Ana Nayla ramai puji miliki sepasang mata yang sangat cantik. Menerusi perkongsian di akaun Instagram pasangan pelakon popular Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mendedahkan wajah dan nama anak sulung mereka buat tatapan peminat.
Nama yang indah diberi buat puteri sulung, Ana Nayla binti Ahmad Nabil. Bukan itu saja malah menerusi ruangan komen ramai yang memuji bayi mereka yang sangat comel dan memiliki sepasang mata yang sangat cantik.
Bukan itu saja malah penyanyi lagu Pencuri Hati ini turut menitipkan doa agar Ana Nayla menjadi anak yang baik dan disayangi ramai.
“Assalamualaikum uncles and aunties!
“Sepatutnya keluar harini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty hihi!
“Doakan Ana Nayla supaya sentiasa, selamat, disayangi & menjadi anak yang baik ya,” tulis Ayda yang sangat bersyukur selamat bersalin dan dikurniakan bayi yang begitu comel.
Ayda Jebat & Nabil Mahir Timang Cahaya Mata Perempuan “Alhamdulillah Semuanya Berjalan Lancar”
Ayda Jebat & Suami Bakal Timang Bayi Perempuan, Pilih Bersalin Secara Pembedahan Caesarean
Ayda Jebat Wanita Terbahagia, Kini Isteri Nabil Mahir “Sedia Timang Cahaya Mata Secepat Mungkin”
Pasangan selebriti popular ini telah mengumumkan tentang perkhabaran kelahiran anak mereka sebelum ini. Malah Nabil juga memanjatkan rasa bersyukur segalanya dipermudahkan dan proses kelahiran cahaya mata pertamanya itu berjalan lancar.
“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ayda selamat melahirkan anak pada jam 7.07 malam seberat 2.77 kilogram,” tulis Nabil.
Ayda dan Nabil berkahwin pada 1 Januari lalu selepas bertunang secara atas talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ayda sebelum itu menerusi perkongsian di akaun Instagramnya memaklumkan akan bersalin seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Ayda Jebat