
Isi Kandungan
ToggleParuppu Vadai merupakan sejenis kudapan ringan yang berasal dari India selatan.Kuih vadai ini bukan sahaja dinikmati oleh kaum India malah turut popular di kalangan berbilang kaum di Malaysia. Rasa lemak kacang dhal dengan aroma rempah ratus dan daun kari memang mampu membuka selera seisi sesiapa sahaja.
Malah, kudapan sihat namun penuh berkhasiat ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Cara membuatnya pula tidaklah tidaklah sesukar mana.Sempena cuti umum Deepavali, mak-mak boleh cuba resipi istimewa, kudapan tradisi masyarakat India ini.
Bahan-Bahan:
4 cawan kacang dhal – rendam semalaman atau minimum 4 jam
4 biji bawang besar – dicincang halus
2 biji cili merah (dicincang halus
2 biji cili hijau – dicincang halus
3 tangkai cili kering – dicincang halus
1 sudu besar jintan manis – ditumbuk kasar
2 tangkai daun sup dan daun bawang – dicincang halus
1 tangkai daun kari – dicincang halus
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Serbuk perasa
Cara Membuat:
1. Kisar 3 setengah cawan kacang dhal dengan telur dan 1 senduk kecil air.
2. Kemudian,campurkan baki setengah cawan kacang dhal didalam kacang dhal yang telah dikisar tadi.
3. Setelah itu, masukkan bahan-bahan seperti bawang merah, cili merah,cili hijau,cili kering, daun sup dan daun kari, kacau sebati.
4.Masukkan pula jintan manis, tepung gandum, garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Panaskan kuali dengan api perlahan dan kepal-kepalkan bentuk bulat, masukkan perlahan-lahan dalam minyak dan goreng hingga kekuningan.

Selamat Mencuba!
Sumber: Aneka Resipi Kuih Muih
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aplikasi Dating Jadi Perosak Rumah Tangga, ‘Buka Jalan’ Suami Isteri Curang

Isi Kandungan
ToggleAplikasi Dating jadi perosak rumah tangga, ‘buka jalan’ suami isteri curang. Dalam era digital yang semakin maju ini, teknologi memainkan peranan besar dalam kehidupan seharian kita. Salah satu aspek yang semakin menjadi kebiasaan ialah penggunaan aplikasi dating.
Aplikasi Dating Jadi Perosak Rumah Tangga, ‘Buka Jalan’ Suami Isteri Curang
Aplikasi seperti Tinder, Bumble, dan lain-lain bukan sahaja menjadi platform untuk individu bujang mencari pasangan, tetapi juga menimbulkan isu kesetiaan dalam perkahwinan. Kebimbangan mengenai suami isteri yang curang melalui aplikasi dating semakin meningkat dan menjadi perbualan hangat dalam masyarakat.
Kemudahan dan Keselesaan
Aplikasi dating menawarkan kemudahan dan keselesaan untuk mencari kenalan baru hanya dengan beberapa klik sahaja. Bagi sesetengah individu, ini menjadi tarikan utama untuk mencuba aplikasi tersebut, walaupun mereka sudah berkahwin.
Pelbagai alasan diberikan, seperti mencari hiburan, menghilangkan bosan, atau mencari teman bicara. Namun, apa yang sering terjadi ialah hubungan yang terjalin di aplikasi ini boleh membawa kepada kecurangan.
Faktor Psikologi dan Emosi
Kecurangan bukan sahaja berlaku kerana daya tarikan fizikal semata-mata, tetapi juga kerana faktor psikologi dan emosi. Suami atau isteri yang merasa tidak dihargai atau tidak mendapat perhatian yang cukup daripada pasangan mungkin akan mencari kepuasan emosi di tempat lain. Aplikasi dating memberikan peluang untuk berkenalan dengan orang yang mampu memberikan perhatian dan pengiktirafan yang mereka rindukan.
Isu Kepercayaan dan Kesetiaan
Kepercayaan adalah asas dalam sesebuah perkahwinan. Penggunaan aplikasi dating oleh pasangan yang sudah berkahwin boleh menjejaskan kepercayaan dan kesetiaan dalam hubungan. Apabila salah seorang pasangan mendapati pasangannya menggunakan aplikasi tersebut, ia boleh membawa kepada konflik besar dan merosakkan ikatan perkahwinan. Rasa cemburu, marah, dan kecewa sering kali tidak dapat dielakkan.
Impak Terhadap Keluarga
Kecurangan yang berpunca daripada aplikasi dating tidak hanya memberi kesan kepada suami dan isteri, tetapi juga kepada anak-anak dan keluarga secara keseluruhan. Anak-anak mungkin akan terkesan secara emosi apabila menyaksikan pertengkaran atau perpisahan ibu bapa mereka. Ini boleh membawa kepada trauma dan mempengaruhi perkembangan psikologi mereka.
Langkah Pencegahan
Untuk mengelakkan kecurangan yang berpunca daripada aplikasi dating, beberapa langkah boleh diambil:
- Komunikasi Terbuka: Pasangan suami isteri perlu berkomunikasi dengan lebih terbuka tentang perasaan dan keperluan masing-masing.
- Meningkatkan Kualiti Hubungan: Luangkan masa berkualiti bersama pasangan untuk menguatkan ikatan perkahwinan.
- Bersikap Jujur dan Setia: Pegang teguh prinsip kesetiaan dan kejujuran dalam hubungan.
- Elakkan Penggunaan Aplikasi Dating: Jika tidak ada keperluan, elakkan daripada memuat turun atau menggunakan aplikasi dating.
Memetik Sinar Harian , seorang wanita berusia 35 tahun bertindak curang selepas mengetahui suaminya main kayu tiga sebaik sahaja kelahiran cahaya mata kedua.
Pekerja swasta, Baizura, 35, berkata, selepas mengetahui suaminya, Azman bersikap curang, dia melakukan perbuatan sama untuk membalas dendam.
“Saya mengetahui suami main kayu tiga dengan seorang gadis yang dikenalinya di Tinder.
“Ketika itu saya sedang hamil anak kedua, bayangkan betapa remuknya hati apabila mengetahui perkara itu.
“Saya memilih untuk berdiam diri dan melihat sejauh mana suami akan bertindak.
“Ketika itu saya hanya pura-pura polos dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri walaupun rasa cinta serta sayang semakin pudar,” ceritanya kepada Sinar Harian.
Baizura memberitahu, pada mulanya dia menyangka hubungan Azman dengan wanita berkenaan hanya sekadar teman secara maya, namun sangka baik itu meleset selepas melihat perbualan mereka dalam ruang sembang berkenaan.
Tambahnya, perbualan itu menunjukkan mereka telah lama berhubung dan pernah berjumpa serta melakukan hubungan intim beberapa kali.
Menurut Baizura, dia cuba untuk menidakkan perkara itu tetapi disebabkan ada bukti, dia terdorong melakukan perbuatan sama.
“Selepas sahaja pantang berakhir, saya tidak lagi melakukan hubungan intim bersama suami. Saya memilih untuk memuat turun aplikasi Tinder dan bertemu dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin.
“Seperti bulan jatuh ke riba, lelaki berkenaan bekerja di syarikat sama dengan saya bekerja. Selepas perkenalan singkat di Tinder, kami beralih ke aplikasi WhatsApp dan kerap berjumpa serta makan bersama,” ujarnya.

Jelas Baizura, hubungan dengan lelaki berkenaan semakin rapat sehingga mereka pernah terlanjur.
“Bagaimanapun hubungan itu diketahui oleh suami. Saya berterus terang dan mengatakan ia sekadar untuk membalas dendam kerana mahu dia (suami) rasa apa yang saya rasa.
“Akhirnya masing-masing mengakui kesalahan, namun rumah tangga yang dibina selama tujuh tahun ini ibarat sedang menanti belah,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga:
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berbaloi Ke Inai Tangan Harga RM550 Macam Ni..

Isi Kandungan
ToggleKecewa sungguh WN Syuhada ketika mahu ke majlis makan malam. Segala persiapan sudah dibuat, dari pilihan baju sampailah solekan.
Cuma inai tangan saja, dia belum bertemu dengan orang yang membolehkannya melengkapkan penampilan pada malam dinner nanti.
Dalam kekalutan, akhirnya dia dapat juga khidmat seorang pelukis inai yang berpengalaman 17 tahun dalam kerjayanya.
Sayang apa yang jadi.. harga yang diperoleh tidak berbaloi dengan hasil lukisan inai tangan yang diterima.
Mingguan Wanita mendapatkan keizinan daripada Syuhada untuk kongsikan semula kisahnya. Sebagai pengajaran, agar sesiapa pun lebih berhati-hati ketika berurusan jual beli.
Inai Harga RM550 Untuk Tangan Sahaja
Untuk dinner malam tu semua perfect ( for me). Baju onz by Uncle’s Ash Bin Arrif, makeup onz by Ainna ML tapi inai je ke laut. Stress betul.
Ceritanya Syu tak sempat berinai so minta kawan carikan someone yang boleh datang hotel untuk inai sebab petang tu busy sangat.
Syu dah wassap beberapa henna artist around KL tapi semua full date tu. Maka dengan masa yang limited panggil je la auntie ni dekat Ampang Point. Dia sanggup datang hotel untuk berinai . Harga dia setuju mula-mula RM150 untuk inai tangan sahaja .
Then dia pun datang hotel. Lambat juga dia sampai. So, kitaorang pun start la berinai. Mula-mula boleh nampak dia punya lukisan tak kemas pastu asyik tersalah.
Lukisan tangan kiri tak sama macam tangan kanan. Siap yang kawan Syu punya, so my turn. Syu request nak panjang sikit dari kawan Syu, pastu bunga nak lebat sikit.
Lepas Dah Kering, Aduhai.. Tak Rupa Inai Langsung
Pastu last-last dia beritahu harga RM550. Mula-mula nampak ok je inai sebab belum keringkan . Nampak cantik la juga. Lepas dah kering tu aduhai stress tengok takde rupa inai langsung .
Auntie ni awal-awal dah lari tak tunggu kering. Katanya rushing nak ambil anak dia .

Mula-mula argue juga harga tu . Dia kata sebab design susah plus pengalaman dia dah 17 tahun k. Syu macam pelik dah, takkan tambah sikit panjang harga mencanak naik dari kawan.
Kawan Syu RM150, Syu punya RM550, transportation cost lain tau. Tapi sebab dah penat waktu tu so Syu bayar je lah.
Auntie ni beroperasi di Galaxy Ampang. Takde niat nak tutup periuk nasi dia cuma lain kali please be careful.
Salah Syu sebab tak tanya awal-awal sebab ingatkan harga naik sikit je. Kalau cantik takpe, ini alahai.. stress tengok.
Berbaloi ke harga RM550 macam ni? Geram je tengok.
MW : Dalam apa juga perniagaan yang kita jalankan, seharusnya peniaga bersikap jujur dengan pelanggan. Kerana, kejujuran itulah yang kelak buatkan rezeki takkan pernah putus.
Sumber/Foto : WN Syuhada
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Rasa Percutian Musim Sejuk? ‘Brick-Tacular’ Legoland Bakal Beri Keseronokkan Untuk Anak-anak

Musim cuti persekolahan ni mak-mak tentunya dah ada perancangan nak bawa anak-anak bercuti dan habiskan masa bersama. Kalau masih buntu dan tak tahu mana nak tuju, apa kata ke taman tema Legoland Malaysia Resort, di Johor Bahru. Sepanjang bulan Disember yang merupakan cuti persekolahan dan juga musim perayaan Hari Natal yang bakal disambut tidak lama lagi, taman tema akan membawa salji sebenar ke Malaysia bagi memberikan pengalaman musim sejuk yang penuh keajaiban! Setiap 30 minit, para pengunjung dapat menyaksikan penurunan salji di hadapan Big Shop, sekaligus menjadikannya sambutan yang paling unik di Malaysia sempena musim perayaan ini. Selain itu, para pengunjung juga dapat mengalami pengalaman artik di seluruh taman tema termasuk bar ais krim iglu yang pertama di Malaysia. Di situ, pengunjung juga dapat menikmati snek sejuk serta melihat rusa kutub LEGO® serta makhluk mitos elf yang menakjubkan!
Bagi meraikan semangat saling memberi, ia turut menawarkan pelbagai hadiah bernilai sehingga RM100,000 melalui Cabutan Bertuah Kalendar Advent LEGO® bagi pengunjung bertuah setiap hari. Malah, seorang pemegang Pas Kemasukan Setahun yang bertuah berpeluang memenangi sebuah Nissan Almera (bernilai RM72,000) pada 25 Disember*. LEGOLAND® Malaysia Resort juga berkerjasama dengan Finnair dimana satu keluarga bertuah akan berpeluang untuk memenangi percutian keluarga ke tempat asal LEGO® di Billund, Denmark! Di sana, mereka boleh menghayati dunia LEGO® dan membina kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Cabutan bertuah dan aktiviti sampingan lain
Selain pengalaman dan hiasan musim sejuk yang indah, para pengunjung juga dapat menyertai pelbagai aktiviti bertemakan musim percutian yang bukan sahaja menakjubkan tetapi juga sesuai bagi seisi keluarga, termasuklah:-

