Amelia Henderson berjaya dalam rayuan. Terbaru pelakon dan pengacara jelita yang kini popular dengan rancangan audio siar (podcast) kendaliannya, Studio Sembang telah berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Rayuan tersebut bagi mengetepikan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd dalam isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu.
Amelia Henderson Berjaya Dalam Rayuan
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Pesuruhjaya Kehakiman Leong Wai Hong memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Amelia selaku pemohon selain meneliti segala rekod rayuan secara maksimum dan hujah kedua-dua pihak.
Bagaimanapun mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi nominal RM10,000 dalam tempoh 14 hari dan faedah lima peratus kepada syarikat produksi bermula hari ini.
Dalam prosiding secara dalam talian itu, Amelia diwakili peguam Mansheel Kaur manakala peguam Ashmadi Othman mewakili syarikat produksi itu selaku responden.
Fail Rayuan Berhubung Keputusan Mahkamah Sesyen
Untuk rekod sebelum ini, Amelia telah memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A. Aida Production Sdn Bhd pada 18 April lalu.
Pada 7 April lalu, Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Amelia membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A. Aida Production selepas didapati melanggar kontrak lakonan dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.
Ads
Mahkamah turut memerintahkan Amelia untuk memohon maaf dan memadam video di Instagram mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu.
Pada 2 Ogos lalu, Amelia berjaya mendapatkan penangguhan bagi pembayaran ganti rugi dan permohonan maaf yang perlu dibuat kepada A. Aida Production.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar wang RM200,000 tersebut dimasukkan ke dalam akaun bersama yang akan dikendalikan oleh kedua-dua firma guaman yang mewakili syarikat produksi itu dan Amelia.
Sayu hati dengar penyanyi Zizi Kirana mengaji Al-Quran dalam satu rakaman video yang dimuatnaik dalam aplikasi TikTok miliknya.
Kata Zizi, “Pertama kali tampil mengaji di kaca TV, mau tercabut lutu. InsyaAllah saya akan terus belajar lagi.”
Video berdurasai 60 saat itu rupanya adalah penglibatannya untuk rakaman program TV, Rahsia Ramadhan. Itu merupakan kali pertama Zizi mengaji di hadapan kamera.
Rasa syukurnya makin berganda apabila rata-rata yang menonton video yang dimuat naik pada jam 4 pagi itu, memberi maklum balas yang positif.
“Alhamdulillah, semua komen baik-baik dan mereka turut mendoakan saya. Saya tersentuh hati membaca komen-komen itu semua.”
Merdu Suara Zizi Kirana Mengaji
Kemerduan suara Zizi Kirana bertaranum juga diakui Nor Farhatul Fairuzah Panut, juara Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa tahun 2019.
Malah, mereka berdua sempat merakamkan selawat Birosulillahi Wal Badawi bersama-sama. Akui Zizi, perasaan gementar itu terbawa-bawa. Sampai berkerut-kerut keningnya waktu merakam selawat dengan adik Farhatul Fairuzah yang bersuara emas itu.
Zizi yang tidak kekok membaca Al-Quran ini berharap, perkongsiannya itu memberi inspirasi kepada anak muda dan golongan artis untuk turut serta dalam program keagamaan. Agar mereka lebih berani mengaji di khalayak ramai.
“Masih ada yang takut-takut nak mengaji depan TV dan ustaz-ustaz, tak salah untuk kita terus belajar dan memperbaiki ilmu agama.” Biarpun dia sendiri ketar lutut bila nak mengaji depan orang, tapi perasaan gementar itu dapat diatasi dengan sebaiknya.
“Saya yakin orang lain pun boleh buat juga.”
Sememangnya sejak dulu lagi, Zizi ini dah amalkan membaca Yasin setiap malam Jumaat. Katanya tak lama dulu, kalau dia rasa susah nak tidur, dia akan buka Al-Quran dan berzikir. Ayat-ayat suci itu lah yang membuatnya tenang dan rasa tenteram.
Baru sebentar tadi dimaklumkan oleh ayahnya sendiri, di ruang instagram miliknya,
Tulis Ali,
“Salam semua.. nak bagitau pada semua anak saya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah dah kembali kepada penciptaNya.”
“Sedekah Al Fatihah buat anak syurga ini.”
