“Saya reda dengan kehilangannya namun tidak sangka tindakannya yang sering saya larang itu meragut nyawanya,” luah Riana.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siput babi dan beberapa jenis siput lain adalah makhluk perosak yang akan membuatkankan tanaman rosak sekelip mata. Makhluk perosak ini biasanya akan menyorokkan diri pada siang hari kerana cuaca panas tetapi keluar menyerang pokok pada waktu malam terutama selepas hujan.
Kesan kehadiran makhluk perosak ini di lokasi berkenaan dapat dilihat pada tanda-tanda berikut:
1. Ada banyak lubang di bahagian daun pokok.
2. Ada kesan cecair berlendir yang kering berwarna keperakan juga ditinggalkan pada daun dan juga pada jalan laluannya.
3. Bahagian pokok seperti batang, ranting dan sebagainya berselerakan di merata tempat.
Makhluk ini sebenarnya suka sangat memakan daun atau bahagian pokok yang mempunyai banyak air, berlendir dan sesuai dengan seleranya.
Pokok yang diserang akan menjadi hidup segan mati tidak mahu atau terus mati atau sukar dipulihkan semula walaupun mengambil masa yang agak lama bergantung kepada pokok yang terlibat.
Bagi mengelakkan kejadian ini terjadi langkah permulaan sebagai pencegahan boleh dilakukan iaitu dengan membersihkan kawasan di sekitar taman anda supaya tidak ada tempat atau kawasan yang terlindung, gelap, sejuk dan lembap yang biasanya menjadi sarang atau tempat berlindung makhluk perosak ini. Kalau terjumpa sarangnya musnahkan semua telur atau anak-anak yang banyak sekali bilangannya.
Ada beberapa langkah penghapusannya sama ada menggunakan racun kimia atau secara organik. Namun pada kali ini dipaparkan dulu kaedah yang mudah dan secara organik tanpa menggunakan racun.
Kaedah 1
Bunuh Secara Manual
Siput akan keluar pada waktu malam terutamanya selepas hujan. Anda boleh bunuh cara manual dengan memijak dengan kaki atau menghempapnya dengan benda keras seperti batu atau gunakan garam untuk membunuhnya seperti tersebut di bawah.
Kaedah 2
Penggunaan Garam
Langkah mudah dan ringkas membunuhnya ialah dengan menggunakan garam yang ditaburkan di sekeliling kawasan tanaman hiasan. Sebaik sahaja garam tersebut terkena bahagian anggota siput yang terdedah akan mati secara tiba-tiba hasil daripada tindak balas bahan kimia tersebut.
Inilah langkah-langkah mudah dan praktikal tanpa membahayakan untuk mengawal atau menghapuskan bilangan siput dalam taman.
Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ketika dalam tahanan, suspek pembunuhan kejam rakan sekolah sendiri mendedahkan motif tragedi yang meragut nyawa Allahyarham Siti Nur Surya Ismail. Dakwa suspek, mangsa sering mengejek tentang kehidupan keluarganya yang miskin.
Memandangkan ibunya hanya seorang tukang cuci. Dan bapanya pula bekerja kampung. Jauh nak dibandingkan dengan kehidupan keluarga Allahyarham yang senang.
Kononnya Allahyarham suka mengejek dengan mengatakan dirinya tidak cantik. Berbeza dengan mangsa dan disebabkan itulah suspek masih tak ada teman lelaki.
Kata mengata dan sindir menyindir itulah menjadi punca dirinya sering memendam rasa.
Dan akhirnya membuatkan suspek dipercayai nekad membunuh rakan sekolah sendiri di ruang tamu kediaman dekat Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu.
Demikian yang dikongsikan Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud.
Semalam sekitar 7.30 pagi rakan Allahyarham ini tampil ke Balai Polis Telemong dengan ditemani ibunya. Bagi membantu siasatan. Namun, timbul keraguan dalam keterangannya. Di tangannya pula ada kesan gigitan dan kecederaan. Pihak polis kemudian menahannya sekitar jam 8.15 pagi.
Susulan itu, siasatan lanjut dilakukan di rumah suspek. Dan polis menjumpai barang-barang yang hilang dari rumah Allahyarham Siti Nur Surya. Seperti telefon bimbit, wang tunai dan alat solek.
Bunuh Bersendirian Atau Bersama Individu Lain?
