Pelikkan? Macam mana ambil gambar sekerapnya boleh jadi motivasi konsisten turunkan berat badan. Haa.. jangan terus kecam. Baca apa yang si manis, Zulaikha Fallen ini kongsikan.
“Aku gemuk, malas la bergambar” Dalam proses penurunan, wanita ini sarankan agar ambil gambar sebanyak mungkin.
Untuk apa? Tujuannya untuk anda tengok kemajuan diri. “Selain dari tengok penurunan mesin penimbang / ukur lilit badan, lebih jelas lagi kalai kita tengok perbandingan gambar.”
“Silap saya dulu, saya jarang ambil gambar atau bergambar. Semua itu atas sebab low esteem. Jadi rasa rugi pula saya tak banyak gambar progress dari satu tahap ke satu tahap.”
Akuinya, ketika dirinya rasa nak give up, dia akan tenung semula gambar-gambar yang ada. Motivasi mula disuntik “Dah usaha, takkan nak separuh jalan.”
Satu lagi, gambar itulah motivasi untuk diri.
“Takkan lah aku nak biar diri tak terurus gini selamanya.”
“Takkan ini je aku boleh capai”
“Orang lain boleh, takkan aku tak boleh?”
“Mungkin aku yang banyak beralasan?”
Zulaikha juga tak menjadikan pujian untuk membuatkan dirinya lupa diri. “Jangan sampai kita kembali ke comfort zone atau zon selesa.”
Cekal betul Zulaikha. Bukan mudah untuk mendapat berat badan seperti sekarang ini. Tapi dia selalu ingatkan diri.
“Ingat, diri sendiri yang limitkan potensi tu. Jangan senang-senang nak tuding jari ke orang lain.”
“Awak, cukup-cukup beralasan. Cukup-cukup mengeluh acah menyedap diri.”
– Mak masak sedap
– Busy study / kerja
– Biase la dah beranak ramai ni
– Suka makan
– Kenduri banyak
– Saya masak so saya makan
Banyak lagi alasan-alasan menyalahkan individu lain. Padahal dengan apa situasi sekali pun, cara pemilihan pemakanan, kuantiti pemakanan kita tetap boleh kawal.
Still, kita masih nak salahkan situasi luar dan orang lain.
Belajar untuk sabar, urus diri, tenang dan fikir balik tindakan kita. Hal ni slow-slow kita develop dalam diri.
Macam post saya yang lain, sifat-sifat ini kita develop dalam proses penurunan berat badan kita, automatik kita apply dalam semua aspek hidup kita.
Secara istiqomah, InsyaAllah hidup kita lebih positif dan terurus.
Sebab itu penurunan berat badan ini satu perjalanan kita berlawan dengan diri. Bukannya perlumbaan.
Perjalanan yang mengubah diri sendiri kepada lebih positif.
“Kurus tapi berlagak! Kerek!”
Awak.. itu sikap.
Bukan sejenis formula yang (kurus = berlagak), (gemuk = friendly).
Sudah la awak. Sudah-sudah mencari alasan menyedap diri untuk terus merosakkan diri dan kesihatan.
My dear, it takes time. Believe in yourself. Love yourself. You are worth it
Starting weight : 103kg
Current weight: 44-46kg (maintain)
Aim muscle weight: 48-50kg
Height : 152cm
Duration : 1 year, 2 months
Semua ni topik-topik yang agak ramai tanya in case nak refer. Boleh scroll fb saya untuk perkongsian lain.
Permulaan exercise, saya ulas sini
Permulaan diet, saya ulas sini
Penjelasan kenapa time moks kulit kusam, kenapa turun badan kulit jadi elok
Kempiskan perut, terangkan sini
Elak / kurangkan stress masa berdiet
Kecilkan peha lengan dan part tertentu, saya ulas sini
Tips maintain n istiqomah berdiet, saya ulas sini
Permasalahan zuriat, kegemukan, saya ulas sini
Salah ke gemuk? ye salah. Saya ada ulas sini kenapa salah
Kempiskan perut buncit, saya ada sembang-sembang sini
Laki suka perempuan kurus je (and vice verse)?
Mitos berpeluh maksud bakar lemak, saya ulas sini
Lepas kahwin badan naik dan pasangan tegur, saya ada ulas sini
“Takde siapa akan kisah pasal kau kecuali kau tu lawa, kaya or dah mati”, saya ulas sini
Hal gula dan cara stop craving gula, saya ulas sini
Sumber/Foto : Facebook Zulaikha Falleh