Macam-macam cara boleh dilakukan untuk menghangatkan rumahtangga yang dibina. Walaupun dah beranak pinak, meskipun dah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga, jangan pernah jemu menyemarakkan hubungan suami isteri. Semalam, pelakon Amar Baharin,32, ada memuat naik dan berkongsi video, titipan pesanan ringkas daripada isteri tersayang Amyra Rosli,26, dilaman sosial instagram beliau.
Meskipun video pendek tersebut cukup ringkas namun ia penuh bermakna. Video yang mendapat views hampir 600 ribu ini tertulis;
“Balik ni nak kiss lama, nak hug kuat-kuat, I Love You Daddy”
“Buat para isteri yang nak hubby dia balik cepat, cuba try ni, insyaallah mujarabbb… Sebab sekarang ni pun saya rasa macam nak balik tinggalkan set #CintaYangKurasa ? urmmmm ?
Sweetnya lah, luahan perasaan amyra pada suami tersayang, siap tulis dekat kertas. