Amylea selamat bernikah. Tahniah diucapkan buat penyanyi Amylea Azizan, 37 yang telah selamat bergelar isteri kepada pegawai bomba Singapura, Mohammad Aqbar bin Mohamad, 40, dengan sekali lafaz pada tarikh yang dirahsiakan.
Penyanyi wanita yang berasal dari utara tanahair itu telah selamat dinikahkan oleh wali hakim di majlis pernikahan yang berlangsung di rumah keluarga penyanyi itu.
Amylea Selamat Bernikah
Dalam majlis yang tertutup dan sederhana Amylea menerima mas kahwin senaskhah Al-Quran dan telekung serta hantaran bernilai RM8,888. Angka itu dipilih sebagai lambang cinta infiniti dua pasangan sejoli itu.
Kedua-dua mempelai tampil memakai dua busana rekaan pereka fesyen terkenal, Teruntum Putih Redzuan Alias.
Majlis yang berlangsung secara sederhana itu dihadiri tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat. Majlis resepsi bakal berlangsung pada 27 January tahun depan.
Perkenalan Begitu Singkat
Penyanyi yang popular dengan lagu Kendati itu menzahirkan rasa syukur dirinya sudah pun bergelar isteri tanpa disangka kerana perkenalannya dengan Aqbar atau lebih dikenali sebagai Ash begitu singkat.
“Ternyata Allah itu maha berkuasa. Dan dalam fikiran saya yang tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini, tup-tup, saya kini sudah bergelar isteri. Alhamdulillah…
“Perkenalan saya dengan Ash pun melalui media sosial sejak beberapa bulan lalu. Bila dah selesa berkawan, Ash terus melamar saya.
“Selepas mengamalkan beberapa doa dan solat istikharah, ada petanda baik yang berlaku. Dan kemudian dia terus berjumpa dengan keluarga saya. Alhamdulillah, saya tak pernah setenang ini sejak Ash hadir dalam hidup saya,” katanya.
Suami Sifatkan Amylea Wanita Bijak
Ash pula menyifatkan Amylea seorang wanita yang bijak dan serba serbi tahu mengenai segala perkara, membuatkan dirinya tertarik pada penyanyi itu.
Bagaimanapun katanya, buat masa ini mereka terpaksa melalui kehidupan jarak jauh kerana tugasannya sebagai pegawai Bomba di Singapura.
“Mujur Amylea faham dengan situasi ini dan kami sedang mencari jalan macam mana nak duduk sekali. Perkara ini berlaku terlalu pantas. Saya jugak tidak sangka perkenalan singkat kami ini diakhiri dengan penyatuan cinta yang indah. Maka, tengoklah macam mana nanti, just go with the flow,” tuturnya.
Sementara itu, bersempena dengan perkahwinan itu, Amylea turut tampil dengan single lagu terbaharu berjudul Panji Putih Buat Pangeran, didedikasikan khas buat suaminya.
Menurut Amylea, lagu itu dicipta sebagai tanda cinta mereka yang akan kekal hingga akhir hayat dan dapat didengari oleh anak cucu mereka satu hari nanti.
“Lagu ini berkisarkan kedegilan hati saya yang merasakan hidup ini seperti sudah berakhir. Panji Putih itu diibaratkan seperti saya mengalah (bendera putih). Dan Pangeran pula sebagai tanda Ash sebagai orang barisan hadapan yang kerjanya saya hormat dan pandang tinggi.
“Ash meminati perkara-perkara tradisional dan saya gabungkan citarasa saya dan dia dengan menghasilkan lagu ini dalam genre keroncong moden,” ujarnya.
Panji Putih Buat Pangeran akan dilancarkan pada penghujung Disember nanti dan peminat boleh mula mendengar ‘teaser’ di media sosial penyanyi itu.
Baca Disini : Amylea Azizan Dedah Rahsia Kurus Tanpa Ke Gym, Cuma Diet Betul Berat Badan Turun 6kg Sebulan
View this post on Instagram
Foto : Instagram Amylea
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI