Amelina kesal kecewakan arwah abah. Orang tua adalah anugerah terbesar bagi semua anak di dunia.
Malah kasih sayang yang tidak berbelah bagi seorang anak kepada ayahnya juga amatlah bererti.
Menerusi perkongsian terbaru di hantaran akaun Instagram, penyanyi dangdut Amelina telah menulis surat terbuka buat arwah ayahnya.
Pemilik nama sebenar Norazlina Amir Sharipuddin yang merupakan penyanyi dangdut terkenal pada tahun 90an meluahkan rasa kekecewaan kerana meninggalkan ayah kesayangan.
Begitu sebak kandungan surat tersebut dimana Amelina memohon maaf atas segala perbuatannya selama ini sempena hari kelahiran arwah ayah pada 17 April ini.
“Surat untuk Abah,
“Abah,
“Selamat hari lahir in advance 17/4/1947 – 06/01 / 2009
“Amir sharifuddin bin abdul rauf
“Al fatihah.
“Abah,
“Along mintak maaf segala kesalahan Along.
“Along tau Along dah kecewakan hati Abah dan Mak.
“Along abaikan cita-cita Along dan keluarga.
“Along tinggalkan semuanya selama 15tahun.
“Along dah kecewakan harapan keluarga.
“Along lupa janji-janji Along pada Mak&Abah
“Tapi itu bukan kehendak Along,
“Along tau apa yang Along buat dulu itu salah
“Tapi Along TERBELENGGU dengan TAKDIR Along sendiri.
“Abah,
“Sekarang Along dah pun terima apa yang patut Along terima dari perbuatan along.
“Dan Along redha, Along tau Abah tetap sayang Along kan?
“Mak selalu cakap Abah tak pernah lupa mendoakan Along masa Along tak ada dulu.
“Abah,
“Along dah balik dengan cucu-cucu Abah ke rumah kita dulu.
“Along janji Along akan jaga Mak, Angah, Adik & cucu2 Abah,
“Along janji Along akan jadi ANAK, KAKAK & IBU yang baik
“Pada keluarga kita, selagi nafas Along belum terhenti.
“Abah,
“Doakan Along semoga kuat yer , doakan rezeki Along yer abah & doakan along terhindar dari fitnah dunia.
“Along nak Abah tau Along, Mak, Angah, Adik serta cucu2 Abah tak pernah lupakan Abah.
“Segala kasih sayang & pengorbanan Abah sentiasa di hati jadi kekuatan kami
“Tenanglah Abah disana, doa kami sebagai penyambung kasih kita sekeluarga,” kongsi Amelina.
Menerusi ruangan komen ternyata ramai yang sebak dengan luahan dari Amelina.
Menarik Lagi : Jual Nasi Ayam & Nasi Minyak, Amelina Tak Malu Berusaha Dari Mengharap Belas Kasihan Orang
“Kami Masing-Masing Faham Isi Hati” 15 Tahun Jadi Ibu Tunggal Akhirnya Mas Idayu Bertemu Jodoh
Mingguan Wanita : Teringat pada arwah Ayah. Al-Fatihah.
Sumber Foto : Instagram Amelina Sharipuddin
Gigihnya Ayu Raudhah menjaga anak dan sibuk berniaga.
Syawal ini Aizat terakhir beraya sebagai seorang bujang.
Sedapnya sambal belacan ni, makan dengan nasi panas terus terangkat!
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak