Selalu kita sebut air tangan ibu sebab tak kisah dia masak apa sekalipun, anak-anak tetap rasa sedap. Bagaimana pula dengan ayah? Bagaimana nak pastikan anak akan ingat pada air tangan ayah.
Ingat lagi tak, masa anak kecil, mak pasti akan suapkan anak. Malah, ada yang sampai belasan tahun pun masih lagi nak mak suapkan.
Ada sesetengah mak pula, nak anak berdikari dan biarkan anak suap sendiri. Tak kisah berselerak atau bersepah, nanti boleh bersihkan.
Sebenarnya, masa anak kecil inilah kena cuba sedaya upaya cari peluang untuk suapkan anak, lebih-lebih lagi suapan dari ayah. Inilah yang dikatakan air tangan ayah.
Masa kecillah, anak makan bersuap sampai bertambah-tambah. Bila besar mungkin mereka rasa malu pulak.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bila Mak Ayah Tiada, Gunalah Pakaiannya, Inilah Pahala Kebaikan Berterusan Selain DOA Anak
Bila Anak Perempuan Akil Baligh, DOSAnya Terkait Dengan Ayah, Berpesanlah Mak Ayah Padanya!
Info Lebih Menarik DI SINI
Seharian saya ke tempat kerja, balik petangnya saya cuba sebaik mungkin luang masa menyuap anak-anak makan.
Isteri saya yang masakkan.
Dan sebagai ayah, saya suapkan. Tak kisahlah sesibuk atau sepenat mana pun saya, saya cuba.
Inilah ‘air tangan’ ayah yang ayah beri kepada anak-anak. Menyuapkan anak-anak makan ketika anak-anak masih umur kecil dan mahu disuap ni.
Ambil dan gunakan peluang masa yang ada ini sebaik mungkin. Suapkan anak-anak makan selagimana anak-anak mahu disuap makan. Saya tak mahu nanti tiba masa anak-anak tak mahu lagi disuap barulah terhegeh-hegeh saya nak menyuap. Tak mahu menyesal nanti.
Ayah-ayah memang kena suapkan anak-anak makan.
Malam ini Ateh AL (anak ke-4, umur 3 tahun 3 bulan) tidur seawal jam 7petang, jadi saya suapkan Aboy HE (anak ke-3, umur 5 tahun 2 bulan) saja. Dipendekkan cerita, Aboy makan malam ini bertemankan Spiderman.
Tiba-tiba Aboy cakap, “Sedaplah nasi ni Papa suap. Jadi bertambah sedap!” Seronoknya saya rasa. Alhamdullillah.
Mingguan Wanita : Mak ayah gunalah peluang ini sebaik mungkin. Ingatan untuk anak bila dewasa nanti betapa kasihnya seorang ayah.
Sumber: Syahr Musafir
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita