Kadang-kadang kita tak tahu banyak toksin dalam badan dek kerana pengambilan pelbagai jenis makanan. Ini termasuklah semua sumber makanan yang kita ambil tiap-tiap hari, baik sihat atau tidak sihat.
Akhirnya, badan mula tidak larat, penat dan letih sebabnya pelbagai jkenis toksin dalam badan yang berkumpul. Kesannya boleh membawa pelbagai jenis penyakit yang kita sendiri tidak sedar.
Jadi, kalau badan ingin ringan dan sentiasa sihat, boleh cuba amalkan petua ini dengan mengambil bawang putih dan perain air lemon. Mungkin ia boleh membantu dan berkesan untu membuang toksin dan racun dalam badan.
Bawang putih adalah salah satu makanan sihat yang perlu kita amalkan sebagai rutin harian. Bawang putih kaya dengan vitamin, mineral, enzim yang diperlukan oleh tubuh badan serta mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan.
Antara manfaat bawang putih adalah menewaskan setiap jenis jangkitan kerana bawang putih mempunyai kandungan anti bakteria yang kuat, melawan dan mencegah pelbagai jenis kanser, mengubati masalah pencernaan, menurunkan kadar kolestrol, dan meredakan selsema.
Bawang putih juga dapat membersihkan tubuh badan anda dari racun dan membantu anda menyelesaikan segala jenis penyakit yang anda hidapi. Berikut adalah cara-cara mengolah bawang putih untuk mengeluarkan racun dalam tubuh.
MW: Mungkin ada yang tidak suka ambil bawang putih, namun tidak salah untuk kesihatan kita juga kan! Selamat mencuba.