Amaran Untuk Lelaki Berotak Poligami, Lelaki Pernah Kahwin Dua Akui Gagal Berlaku Adil

Share

Amaran untuk lelaki berotak poligami, lelaki pernah kahwin dua akui gagal berlaku adil.  Sehari dua ini kita dihidangkan dengan kisah ragam rumahtangga khususnya soal berpoligami. Ia mungkin menjadi topik kegemaran orang lelaki tetapi tidak bagi orang perempuan kerana ia amat menyakitkan hati mereka.

Dalam pada hangat orang ramai memperkatakan kisah abang Tesla yang memilih berpoligami, seorang lelaki, Ahmad Helmie Hassan yang juga merupakan jurutera berkongsi kisah ‘KEGAGALANNYA” saat dia memilih berpoligami.

Amaran Untuk Lelaki Berotak Poligami,

Satu yang paling terkesan di hati, selain gagal berlaku adil, dia juga mengakui poligami adalah pembunuh masa berkualiti bersama anak isteri. Dengan isteri pertama, dia miliki dua orang anak dan isteri kedua, dia mempunyai empat orang anak. Kini dia hanya miliki seorang isteri selepas isteri pertama menuntut cerai.

Baca kisahnya, moga jadi pengajaran buat orang lelaki yang berfikir, poligami itu hal yang menyeronokkan tetapi sebenarnya tidak.

POLIGAMI.

Ambo sudah tempuh HIDUP BERPOLIGAMI. Sesaja tertengok  email draft poligami Ambo dulu-dulu.

Coretan pengalaman sebagai Lelaki Berotak Poligami, awalnya Ambo gagal mendapat Kebenaran Nikah di Selangor, sebab Isteri orang Selangor & idea terpacul ketika itu Tuhan telah mempermudah urusan-urusan Ambo dengann mendaftar menggunakan alamat sahabat Ambo di Kuala Lumpur.

Dan Permohonan Pendaftaran Kebenaran Nikah Poligami diuruskan oleh Laywer Zulkifli Yong.

Alhamdullilah, hari ini sudah 4 Zuriat dari perkahwinan kedua. Namun sad story, Ambo telah GAGAL mempertahan Fasaqh yang dibuat oleh Isteri Pertama.

No Defend from me sebagai  mengambil tanggungjawab kegagalan untuk berlaku ADIL.

Ada sedikit pengalaman hidup dan nasihat kepada LELAKI. CONCLUSION Ambo, kita LELAKI yang tidak mampu berlaku ADIL. TIADA KEMAMPUAN zahiriah, lahiriah, kecuali mendapat perkenan persetujuan kedua-dua Isteri secara TOTAL & MUTLAK.

Dan kedua-dua ISTERI WAJIB menjadi KAWAN BAIK.

Baru lah POLIGAMI itu Indah Nian. Kalau NAGA sama NAGA, definitely kita LELAKI yang sakit kepala.

Jika NAGA bertemu NAGA, akhirnya kita LELAKI yang jadi manusia yg akan dipersalahkan kerana tidak mampu BERTANGGUNGJAWAB DAN ADIL apabila berpoligami.

Musibah & Bala bertimpa-timpa sekarang menimpa Ambo maybe adalah KIFARAH & BALASAN ALLAH SWT kepada Ambo akibat TIDAK ADIL, TIDAK AMANAH & TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap kedua-dua Isteri dan keenam-enam anak hasil daripada pernikahan yang SAH BERPOLIGAMI mengikut undang-undang negara pada usia 30an.

SOCMED ‘Abang Tesla’ Minggu ini di mana masing-masing cuba menjadi HERO dengan BERPOLIGAMI. Ada Lelaki cuba berseronok dengan kehidupan POLIGAMI baru dua hari.

Bebanan BERPOLIGAMI sangat BESAR. Tanggungjawab terbeban tidak mampu dipikul oleh mana-mana LELAKI. Itu realitinya.

Lelaki Pernah Kahwin Dua Akui Gagal Berlaku Adil

Demi menjaga hubungan kekeluargaan dàn memelihara EMOSI anak-anak dari Perkahwinan pertama, Ambo tidak hadir ke Mahkhamah dàn hanya menghantar peguam untuk bersetuju sahaja apa sahaja TUNTUTAN FASAQH drp Isteri Pertama.

‘Not to defend’ adalah satu IKTIKAD Ambo membiarkan Perkahwinan Pertama terbubar atas Cerai Hakam sebagai mengambil tanggungjawab kelemahan Ambo sendiri terhadap ketidakadilan dàn mungkin ketidakbertanggungjawab Ambo terhadap Perkahwinan TERSEBUT sepanjang ianya masih sah bersama.

Ambo admit kegagalan Ambo.

Sebagai Lelaki yang mengahwini DUA WANITA secara SAH dàn Perkahwinan di akad berwali kepada kedua-dua BAPA secara SAH dàn berdaftar permohonan secara SAH di Malaysia, Ambo merasakan pada ketika itu Ambo sudah cukup BERTANGGUNGJAWAB utk menjaga DUA KELUARGA serentak.

Dan Ambo telah GAGAL. Telah Terbukti GAGAL.

Jika ada sahabat-sahabat LELAKI GENTLEMAN bertanya Ambo, definitely hari ini Ambo berpendapat, POLIGAMI adalah PEMBUNUH quality time kita bersama anak BINI secara TOTAL. Banyak kesan EMOSI telah membunuh Jiwa Lelaki kita dan semestinya Jiwa EMOSI Isteri-Isteri kita juga hancur luluh hanya kerana episod drama-drama yg tidak berpenghujung.

Dan ini telah membunuh sifat penyayang kita terhadap Wanita yang kita sayangi secara mutlak.

SEBAGAI LELAKI, kita telah ikhtiar cuba melakukan yang terbaik.

Dan Sebagai LELAKI, nasihat Ambo usahlah ke sempadan jika ingin BERPOLIGAMI, berkahwin dan gunakan khidmat Lawyer Zulkifli Yong atau mana-mana Laywer Poligami yg ada dalam market di Malaysia.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Poligami ‘Dicontentkan’ Sebegitu Rupa, To Me Its Clearly Wrong,” Dr Say

Berpoligami Kemudian Jandakan Isteri

18 Tahun Kahwin Pilihan Keluarga, Suami Beri Alasan Poligami Baru Jumpa ‘Cinta Sebenar’!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Poligami. Seronok bagi lelaki, derita bagi anak dan isteri. Faktanya, isteri yang dipoligamikan mudah mengalami depresi dan anak-anak alami “childhood trauma”. – Kaunselor Haji Hushim Haji Salleh.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros