Amylea Rayu Sumbangan Biayai Kos Rawatan Ayah “Harap Allah Lipat Gandakan Rezeki Yang Membantu”

Share

Dalam keadaan Pandemik Covid-19, sememangnya pelbagai dugaan dan cabaran yang datang. Begitu juga dengan penyanyi Amylea Azizan.

Selebriti yang lahir dari rancangan realiti Akademi Fantasia ini terpaksa merayu sumbangan derma kilat bagi membiayai kos rawatan ayahnya, Azizan Zainal Abidin, 62, yang menghadapi masalah jantung.

 

Amylea Rayu Sumbangan Derma Kilat Untuk Biayai Kos Rawatan Ayah

Amylea yang segan untuk meminta sumbangan orang ramai, terpaksa akui dek kerana dia tidak mempunyai pilihan lain bagi memastikan bapanya kembali sembuh seperti sedia kala.

“Ayah sepatutnya menjalani prosuder Angiogram pada Mac lalu di hospital kerajaan, namun beberapa kali terpaksa ditangguhkan akibat Covid-19,” terang Amylea seperti mana dilaporkan oleh mStar Online.

Bukan itu saja malah Amylea juga menerangkan secara kebetulan ayahnya mengalami jangkitan kuman pada paru-paru dan perlu dirawat dengan segera.

“Doktor memaklumkan mereka kekurangan katil dan perlu beri keutamaan kepada pesakit Covid-19. Jadi mereka cadangkan kami untuk bawa ayah ke hospital swasta.

“Kebetulan ayah pula mengalami jangkitan kuman pada paru-paru dan perlu rawatan secepat mungkin.

“Ayah tiada insurans dan ketika pandemik begini saya serta adik-beradik tidak dapat keluar bekerja, ini sahaja (minta bantuan) jalan yang boleh kami fikirkan,” luahnya.

Baca Disini Juga: 

Didie Alias Kehilangan 5 Ahli Keluarga “Ya Allah Kuatkanlah Kami Sekeluarga Dugaan Covid”

“Untuk Semua Dari Mandi, Kafan, Solat Sehinggalah ke TANAH PERKUBURAN. Tak Payah Bayar” Khiriah

COVID-19: Sempat Pesan Anak Pergi Rumah Anak Yatim, Sebelum Meninggal Ketika Menunggu Bantuan

https://www.mingguanwanita.my/covid-19-sempat-pesan-anak-pergi-rumah-anak-yatim-sebelum-meninggal-ketika-menunggu-bantuan/

https://www.mingguanwanita.my/food-bank-bantuan-kesihatan-terapi-kaunseling-percuma-harap-ringankan-beban-yang-terkesan/

Terharu Ramai Yang Sudi Hulur Bantuan

Amylea yang juga dikenali sebagai komposer juga begitu terharu dengan respons ramai yang sudi menghulurkan bantuan kepada ayahnya.

“Saya berasa terharu apabila ramai rakan, peminat dan jiran tetangga yang menghulurkan bantuan sehingga ayahnya dapat dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Jumaat lalu.

“Saya memang tak tahu nak cakap macam mana, terima kasih banyak-banyak. Saya harap Allah SWT akan lipat gandakan lagi rezeki mereka semua yang telah membantu ayah saya.

“Ayah kini hanya menunggu giliran untuk melakukan Angiogram bagi mengetahui keadaan jantungnya dan akan menjalani pemeriksaan susulan di Hospital Serdang pada September depan,” ungkapnya lagi.

Keluarga tersayang Amylea.

Sumber: mStar Online
Sumber Foto: Instagram Amylea Azizan

Mingguan Wanita : Semoga ayah Amylea cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan rawatannya. 

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Norhayati Binti Suboh