Anak 5 tahun dilanggar van sekolah, “Nurhafizah terbaring kaku & pemandu minta maaf berulang kali. Tragedi murid dilanggar van atau bas sekolah bukan baru. Kebanyakan kes, pemandu memberi maklum tidak menyedari murid sudah melintas jalan sebelum menyedari bahawa pelajar sudah meninggal akibat tergilis.
Ia sebenarnya hal yang sangat menyedihkan dan inilah perasaan dirasai oleh Karmin Kahil, 39 tahun apabila anak bongsunya, Nurhafizah, lima tahun yang juga murid pra sekolah meninggal dunia di depan rumah mereka. Menyangka anak bongsu itu sudah mengikut abangnya, pemandu berkenaan bagaimana pun terlanggar Nurhafizah sebelum berulang kali meminta maaf.
Anak 5 Tahun Dilanggar Van Sekolah
“Saya tidak menyangka kehilangan anak bongsu dalam sekelip mata, mungkin kejadian dapat dielak sekiranya pemandu van sekolah berkenaan lebih berhati-hati,” kata suri rumah, Karmin Kahil, 39.
Dia berkata, kebiasaannya Nurhafizah dan abang arwah, Muhammad Afieq Miqhael, 6, akan memanggilnya ketika menghampiri pagar rumah selepas turun daripada van sekolah kira-kira 11 pagi.
“Nurhafizah Terbaring Kaku & Pemandu Minta Maaf Banyak Kali
Namun, katanya, semalam dia hanya mendengar panggilan pemandu van sekolah yang memintanya keluar rumah untuk melihat keadaan anaknya.
“Nurhafizah hanya terbaring kaku manakala pemandu van sekolah berkenaan berulang kali meminta maaf dan menyatakan sudah melanggarnya.
“Pemandu van sekolah berkenaan kemudian meninggalkan lokasi kejadian kerana mahu menghantar murid lain, sebaliknya saya dibantu jiran untuk menghantar anak ke Klinik Kesihatan Masai sebelum arwah disahkan sudah tiada,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Bandar Seri Alam di sini, hari ini.
Karmin berkata, kejadian itu mengakibatkan Muhammad Afieq Miqhael trauma kerana dia melihat keadaan Nurhafizah hingga membuatkannya menangis setiap kali melihat gambar adiknya mahupun ketika kami bercerita berkaitan kejadian yang meragut nyawa arwah.
“Arwah Nurhafizah dibedah siasat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan disahkan mengalami pendarahan dalaman di bahagian kepala serta urat leher di bahagian belakang kepala juga terputus.
“Mungkin dia terseret dalam kejadian, namun kami serahkan kepada polis menjalankan siasatan dan tindakan mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.
Kedua-dua adik-beradik itu belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Alam 2 di sini.
Nurhafizah mula menaiki van berkenaan sejak awal tahun ini manakala Muhammad Afieq Miqhael pula mendapatkan perkhidmatan van sekolah itu sejak tahun lalu.
Karmin yang berasal dari Sabah sudah menetap di Johor selama 20 tahun berkata, dia dan suaminya, Nuljin Delson, 41, yang juga jurukimpal, reda dengan kejadian menimpa anak mereka itu.
“Semalam wajahnya berseri-seri seperti kebiasaannya dan arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Cahaya Masai, Pasir Gudang kira-kira 6 petang,” katanya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :–Dua Beradik Maut Dilanggar, Ibu Kongsi Arwah Sering Bertanya Bila Mahu Beli Baju Raya
Dilanggar Kereta Balik Tarawih, Kematian Sangat Dicemburui Disolatkan Jutaan Orang Di Masjidil Haram
Tragedi Rider Dilanggar Di Lampu Isyarat, Kutipan Kilat Berjaya Kumpul RM204,322 Dalam 48 Jam
Tragedi Rider Dilanggar Di Lampu Isyarat, Kutipan Kilat Berjaya Kumpul RM204,322 Dalam 48 Jam
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI