Anak beranak ini mengambil keputusan untuk ambil gambar terakhir berpegangan tangan di ICU setelah dijangkiti Covid-19. Selepas 24 jam ambil gambar, ibu meninggal dunia.
Sudah tentu si anak berharap ibunya tetap di sisi setelah sama-sama dimasukkan ke ICU. Namun takdir menentukan segalanya bila ibunya pergi dulu.
Sebak Ibu Tinggal Beberapa Hari Untuk Hidup
Seorang anak di London, tidak dapat menahan sebak apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa ibunya hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk hidup setelah mereka dijangkiti Covid-19.
Laporan Metro.co.uk memberitahu, dua beranak itu dikenali Anabel Sharma, 49, dan Maria Rico, 76, dimasukkan ke hospital pada pertengahan Oktober lalu sebelum ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) di London disebabkan kesukaran bernafas.
Dua minggu kemudian, pasangan berkenaan disatukan dalam bilik yang sama setelah melihat kesihatan Maria mengalami kemerosotan teruk.
Ads
Ambil Gambar Terakhir Berpegangan Tangan Di ICU
Sebelum pemergian Maria, Anabel telah mengambil gambar terakhir mereka sambil berpegangan tangan di ICU.
Tanpa diduga, selepas 24 jam, Maria akhirnya meninggal dunia pada 1 November lalu.
Mengimbau kembali pengalaman itu, Anabel mengakui itu adalah memori paling sedih yang dirasainya kerana kehilangan ibu tersayang akibat Covid-19.
Ads
Selepas 24 Jam Ibu Meninggal
“Semasa di dalam ICU, kami tidak boleh berbual seperti biasa kerana masing-masing memakai peralatan oksigen. Jika membukanya, oksigen akan berada
pada paras rendah, sekali gus menyukarkan untuk kami bernafas.
“Kami ada juga berbual tetapi menggunakan jururawat sebagai perantaraan,” katanya pada Ahad.
Anabel yang menghidap asma menghabiskan lima minggu dalam rawatan intensif dan menyaksikan pengebumian ibunya melalui skrin layar dari biliknya.
Ads
Ibu kepada tiga anak itu telah berkongsi kisah duka berkenaan di laman sosial Facebook Humans of Covid-19 yang diwujudkan oleh seorang doktor London bernama Benji Rozen untuk meningkatkan kesedaran mengenai realiti wabak Covid-19 kepada masyarakat.
“Saya terpanggil untuk berkongsi kisah ini dengan orang ramai. Ia boleh dijadikan iktibar selain meningkatkan kesedaran betapa bahayanya Covid-19,”
MW: Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua, ternyata virus Covid-19 tidak mengenal sesiapa pun. Oleh itu dalam keghairahan kita bebas ke sana, sini beringatlah bahawa nyawa mak ayah serta keluarga lebih penting daripada segalanya.
Bergaduh Kerana Harta, Pelakon Veteran Bollywood Dibunuh Anak Sendiri, Mayat Dicampak Sungai! Walau apa pun perselisihan faham yang berlaku di antara ibu dan anak mahupun di dalam keluarga, sewajarnya diselesaikan dengan cara baik. Namun tergamak sungguh demi harta, mak kandung sendiri sanggup dibunuh, malah mayatnya pula dicampak ke sungai!
Dibunuh Anak Lelaki Sendiri
Pelakon televisyen veteran Bollywood, Veena Kapoor dibunuh oleh anak lelakinya sendiri dalam satu pergaduhan akibat harta. Selepas membunuh ibunya, mayat Veena dibuang oleh suspek ke dalam sungai berhampiran Matheran di daerah Raigad, Mumbai.
Veena, 74, dilapor dipukul dengan teruk menggunakan kayu besbol selepas bergaduh dengan anak lelakinya yang sebelum ini menetap di Amerika Syarikat (AS).
Perselisihan Faham Hartanah
Menurut laporan pihak berkuasa, anak lelakinya mengaku membunuh ibunya sendiri hanya disebabkan perselisihan faham membabitkan hartanah bernilai RM6.4 juta.
Polis telah menahan tertuduh, Sachin Kapoor, 43, dan individu yang didakwa bersubahat dengannya, Chhotu atau nama sebenarnya Lalu Kumar Mandal, 25.
Sachin Kapoor, 43 anak lelaki Veena yang ditahan polis,
Terdahulu, kehilangan aktres itu mulai dihidu oleh pengawal keselamatan kediaman Kapoor yang bertindak memaklumkan kepada polis Juhu.
Veena pernah terbabit dalam drama ‘Bhabhi’ yang disiarkan sekitar tahun 2002 hingga 2008.
Selain itu, antara filem lain lakonan Veena ialah ‘Mitter Pyare Nu Haal Mureedan Da Kehna’, ‘Dal: The Gang’ dan ‘Bandhan Pheron Ke’.
Mingguan Wanita: Tergamaknya hati kerana harta sanggup bergaduh dan bunuh ibu sendiri. Malah mayat ibu pula dicampak ke sungai.Semoga pelaku ini mendapat pembalasan yang setimpal.
Figura jelita Che Ta akui dirinya terkilan apabila ada pengarah yang meminta sebuah produksi menggugurkan namanya hanya kerana tidak yakin dia boleh tampak ‘buruk’ sebagai pelakon.
Pemilik nama sebenar Rozita Che Wan yang sudah lebih 15 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan ini pernah tiga kali membuktikan dirinya tidak hanya sentiasa cantik di dalam skrin TV semata mata.
Che Ta Tidak Kisah Tidak Bersolek
Che ta juga berkongsi dirinya pernah melakonkan watak yang tidak memerlukan dia bersolek.
Ia termasuk telefilem Dosa Siapa arahan Murali Abdullah yang disiarkan sekitar tahun 2011. Menerusi watak Halimah dalam telefilem berkenaan, Che Ta tidak bersolek dan menjadi pengemis.
“Watak Halimah itu juga pernah melayakkan saya menjadi calon top 5, Pelakon Drama TV Wanita, Anugerah Skrin suatu ketika dulu. Sebelum itu saya pernah berlakon sebuah telefilem dengan Fauzi Nawawi. Judulnya saya sudah tak ingat. Tapi saya dilacurkan suami dalam telefilem itu dan kemudian menghidap AIDS.
“Terbaru saya disolek buruk dan jadi tua dalam telefilem My Future Husband yang disiarkan baru baru ini di Astro Citra terbitan Zeel Production. Mira Filzah dan Amy Mastura pun turut berlakon,” kongsinya.
Wanita yang juga ibu kepada tiga cahay mata ini menafikan dia hanya menerima watak ‘control’ cantik atau disolek tebal semata mata.
“Sejak mencari rezeki dalam dunia lakonan ini, saya sentiasa berfikir di luar kotak dan sanggup mencabar diri dengan apa saja watak. Siapa kata saya nak berlakon jadi cantik saja?,” soalanya.
Sentiasa Cantik Kerana Kerja
Duta produk Mylea ini juga menegaskan, dia perlu sentiasa cantik sebagai memenuhi keperluan kerja dan tanggungjawabnya mempromosikan sesebuah produk.
Semalam anak tiri kepada penyanyi nombor satu Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid berkongsi satu tulisan yang positif di laman Instagram miliknya selepas keretanya dilanggar lari.
Baginya, ujian itu satu peringatan dari Allah buatnya untuk baiki ibadahnya.
Kenapa bila kita di landa musibah, orang kata rezeki akan masuk?
Baru-baru ni, saya dilanda musibah, kereta kesayangan saya dilanggar lori dan lori tersebut lari tanpa kami sempat ambil plate number. Bila saya post gambar di story saya, ramai yang cakap, inshaallah ada rezeki akan masuk. Betul ke?
Bagi saya, ianya bergangung pada bagaimana kita ambil musibah tersebut dan interepetasi kita terhadap situasi tersebut.
Bila saya di uji, benda pertama yang saya akan fikir, automatic dalam fikiran saya, ujian ni datang dari Allah, dan mungkin saya kurang ingat pada Allah atau infak ke jalan Allah atau mungkin saya tak jaga waktu solat saya.
“Bila kita ambil ujian Allah ini sebagai satu peringatan, kita akan kembali ke jalan yang lurus, dan bila kita di Jalan yang lurus, inshallah Allah akan redho dengan perbuatan kita dan dari situlah datangnya rezeki yang lebih besar tersebut.”
“Sebaliknya, kepada yang melihat masalah itu sebagai satu ‘bad luck’ mereka akan terus lagi dapat ‘bad luck’ kerana mereka tidak ambil musibah tersebut sebagai peringatan dari Allah dan terus lupa pada Allah dan perintah-Nya.”
Ustaz saya selalu mengingatkan kami, kalau kita punyai masalah dengan sesiapa pun, itu adalah ujian dari Allah. Pulihkan hubungan dengan Allah, dan hubungan kita sesama manusia akan jaga oleh Allah.
Saya bukan lah seorang ustaz atau seorang ‘scholar’. Sekadar berkongsi buah fikiran untuk di fikirkan bersama. Have a good day ahead everyone!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...