Dalam musim PKP ini, daripada membuang masa tanpa buat apa-apa, ada baiknya tanam sayur. Apatah lagi kalau halaman rumah agak luas, sesuai sangat jadikan hobi masa lapang.
Inilah yang dilakukan oleh jejaka, Zulkifli Ahmad yang menjadikan hobi tanam sayur sekadar suka-suka membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka. Menariknya, hasil tanaman itu cukup lumayan dan segar bugar.
Jadi, dari tuaian hasil sayuran itu, Zulkifli tidak menjual sebaliknya berkongsi rezeki dengan memberikan pada jiran-jiran tetangga.
“Hare rezeki…semua lepas ambil nak bayar tapiu saya cakap tak payah. Ambil saja,” itulah antara kapsyen pada perkongsian video yang dimuat naik di aplakasi tiktok.
Menerusi video tersebut, pemilik kebun sayur sedang mengagihkan sayur-sayuran yang dttanam di halaman rumahnya kepada beberapa jiran tetangga.
Berkongsi cerita, Zulkifli Ahmad, 34 tahun berkata, idea untuk bercucuk tanam ini tercetus secara spontan ketika PKP 3.0 dilaksanakan pada Jun lepas.
“Asalnya sekadar hobi suka-suka saja. Malah, nak kata saya suka bercucuk tanam , tak adalah juga. Tapi masa PKP, semua tak boleh keluar, jadi saya bersama rakan serum, Jorizal Yazit perlahan-lahan mula menanam sayur.
Ads
Bersama kawan serumah, Jorizal Yazit usahakan kebun ini.
“Asalnya, saya mencuba tanam stevia, tapi tak menjadi. Saya tukar sayur lain pula. Alhamdulillahm seronok pula tengok bila hasilnya menjadi. Tambahan pula, saya guna kawasan lama bahagian tepi rumah. Sekarang dari belakang hingga ke depan penuh dengan pokok sayur.
“Niat kami memang untuk beri sedekah saja, pada jiran-jiran dengan rumah kami, boleh dapat sayur free.
“Kebetulan, rumah teres kami tinal ini berdekatan dengan kedai runcit. Bila ada orang lalu lalang dan nampak kebun sayur, mereka tanya nak jual. Kami beritahu, tak jual dan sesiapa saja boleh ambil. Ramai nak bagi duit, tapi memang niat kami nak sedekah.,” kata Zulkifli.
Menurut Zul lagi, terdaapt hampir 10 jenis sayur-sayuran yang ditanam di kebun mini mereka iaitu, kailan, kacang panjang, bendi, cili, terung, sawi, bayam, tomato dan lain-lain lagi. Tak kurang juga yang memuji dan mengatakan ‘tangan sejuk’ sebab banyak tanaman sayuran ini menjadi.
Ads
“ Mungkin sedikit sebanyak saya mewarisi daripada arwah mak yang memang suka bercucuk tanam sama ada pokok sayur atau hiasan,: katanya yang menetap di Saujana Utama, Sungai Buloh.
Tambah Zul, memandangkan dia dan rakan serumah bekerja, jadi mereka peruntukkan masa setiap hujung minggu di kebun sayur berkenaan.
“Nak memantu atau bersedekah tidak semestinya dengan wang ringgit. Kami seronok sangat bila tengok orang happy dan tumpang gembira sekali, “ katanya.
Ads
Kredit: mStar
Mingguan Wanita : Inilah hasilnya berbudi pada tanah dan berkongsi rezeki dengan orang lain. Moga Zulkifli sentiasa dimurahkan rezeki hendaknya.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Zaman sekarang anak-anak mudah terdedah dengan media sosial, melihat channel seperti YouTube, TikTok dan sebagainya. Tak dinafikan mak ayah kena lebih memantau, apa yang anak-anak tonton di media sosial ini. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang masih kecil.
Sebaiknya elakkan anak menonton channel influencer kanak-kanak seperti ‘Kids Diana Show’ ini di YouTube. Ini kerana ia mampu beri kesan buruk pada tingkahlaku, adab dan perkembangan anak-anak itu sendiri.
Ini pandangan yang dikongsikan oleh Maryam Jamadiyang merupakan Pediatric Occupational Therapist boleh dijadikan rujukan.
“Anak saya lompat keluar dari kereta bergerak”
Bagi saya dalam banyak-banyak kes tingkahlaku, kes lompat keluar dari kereta bergerak ini antara yang paling ekstrim. Bukan 1 kes tapi 2 kes dalam tahun ini.
Biasanya saya akan selidik sejarah, latarbelakang anak dan keluarga. Kena korek semua sekali baru boleh kesan punca masalah.
Dua-dua kes lompat keluar dari kereta ini ada 1 persamaan iaitu peminat tegar channel influencer kanak-kanak di Youtube.
Antaranya Diana & Roma yang saya memang dah pangkah untuk anak-anak saya sendiri sejak kali pertama tengok.
Kenapaaa?
1. Sikap Diana yang terlampau “Diva” dan “Bossy”
Anak umur 7 tahun ke bawah tidak boleh bezakan lagi baik atau buruk, akan mudah terikut. Lagi-lagi perkara tak elok, berapa saat tengok pun dah ingat. Setiap episod ada babak Diana mengarah-arah mak ayahnya dan abang, membuatkan anak rasa mereka pun boleh buat juga.
2. Terlalu Materialistik
Nak mainan besar, nak alat solek gempak, nak baju “princess”. Apa yang mak ayah Diana & Roma memang ikut kemampuan mereka, tetapi bila anak tengok Diana dapat macam-macam membuatkan anak pun “expect” akan dapat juga.
Bila tak dapat apa yang Diana dapat, memang boleh buat anak rasa sedih dan “depressed” seolah-olah mak ayah tak sayang.
3. Biadap & Masalah Tingkahlaku
Bila tak dapat, merajuk.
Bila tak bagi apa dia mahu, menjerit dan menenking.
Bila tak benarkan apa-apa, campak barang.
Semua ini anak akan ikut, akan anggap mak ayah seperti hamba yang wajib ikut kemahuannya. Bila tak dapat, akan mula menjerit, memberontak seolah-olah tak dapat terima.
Itu yang jadi kes anak nak lompat keluar kereta yang bergerak padahal isunya kecil sahaja.
4. Gaduh
Gaduh dengan adik beradik tapi mak ayahnya tak tunjukkan model yang bagus. Sepatutnya siapa yang salah kena minta maaf, tapi cara mak ayab Diana Roma hanya “distract” dengan buat benda lain.
5. Berlebihan
Rumah penuh dengan mainan, baju, kasut, alat solek tetapi ada dapat lagi mainan baru. Perkara ini akan buat anak rasa tak bersyukur dengan apa yang dia anak, sentiasa nak lebih dan lebih.
Itu yang buat anak jadi mudah tantrum, merajuk, menjerit, dan sebagainya.
Contoh kita orang dewasa, ada minat dengan influencer kaya raya dan suka tengok “lifestyle”, mereka. Tapi kita dah dewasa, tak adalah rasa “depressed” ataupun boleh sedar diri sendiri.
Tapi anak kecil mereka tak tahu, bila tengok kehidupan Diana & Roma terlampau vavavoooms boleh menimbulkan rasa tidak bersyukur, tak bahagia dengan apa yang dia ada dan buat mereka rasa tidak hormat dengan mak ayah sendiri sebab tak mampu nak beri seperti mak ayah Diana & Roma.
Kesimpulannya, saya tak sarankan mak ayah benarkan dan dedahkan rancangan berkaitan influencer kanak-kanak pada anak.
Umur 7 tahun ke bawah, ada banyak lagi rancangan yang lebih bagus dan bermanfaat untuk otak anak.
Channel apa lagi yang tak elok untuk anak? Jom share
Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy , Selayang
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya, mak ayah kena pantau channel influencer kanak-kanak, yang anak-anak lihat di Youtube. Ia boleh beri kesan dan pengaruh buruk pada perkembangan anak-anak lebih-lebih lagi yang berusia bawah 7 tahun.
Siapa kata barangan Malaysia tak ada ‘kelas’. Malah ada yang memandang rendah pada kualiti barangan tempatan sehingga sanggup mengagungkan barangan import.
Jangan pandang sebelah mata dengan barangan Malaysia kerana ia begitu mendapat sambutan yang cukup luar biasa di kalangan rakyat tempatan.
Semua ini terbukti melalui kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (KBBM) yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan telah pun mencapai kejayaan luar biasa di karnival dan ekspo sebelum ini.