- Cabutan Bertuah Kalendar Advent LEGO® – menampilkan 31 tingkap yang melambangkan setiap hari dalam bulan Disember. Setiap hari, seorang pengunjung bertuah berpeluang membuka satu tingkap pada pukul 7 malam dan memenangi sebuah hadiah hebat! Hadiah-hadiah tahun ini bernilai sehingga RM100,000 termasuk satu percutian sekeluarga, baucer petrol serta permainan LEGO® termasuk LEGO Star Wars dan NINJAGO™ yang popular.
- Aktiviti Pembinaan LEGO Musim Perayaan – Dalam aktiviti ini, kanak-kanak dapat belajar membina orang salji serta pokok Krismas LEGO yang tersendiri. Hiasan yang direka akan dipasangkan pada pokok-pokok di sekitar taman tema. Selain itu, beberapa makhluk elf mitos serta orang Eskimo yang peramah juga akan membantu mencipta rekaan LEGO yang unik. Aktiviti ini bukan sahaja menjamin keseronokan bagi kanak-kanak, malah membantu mengembangkan pelbagai kemahiran baru seperti kerjasama berkumpulan dan kreativiti.
- LEGO Santa’s Grotto – Apa makna Hari Krismas, kalau tiada hadiah dan Santa Klaus? Di Santa’s Grotto, selain dapat bertemu sapa dengan Santa Klaus, kanak-kanak juga boleh menghantar surat kepada Santa Klaus untuk berkongsi keinginan mereka serta mendapatkan kedudukan terbaik dalam ‘senarai nama budak nakal dan budak baik’..
- Jingle Bell Ball – Para pengunjung dijemput untuk menyertai Jingle Bell Ball, iaitu majlis tari-menari LEGOLAND Malaysia Resort untuk berparti dan menari dengan makhluk mitos elf. Selain itu, watak-watak popular yang digemari ramai seperti Rudolf, Ollie The Dragon serta LEGO Toy Soldier mungkin akan membuat penampilan khas di majlis tari-menari tersebut.
LEGOLAND® Malaysia Resort akan meneruskan kesinambungan tradisi tahunannya dengan memasangkan lampu pada pokok Krismas LEGO Duplo tertinggi di Asia Tenggara, yang dibina dengan 427,695 bongkah LEGO. Selain itu, sesi menyanyi lagu Krismas juga akan disajikan bagi merancakkan lagi semangat perayaan ini. Bagi mengucapkan selamat tinggal kepada musim percutian dan menyambut Tahun Baru, para pengunjung juga dapat menyaksikan pertunjukan bunga api 3D LEGO® yang bakal menerangi langit taman tema ini. Namun, aksi ini telah diberikan nafas baharu – bongkah-bongkah LEGO akan jatuh dari langit semasa pertunjukan bunga api 3D LEGO!


Lebih menarik lagi, pelbagai promosi yang boleh didapati sepanjang musim percutian ini di Legoland Resort Malaysia termasuklah dengan pembelian 2 tiket dewasa anda akan dapat 1 tiket kanak-kanak secara percuma. Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang. Boleh bercuti dan siapa tahu dapat menang hadiah menarik ketika berkunjung ke Legoland Resort Malaysia. Nak tahu lebih lanjut boleh layari lama sesawang www.legoland.com.my. Enjoy!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI