Anak 2 Tahun Meninggal Ditinggalkan 8 Jam Dalam Kereta, Ibu Sangka Anak Sudah Turun Ke Tadika

Share

Kanak-kanak 2 tahun meninggal ditinggalkan 8 jam dalam kereta, ibu sangka anak sudah turun ke tadika. Gara-gara menyangka anaknya sudah turun dari kenderaan ketika menguruskan seketika perniagaan dalam talian di hadapan tadika anaknya belajar, seorang ibu diuji dengan kematian anak kecilnya.

Kanak-kanak Perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas lapan jam terperangkap di dalam kenderaan  di Ara Damansara, di sini, akibat ibunya menyangka sudah menghantar mangsa ke tadika semalam.

Anak 2 Tahun Meninggal Ditinggalkan 8 Jam Dalam Kereta

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.40 petang menyatakan mangsa tidak sedarkan diri di rumah di Ara Damansara, di sini.

Memetika laporan Harian Metro,  hasil siasatan lanjut polis mendapati pada jam 7 pagi, ibu mangsa berumur 30-an menghantar dua anaknya ke sekolah berhampiran dan seterusnya ke tadika berdekatan untuk menghantar mangsa.

Ibu Sangka Anak Sudah Turun Ke Tadika

“Sampai di tadika, ibu mangsa berhenti sekejap untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi.

“Ibu mangsa terus balik ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada di dalam kereta pada jam 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhruddin berkata, bapa mangsa membuat panggilan Mers 999, memberi rawatan awal kepada mangsa sehingga pihak ambulans dan polis tiba di tempat kejadian.

“Mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia.

“Bedah siasat dijalankan hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka, lebih bertanggungjawab dan mementingkan keselamatan anak di bawah jagaan masing-masing.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Enjin Hidup & Pintu Tidak Berkunci, Wanita Hadapi Detik Cemas Dua Anak Ditinggalkan Dalam Kereta Dilarikan!

Cuaca Panas Anak Mudah Kena Strok Haba, Pakar Kesihatan Ingatkan Ibu Bapa Jangan Tinggal Anak Dalam Kereta

“Apakan Daya Saya Terpaksa..” Hampir 10 Bulan 5 Beranak Berhimpit Tinggal Dalam Kereta

Warga Emas & Anak Didakwa Perkosa Remaja 15 Tahun Dalam Kereta

Follow kami di TELEGRAM

, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

DS Vida tawarkan pekerja McD kerja dengan gaji banyak selepas bersimpati mendengar luahan Izuan, pemuda masalah pendengaran yang merayu agar rakyat Malaysia menghentikan boikot ke atas restoran makanan segera McD kerana banyak pekerja yang terjejas.
Memahami keperitan dialami Izuan, dirinya menawarkan pekerjaan. Alhamdulillah, moga rezeki DS Vida terus murah.

 

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros