“Demi anak-anak saudara, saya ambil tanggungjawab ini,”-Kaka Azraff.
Penyanyi Kaka Azraff ternyata masih terkesan dengan pemergian mengejut kakaknya, Noor Afida Noor Azraff, 39, yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman empat hari sebelum menjelangnya Ramadan tahun ini.
“Arwah kakak demam lebih daripada dua minggu dan jangkitan kuman telah sampai ke otak. Pemergiannya sangat mengejut.
“Jadi, sekarang saya bersama adik membuat keputusan membesarkan anak saudara bersama-sama kerana bapa mereka sibuk bekerja.
4 Anak Buah Masih Kecil
Tambah Kaka, apa yang membuatkan hatinya sayu adalah kakaknya meninggalkan empat orang anak yang masih kecil berusia antara 3 sehingga 14 tahun. Sebagai ibu saudara, Kaka sememangnya rapat dengan anak-anak saudaranya dan memberi sepenuh kasih sayang terhadap mereka yang merindui ibu mereka.
Ads
“Alhamdulillah, suami saya pun mengizinkan dan bersama-sama mahu membesarkan mereka. Anak arwah memang rapat dengan saya dan sudah anggap seperti anak sendiri,” Kaka Azraff.
Kehilangan ahli keluarga sememangnya memberi kesan yang mendalam terhadap Kaka apatah lagi emosinya masih belum stabil dengan pemergian ibu tersayang, Redida Aziz yang meninggal dunia pada 7 Mei tahun lalu akibat serangan jantung. Pemergian mengejut kakaknya yang merupakan anak kedua daripada empat beradik pada 8 Mac lalu turut menambah duka di hatinya.
“Emosi saya masih belum stabil, bila bercakap tentang arwah kakak air mata saya laju keluar saya tidak boleh kawal. Itu antara sebab mengapa saya tidak aktif dalam media sosial sekarang ini. Saya bersyukur saya memiliki sokongan yang kuat daripada keluarga dan orang sekeliling.
Bekerja Untuk Keluarga Yang Semakin Bertambah
Tambah Kaka lagi, dirinya kini bukan sahaja bekerja untuk keperluan diri dan keluarga kecilnya, malah rezeki turut dikongsi untuk anak-anak arwah kakaknya.
“Aturan Allah sangat cantik, sekarang apabila bergerak sendiri rezeki semakin banyak dan ada lebih banyak masa bersama keluarga,” luah Kaka.
“Sejujurnya saya hanya kuat kerana suami, anak-anak dan anak arwah kakak.
Ads
“Jadi, suka atau tidak saya paksa diri untuk beraya supaya mereka juga ada kenangan,” kongsi Kaka dengan linangan air mata.
Bercerita mengenai karier seni, Kaka turut terlibat dalam program The Hardest Singing Show. Program berkenaan bakal menyaksikan Kaka akan berentap dengan lapan penyanyi popular tanah air iaitu Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.
The Hardest Singing Show akan mula ditayangkan pada12 Mei, setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria (Saluran 104).
Penyanyi Linda Rafar mohon doakan kakak nya Liza Rafar yang juga seorang aktres, agar sembuh dari penyakitnya, Hyperventilation atau serangan kebimbangan melampau (anxiety attack) yang dialami untuk kali ketiga.
Linda turut berkongsi, simptom-simptom yang kakaknya alami sebelum serangan anxiety kali ketiga dan katanya kali ini ia datang dengan lebih teruk lagi.
“Please pray for my sis @lizarafar Hyperventilation /#anxiety attack buat kali yang ke 3 lebih teruk dari yang pertama dan kedua dalam masa seminggu.”
“MasyaAllah .. tak dapat nak bayangkan ia berlaku tanpa kita duga. Kebas kaki tangan dan kepala selama sejam sehinggakan sukar untuk bergerak. Jantung yang berdebar dan nafas yang sukar.”
“Yang hanya ada cuma dalam fikiran dia mengucap syahadah berpuluh kali.”
“Hanya diri ini dan Allah.. Hanya DIA maha penyembuh.. Syukur jiran teman-teman my sis sempat angkat dan bawa ke emergency wad.”
Ini Pun Antara Penyebab Anxiety Attack
“Kadang kita tak sangka apa yang boleh berlaku pada tubuh badan kita bila kita terlalu stress, penat, tak jaga makan yang kualiti dan mengikut waktu, tiada exercise yang betul… semua adalah sebab #hyperventalation #hyperventalating”
“Nak baik sangat la lama. Sehingga hari ni (ketika status dimuatnaik) akak masih lagi lemah dan berehat di rumah adik @dianarafar. Yang menjaga makan minum.
“Dan tqsm pada adik beradik yang lain usaha rawatan alternatif dan urutan tradisional dan bekam. Love u sister n brother @zainita04 @lindarafar @asilah_rafar @dianarafar @abyzarina /ai yang sudi menjaga. Mohon kawan-kawan doakan kakak Linda diberi semangat kembali, kekuatan, sihat yang berterusan dan dijauhi dari segala gangguan… Aamin”
Kata Linda, memandangkan ramai yang bertanya dalam mesej dan dm, akhirnya dia dapatkan juga kesempatan untuk memaklumkan keadaan terkini kakaknya di instagramnya itu.
“Mohon ampun ya Allah Sesungguhnya Engkaulah maha penerima taubat… Engkaulah yang maha mengetahui.. berpuluh kali… Hanya diri ini dan Allah.. Hanya DIA maha penyembuh.”
“Jika ada yang tau kat mana tempat yang bagus untuk berubat boleh tinggalkan no di bawah ruang comment.”
MW : Mendoakan semoga kakak Linda, Liza Rafar diberikan kesembuhan dari ujian penyakitnya itu.
Teguran terbuka Liza Hanim terhadap usahawan kontroversi menjadi perhatian ramai terutamanya para netizen di media sosial.
Seperti mana yang umum ketahui, sebelum ini telah tular video tindakan seorang usahawan kontroversi yang bertindak menyusukan anak di tempat awam secara terbuka.
Teguran Terbuka Liza Hanim
Liza yang juga penyanyi lagu Andai Aku Bersuara serta ibu kepada lima orang anak itu menerusi hantaran di akaun rasmi Instagramnya telah menyuarakan pendapat tersendiri tentang isu tersebut.
“Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat. Baru-baru ini ternampak gambar seorang usahawan menyusukan anak depan khalayak ramai dan ambil gambar.
“Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak, saya sepenuhnya menyokong usahawan ini dalam breastfeeding journey (kisah penyusuan badannya).
“Namun, sebagai seorang saudara dalam Islam, saya juga mohon tolonglah jaga adab ketika menyusu di khalayak ramai.
Aurat Harus Dijaga
“Saya sendiri pernah susukan anak di mana-mana sahaja. Malah pernah satu ketika di tepi jalan di bandar Seoul, Korea dan saya juga merakamkan gambar.
“Tetapi ingatlah, kita harus menjaga adab. Aurat harus dijaga. Ini bukan masalah saya berhijab dan dia free hair (tidak bertudung). Cukuplah jaga kehormatan kita sebagai wanita Islam dan ibu.
“Jagalah kehormatan kita sebagai wanita. Jaga agama kita Islam. Saya bersuara untuk mengingatkan diri sendiri juga,” luah Liza Hanim.
Ernie & Syamel dikurniakan puteri sulung. Tahniah diucapkan buat pasangan penyanyi popular Ernie Zakri dan Syamel yang telahpun menimang cahaya mata.
Momen paling menggembirakan lagi buat mereka apabila bayi comel ini dilahirkan pada tarikh 22 Februari 2022 atau 22.2.22 yang juga angka yang cantik.
Ernie & Syamel Dikurniakan Puteri Sulung
Pemilik nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri itu telah melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada pukul 10.14 pagi.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syamel dan Ernie menerusi akaun media sosial mereka.
Perkhabaran ringkas beserta tersebut dimuat naik beserta foto bayi mereka yang masih belum didedahkan wajahnya.
“Syukur alhamdulillah.
“Cinta hati daddy dan ibu telah selamat dilahirkan pada 22 Februari 2022 pada pukul 10.14 pagi tadi.
“Senang daddy ingat tarikh hari jadi,” tulis Syamel.
Semoga Ibu & Bayi Dalam Keadaan Baik
Malah Syamel juga mohon agar doakan Ernie dan anaknya diberikan kesihatan yang baik.
“Doakan kesihatan anak solehah kami dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat-Nya,” luahnya.
Menamakan Anak Pada Hari Ketujuh Kelahiran Ikut Sunnah Nabi
Syamel dan Ernie yang diijabkabul 26 Mac tahun lalu sebelum ini pernah menyatakan dirinya dan suami sudah mempunyai nama untuk bayi sulungdan akan menamakan pada hari ketujuh kelahirannya mengikut sunnah Nabi.
“Nama bayi kami sudah ada. Tetapi kami masih belum bersedia untuk mengumumkan.
“Insya-Allah, kami mengikut sunnah iaitu sebaiknya hari ketujuh baru kita menamakan anak.
“Doakan juga agar nama yang akan kami beri nanti menjadi nama yang baik buat cahaya mata kami,” ujarnya.
Mingguan Wanita: Selain Ernie, tahniah juga buat Datuk Jamal Abdillah yang turut menimang cahaya mata pada tarikh 22.2.22
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.