Pelikkan? Macam mana ambil gambar sekerapnya boleh jadi motivasi konsisten turunkan berat badan. Haa.. jangan terus kecam. Baca apa yang si manis, Zulaikha Fallen ini kongsikan.
“Aku gemuk, malas la bergambar” Dalam proses penurunan, wanita ini sarankan agar ambil gambar sebanyak mungkin.
Untuk apa? Tujuannya untuk anda tengok kemajuan diri. “Selain dari tengok penurunan mesin penimbang / ukur lilit badan, lebih jelas lagi kalai kita tengok perbandingan gambar.”
“Silap saya dulu, saya jarang ambil gambar atau bergambar. Semua itu atas sebab low esteem. Jadi rasa rugi pula saya tak banyak gambar progress dari satu tahap ke satu tahap.”
Akuinya, ketika dirinya rasa nak give up, dia akan tenung semula gambar-gambar yang ada. Motivasi mula disuntik “Dah usaha, takkan nak separuh jalan.”
Satu lagi, gambar itulah motivasi untuk diri.
“Takkan lah aku nak biar diri tak terurus gini selamanya.”
“Takkan ini je aku boleh capai”
“Orang lain boleh, takkan aku tak boleh?”
“Mungkin aku yang banyak beralasan?”
Zulaikha juga tak menjadikan pujian untuk membuatkan dirinya lupa diri. “Jangan sampai kita kembali ke comfort zone atau zon selesa.”
Cabar Diri, Buka Potensi Diri
Cekal betul Zulaikha. Bukan mudah untuk mendapat berat badan seperti sekarang ini. Tapi dia selalu ingatkan diri.
“Ingat, diri sendiri yang limitkan potensi tu. Jangan senang-senang nak tuding jari ke orang lain.”
– Mak masak sedap
– Busy study / kerja
– Biase la dah beranak ramai ni
– Suka makan
– Kenduri banyak
– Saya masak so saya makan
Banyak lagi alasan-alasan menyalahkan individu lain. Padahal dengan apa situasi sekali pun, cara pemilihan pemakanan, kuantiti pemakanan kita tetap boleh kawal.
Ads
Still, kita masih nak salahkan situasi luar dan orang lain.
Sebab Itulah
Belajar untuk sabar, urus diri, tenang dan fikir balik tindakan kita. Hal ni slow-slow kita develop dalam diri.
Macam post saya yang lain, sifat-sifat ini kita develop dalam proses penurunan berat badan kita, automatik kita apply dalam semua aspek hidup kita.
Secara istiqomah, InsyaAllah hidup kita lebih positif dan terurus.
Sebab itu penurunan berat badan ini satu perjalanan kita berlawan dengan diri. Bukannya perlumbaan.
Perjalanan yang mengubah diri sendiri kepada lebih positif.
Ramai Yang Cakap
“Kurus tapi berlagak! Kerek!”
Awak.. itu sikap.
Bukan sejenis formula yang (kurus = berlagak), (gemuk = friendly).
Ads
Sudah la awak. Sudah-sudah mencari alasan menyedap diri untuk terus merosakkan diri dan kesihatan.
My dear, it takes time. Believe in yourself. Love yourself. You are worth it
Mungkin atas faktor ekonomi keluarga mahupun mematuhi dasar kerajaan, sesetengah pasangan seperti di negara Singapura dan China, menghadkan bilangan jumlah anak-anak yang dilahirkan, sejak sekian lama. Kini, kesan tindakan ini mula dirasai di negara tersebut apabila penurunan kadar kelahiran bayi semakin membimbangkan.
Laporan Hindustan Times menyatakan, China menghapuskan dasar satu anak pada 2016, semenjak dasar tersebut dilaksanakan dari tahun lewat 1970-an lagi.Jika sebelum ini, China mengenakan penalti atau ‘Sosial Maintenance Fees’ bagi mereka yang mempunyai lebih 3 orang anak.Kewujudan penalti tersebut memberi tanggapan rakyat bahawa kelahiran boleh menggangu kemajuan negara dan demografi.
Terbaru, China yang bimbang dengan penurunan kadar kelahiran telah menjanjikan subsidi kewangan, perubatan dan cuti bersalin bergaji lebih panjang bagi menggalakkan pasangan suami isteri memiliki anak kedua.
Naikkan Cuti Bersalin
Semua 31 wilayah, daerah dan perbandaran, hampir keseluruhan China, menaikkan mandat 98 hari cuti bersalin kepada antara 138 dan 158 hari, lapor laman web thepaper.com.
Elaun kewangan dan perkhidmatan perubatan juga dimasukkan sebagai insentif bagi pasangan di beberapa daerah.
“Ibu turut dibayar gaji sepanjang cuti bersalin manakala bapa diberi kelayakan mendapat cuti daripada 15 hingga 30 hari secara purata.
“Di bandar raya Shihezi di Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang, ibu yang mempunyai anak kedua ditawarkan subsidi sehingga 1,000 yuan (RM599) selain membekalkan mereka dengan subsidi susu formula bayi sehingga tiga tahun,” menurut laporan.
Pada masa sama, bandar raya Xiantao di wilayah Hubei juga memberikan subsidi perkhidmatan kesihatan reproduktif kepada ibu yang melahirkan anak kedua.Bagaimanapun, pakar menyifatkan ia tidak mencukupi kerana kadar kesuburan di China pada 2016 cuma 1.7, yang dianggap rendah.
Menarik sungguh insentif yang ditawarkan oleh Negara China buat rakyatnya agar menambah kelahiran.Setiap anak itu memberi rezeki, namun mak ayah juga perlu membuat perancangan yang terbaik dalam membesarkan mereka serta keperluan mereka pada negara.
Selepas mengumumkan di instagram berita kehamilan isteri, pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, 50 dan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 40 ini dihujani pertanyaan tentang tips bagaimana mahu hamil. Ujar Fazema, tiada tip hamil yang diamalkan mereka untuk mendapatkan zuriat.
Namun sejak berkahwin, sampailah 10 tahun menjadi suami isteri, mereka tak pernah lupa untuk membaca dan amalkan doa yang disyorkan Habib Ali Zaenal Abdin iaitu dari surah Al-Imran ayat 38.
Bagaimana pun, isteri Adam Corrie di instagramnya, Fazi Fuad turut menyarankan beberapa perkara kepada para peminat yang bertanyakan tentang kehamilan.
Coretan Dari Bidadari Saya
Ini bukanlah kali pertama saya hamil.
Dan ini adalah kali ke 4 saya hamil. Saya dah ada 3 anak di syurga. Kehamilan saya kali ini adalah kembar.. tetapi hampir usia kandungan 2 bulan.. dengan kuasa Allah.
Saya pendarahan.. salah satu anak kembar saya tak dapat diselamatkan. Allah ambil semula seorang anak kembar saya yang Allah pinjamkan seketika di dalam rahim saya.
Pendarahan yang dialami isteri Adam Corrie ini berbulan-bulan lamanya. “Hinggalah bulan ke-4 pendarahan baru berhenti.
“Ulang alik jumpa doktor untuk pastikan kandungan saya yang satu ini selamat dan sihat. Jadi bukanlah 3 tapi 4 anak saya di sana.
Mudah-mudahan kali ini Allah berikan saya peluang selamat melahirkan anak dan membesarkannya menjadi anak yang soleh/solehah dan menjadi menyambung dakwah Rasulullah SAW.
Saya Ibu Hamil Berusia 40 Tahun
Setiap ujian yang Allah berikan pasti ada hikmahnya.
Saya ibu hamil yang berusia 40 tahun. Tahun ini, suami saya 50 tahun, tahun ke-10 usia perkahwinan kami dan kandungan saya sekarang sudah 5 bulan.
Alhamdulillah.. Ramai pm fb dan dm ig saya tanya tips macamana nak hamil
“Tak ada tips pun. Tapi yang pasti. Kalau dari kesihatan, terus jumpa doktor pakar. Suami dan isteri kena pergi buat pemeriksaan. Ikut sahaja saranan doktor. “
“Jangan lengah-lengah supaya kita tahu apa masalah kesihatan yang kita lalui. Doa usaha dan tawakal insyaAllah.
Doa Mohon Zuriat Disyorkan Habib Ali Zaenal Abdin
Jadikan setiap ujian itu sebagai hadiah dan kasih sayang dari Allah kepada kita. Ujian yang diberikan untuk kita kumpul pahala.
Yang penting suami isteri kena sentiasa berkasih sayang. Tiada zuriat bukan makna hidup itu kosong dan tiada erti.
Jadikan rumahtangga jambatan kita ke syurga bersama.
Doa yang kami amalkan sejak awal perkahwinan dan Habib Ali Zaenal Abdin yang syorkan kami baca
Surah al-imran ayat 38 :
“Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan“.
“Kita baca sirah Nabi Zakaria, insyaAllah kita akan faham tentang apa itu Rezeki, Ujian dan kasih sayang dari Allah.”
Sepanjang menjadi guru, terdapat pelbagai kenangan pahit dan manis yang dimiliki oleh Hamidah Abdul Hamid. Namun begitu, peristiwa yang tidak dapat dilupakan adalah apabila murid meninggal atas pangkuannya akibat penyakit asma yang dihidapi.
“ Peristiwa itu berlaku pada tahun 2000. Ceritanya begini. Pada pukul 7.15 pagi, sebaik tiba di sekolah, pelajar tersebut maklumkan dia sesak nafas. Dalam sekelip mata selepas dimaklumkan dia jatuh pengsan dan jari tangan dan kuku bertukar kebiruan.