Sehingga ke saat ini siasatan masih terus dijalankan. Palis masih mencari jawapan sama ada pelajar perempuan Tingkatan Enam ini melakukan pembunuhan berseorangan atau bersama orang lain.
Dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan bahan bukti lain termasuk kesan tapak kaki dipercayai suspek bersendirian.
Malah, pihaknya memohon sekiranya ada pihak mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.
Mangsa Dan Suspek Bergelut, Kesan Tusukan Di Leher
Berkemungkinan pergelangan tangan mangsa dipotong sehingga putus ketika dia masih hidup. Kemudian, mangsa ditikam dileher dengan senjata yang sama sehingga mati.
Malah, terdapat kesan tusukan pada leher mangsa selain beberapa kecederaan lain.
Maklumnya lagi, mangsa dan suspek dipercayai bergelut berdasarkan helaian rambut yang ada dalam genggaman mangsa. Ujian asid deoxyribonucleic (DNA) sudah pun dijalankan dan pihaknya masih menunggu pengesahan.
Suspek juga direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 9 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Fattah sering kongsi rindu anak & isteri, Pekin Ibrahim kongsi “bila masuk waktu dia minta nak solat terus. Sejak semalam kisah perceraian Fattah Amin dan Fazura menarik perhatian peminat dan orang ramai.
Ramai yang dilihat #gengfattah dan rata-rata bersimpati dengan nasib rumahtangganya yang dibina selama 7 tahun musnah selepas bekas isterinya, Nur Fazura memfailkan permohonan cerai.
Fattah Sering Kongsi Rindu Anak & Isteri
Dihadapan wartawan semalam, Fazura berkongsi antara tiga sebab rumahtangga mereka runtuh kerana Fattah Amin gagal menunaikan nafkah, berlaku curang selain tiada persefahaman dalam rumahtangga. Bahkan isu pemberian kereta Range Roger, duit raya anak, rumah dan lain-lain lagi dikongsikan usahawan ini hingga ia mendatangkan simpati terhadap Fattah.
Semalam, pengarah yang juga pelakon Pekin Ibrahim turut berkongsi bahawa sepanjang mengenali Fattah dan menjalani penggambaran filem bersamanya, jelasnya menuduh Fattah ada perempuan lain adalah satu tuduhan agak berat.
“Sebagai kawan aku rasa tuduhan itu berat buat beliau, hanya apa yang mampu kita semua mintak supaya beliau tabah & kuat .
Dalam pada itu, dirinya berkongsi bahawa Fattah juga dilihat agak mengutamakan ibadah solat hingga masuk saja waktu, Fattah minta rehat seketika untuk bersolat.Jauh sekali dilihat menggatal atau bercerita hal wanita.
Pekin Ibrahim Kongsi “Bila Masuk Waktu Dia Minta Nak Solat Terus
“Semasa penggambaran bersamanya, Fattah dilihat sering berkongsi perasaan rindu pada anak dan isterinya. Itu saja yang terkeluar dari mulutnya.
“Jauh sekali tuduhan dia ada wanita lain. Kami menjalani pengambaran lama, bersama pelakon dari indonesia. Tidak sekali pun saya nampak Fattah gatal atau bercerita hal wanita. Sampai waktu solat, hanya mintak rehat untuk tunaikan kewajipan.
Dalam pada itu, Pekin akui mengenali Fattah agak lama yang mana Fattah adalah rakan sekelas semasa di UUM dahulu.
“Mengenali Fattah Amin, teman sekelas saya di UUM. Saya pernah mengarah beliau di saat ramai kata dia pelakon kayu tapi dia buktikan dia boleh berlakon dengan baik. Ketika saat-saat rumahtangganya tengah bergolak saya & dia bersama lagi untuk sebuah filem.
“Latihan & pengambaran agak lama. Kami luang masa bersama. Tidak sekali pun dia tunjukkan masalah di wajahnya. Tidak sekalipun bercerita hal peribadi, hanya rindu anak & isteri yang sering sahaja terkeluar dari mulut beliau.
“Sebagai kawan aku rasa tuduhan itu berat buat beliau. Hanya apa yang mampu kita semua mintak supaya beliau tabah & kuat. Sedih dengar hal-hal cerai ni. Mintak jauh hal-hal macam ni. Tapi aku team Fattah. Korang? soalnya yang mana perkongsiannya mendapat perhatian ramai.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!