Kempen Beli Barangan Malaysia Yakinkan Pengguna
Apa yang perlu kita tahu, Kempen Beli Barangan Malaysia adalah untuk menggalakkan orang ramai untuk membeli barangan buatan Malaysia. Secara tak langsung, kita turut menyokong dan membantu pengusaha tempatan serta memberi kesedaran tentang kualiti barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan ini setaraf dengan piawaian antarabangsa.
Jadi, tidak hairanlah dalam memeriahkan kempen beli barangan tempatan ini terdapat ekspo dan karnival yang dapat membuka mata masyarakat tentang kehebatan produk tempatan.
Jom Ke Karnival Jualan Di Dataran Cenang
Sehubungan itu, salah satu program terdekat yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) adalah karnival jualan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBMM).
Karnival jualan ini berlangsung di Dataran Cenang, Pulau Langkawi yang bermula pada 11 hingga 14 November ini.
Sudah pastinya perlbagai program yang menarik menanti pengunjung di sana dan pastinya, YB Dato’ Rosol Wahid, Timbalan menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan merasmikan majlis pelancaran itu nanti.
Apa yang menarik lagi sepanjang 4 hari itu, pelbagai produk dan jenama Malaysia ditawarkan pada harga berpatutan. Selain itu, pengunjung jangan lepaskan peluang untuk melihat pameran dan demontrasi penghasilan produk tempatan sepanjang berlangsungnya karnival itu.
Tidak ketinggalan, setiap pengunjung yang datang pada karnival ini akan berpeluang untuk menyertai peraduan istimewa yang akan disediakan dan pelbagai aktiviti yang menarik lain.
Inilah masanya untuk anda, rakyat Malaysia terokai produk tempatan dan pastinya anda terus ‘jatuh cinta’ dengan keunikan produk Malaysia.
Jumpa di sana!!!
#barang baik, barang kita!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Chef Wan bersyukur sel kanser belum merebak ke otak, selesai buat kemoterapi tulang belakang.
Berita Chef Wan mengidap kanser limfoma cukup membuatkan peminatnya berasa risau. Walau menyedari kanser sejenis penyakit boleh membawa maut namun Chef Wan kekal positif menjalani rawatan kemoterapinya kali pertama semalam.
Apa yang membuatkan dirinya bersyukur, sel kanser limfoma itu tidak merebak ke bahagian otaknya.
Chef Wan Bersyukur Sel Kanser Belum Merebak Ke Otak
Memetik laporan Harian Metro, Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, 65, bersyukur sel kanser limfoma dihidapinya tidak menyerang bahagian otak.
Chef Wan berkata dia mendapat perkhabaran baik itu selepas menjalani rawatan kemo semalam. Menurutnya, dia ada berdepan kesakitan sewaktu rawatan namun tidak lama.
“Saya menjalani rawatan kemo pada tulang belakang sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya sel kanser limfoma saya cuba menyerang otak. Proses itu sangat cepat, cuma 15 minit.
“Selepas prosedur itu, saya terus tertidur selama empat jam. Pada jam pertama, saya boleh rasa kesakitan dan kurang selesa. Saya rasa sedikit pening-pening juga.
“Doktor kemudian memaklumkan keputusan ujian baik dan sel kanser belum sampai ke otak lagi. Saya sangat bersyukur mendapat berita itu,” katanya.
Dalam pada itu, Chef Wan juga sangat waspada mengambil ubat-ubatan dalam proses kemo dijalani agar tidak memberi kesan kepada organ dalaman.
“Sepanjang hari saya mengambil segala jenis pil untuk melindungi kemo itu daripada memberi kesan sampingan dan menjaga organ dalaman saya,” katanya.
Pada minggu lalu, Chef Wan berkongsi khabar sedih memaklumkan dirinya disahkan menghidap kanser limfoma selepas dua kali melakukan ujian electrocardiogram (ECG).
Doktor turut memaklumkan padanya bahawa dia mempunyai peluang untuk sembuh antara 70 hingga 80 peratus.
Sensasi! Wanita miliki 4 suami! Yakin perkahwinan sebelumnya telah bubar dengan sendiri tanpa daftar ke mahkhamah. Akhirnya hanya berkahwin 2 minggu sebelum suami memfailkan faraq perkahwinan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.