“ Pelajar dibawa ke klinik, namun Allah lebih menyayanginya. Pelajar disahkan meninggal pada pukul 8.30 pagi. Walaupun peristiwa itu berlaku sebelum loceng sekolah berbunyi, namun iktibar yang diambil ialah sentiasa mengingatkan diri, jangan sesekali mengabaikan masa untuk masuk ke kelas. Melindungi Masa Instruksional (MMI) sangat penting sebagai seorang guru.”
Seronok Dilingkungi Kanak-Kanak
Minat telah membawa Hamidah binti Abdul Hamid memilih kerjaya sebagai seorang guru. Paling penting dengan menjadi guru dia boleh berkongsi ilmu yang dimiliki. Kini sudah hampir 22 tahun Hamidah berkhidmat mendidik anak bangsa.
“Saya seronok bekerja dilingkungi oleh kanak-kanak. Dengan memilih kerjaya sebagai guru saya harapkan ia dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk menceburi kerjaya yang sama,” ujar Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Belukar, Kuantan, Pahang ini.
Hamidah telah dilantik memegang jawatan Guru Besar di SK Kampung Belukar bermula 27 Disember 2018. Sebelum berkhidmat di sekolah ini, dia pernah juga berkhidmat di beberapa sekolah lain di sekitar negeri Pahang.
Walau telah memiliki ilmu dan pengalaman yang luas sebagai guru, Hamidah masih tidak dapat melupakan saat-saat dirinya ketika pertama kali mengajar.
“Sangat teruja. Itulah perasaan saya sewaktu pertama kali mengajar memandangkan posting kali pertama di kawasan Felda iaitu Felda Soeharto di Hulu Selangor, Selangor.
” Sebagai anak peneroka, sudah tentulah teruja bila dapat mengajar anak peneroka semula. Ketika mengajar saya sentiasa memberikan kata-kata semangat dan dorongan untuk anak-anak Felda untuk lebih berjaya.
” Apabila saya melihat pelajar-pelajar ini seolah-olah melihat gambaran seperti saya sewaktu di bangku sekolah. Itu yang menjadikan pemangkin dan semangat kepada saya untuk mengajar mereka dengan lebih komited,” jelasnya.
Kemenjadian Murid Jadi Keutamaan
Wanita yang dibesarkan di Felda Besout, Sungkai, Perak ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi) dari Universiti Sains Malaysia. Dia turut memiliki Diploma Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan dari Institut Aminuddin Baki; serta Siji Perguruan dari Maktab Perguruan Ipoh, Perak.
Sepanjang kerjayanya juga Hamidah telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2005, 2014, dan 2016. Dia juga telah diberikan Perkhidmatan Cemerlang sebagai Penyelia Kanan Sains Jabatan Pendidikan Negeri Pahang pada tahun 2016 hingga 2018. Bukan itu sahaja, Hamidah juga telah dilantik sebagai Jurulatih Utama Sains.
“ Menjadi guru memberi kepuasan kepada saya terutamanya apabila pelajar yang diajar mencapai kejayaan dalam akademik dan juga aktiviti yang mereka sertai.
“ Sasaran saya pada masa sekarang ialah untuk memastikan kemenjadian murid SK Kampung Belukar dalam bidang akademik dan kokurikulum.
“ Selain itu, saya ingin melahirkan guru –guru yang berkualiti di bawah pengurusan saya.Seterusnya dapat menjadi antara sekolah rendah terbaik dalam Pahang untuk 5 tahun akan datang.”
Bergelar guru tidak mudah. Jelas Hamidah, cabaran paling besar ialah untuk memastikan kemenjadian murid dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangsang seterusnya menjadikan sekolah berkualiti.
“ Guru pada masa sekarang perlu melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan yang lebih kerana pendidikan dalam era revolusi industri 4.0 dan dunia tanpa sempadan memberi cabaran untuk guru dalam memberikan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar,” ulasnya.
Tidah Pernah Ada Perbezaan
Hakikatnya Hamidah seorang guru di sekolah. Namun di rumah dia adalah seorang ibu dan isteri yang tidak pernah mengabaikan keluarga. Ibu kepada dua orang cahaya mata ini akan meluangkan masa bersama-sama keluarganya pada masa cuti tidak kiralah di dalam atau luar negara.
“ Jika ada masa lapang di hujung minggu, keluar menonton wayang bersama-sama. Ada kalanya, hujung minggu dihabiskan dengan berkongsi hobi yang sama dengan suami iaitu hobi berkebun bunga.
“ Berkaitan dengan cara mendidik anak di rumah dan anak murid di sekolah, tidak pernah ada perbezaan kerana anak murid juga dianggap seperti anak sendiri cuma bezanya anak sendiri lebih banyak masa kita luangkan bersama mereka berbanding dangan anak murid.
“ Apabila kita berjiwa pendidik dan mempunyai roh seorang pendidik, kasih yang dicurahkan akan sama. Bahagia apabila melihat anak murid berjaya apatah lagi anak sendiri,” akhirinya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.