“Tunggu walid dan ibu di sana. Tidurlah sayang. Rehat lah sayang. Syurga tempat kamu sayang..! Allahuakbar.”
Walid Dan Ibu Sentiasa Ada Bersama Kamu
Sehari sebelum Ainul kembali ke rahmatullah, Ali berkongsi momen dia bersama isteri dan anaknya itu di hospital.
“Gambar ni masa sebelum adik operation. Masa ni masih di Hospital Ampang. Esok hari Isnin, keputusan doktor berkenaan kamu sayang. Semoga ada sinar buat kamu esok. Semoga semuanya dipermudahkan buat kamu sayang esok.”
“Teruslah kuat sedaya kamu. Walid dan ibu sentiasa ada bersama kamu dan terus berdoa untuk kamu.”
Alami Komplikasi Pembedahan
Ainul dilahirkan pada 6 Ogos yang lalu di Pusat Rawatan Islam Kohilal, Taman Melawati, Kuala Lumpur dengan alami juandis pada hari kelima kelahirannya.
Kemudian, arwah dipindahkan ke Hospital Ampang dan mendapat rawatan susulan pula di Hospital Serdang selepas disahkan menghidap injap jantung terbalik dan jantung berlubang.
Anak Ali puteh juga lalui tempoh 12 jam pembedahan untuk membetulkan injap jantungnya. Ainul kemudiannya, alami komplikasi pada paru-paru selepas pembedahan. Malah bergantung pada alat bantuan pernafasan selepas itu.
Ali juga mempunyai seorang lagi anak sulung, Sharifah Nur Aaira Qaireen. Menerusi perkongsian Ali dua hari sebelum pemergian Ainul, anak sulungnya itu meragam.
Tulisnya, “kakak meragam je 3, 4 hari ni. Tapi malam-malam kakak doakan walid dan ibu dan adik Ainul. Sabar ya kakak. Doakan adik sihat yer. Nanti walid bawak kakak jalan-jalan ya sayang.”
Namun, sudah tertulis akhirnya Ainul pergi juga dan Allah lebih sayangkan Ainul. Al Fatihah.
Belanja barang dapur sekarang ini tak lagi macam dulu. Kalau tak harga barang naik, barang dapur pula tiada stok di kedai. Susah nak cari. Bukan sekali dua terbaca rungutan pengguna akan masalah harga barang naik sekarang ini. Sampai dah tak tahu nak berbelanja jimat macam mana lagi.
Mendengar keluh kesah pengguna, Datuk Rosyam Nor, penerbit dan juga usahawan St Rosyam Mart Sdn Bhd mengajak pengguna berbelanja jimat pada 25 Julai nanti.
Kongsinya bersempenan pembukaan cawangan pasaraya itu di Sungai Buloh, akan diadakan jualan harga ayam 88 sen seekor.
Bukan itu saja, satu papan telur ayam akan dijual pada harga RM2.88 sen.
Kongsinya di instagram miliknya, “ayam mahal.. Maa.. naa adaa.
Ayam seekor 88 sen aje hoi.
Telur ayam 1 tray RM2.88 sen.
Semua akan berlaku bermula ada pembukaan #strosyammartsungibuloh #24jam
Berbelanja Jimat.. Banyak Lagi Barang Harga 88 Sen
Pasaraya St Rosyam Mart ini juga beroperasi di Taman Setiawangsa Kuala Lumpur, Taipan Business Centre, Subang Business Centre dan Seksyen 9, Shah Alam.
Sebelumnya, menjelang Syawal lalu pasaraya ini pernah menawarkan ayam segar berharga RM1.49 seekor bagi menghargai peminat drama 30 Hari Sebelum Raya.
Pasaraya baru yang bakal di buka di Bandar Baru Sungai Buloh itu juga menyediakan barangan basah, frozen, barang dapur segar dan sebagainya.
Sebagaimana yang dikongsikan Datuk Rosyam Nor, bukan saja ayam berharga 88 sen. Ada banyak lagi barang-barang lain berharga 8 sen, 88 sen di pasaraya mewah yang menawarkan harga borong.
Perkongsiannya itu mendapat sambutan baik dari kalangan peminatnya yang gembira dengan harga ayam murah yang ditawarkan.
Mingguan Wanita :Kenalah bersiap-siap dari sekarang, simpan ‘date’ dalam kalendar, man nak dapat ayam harga semurah itu.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...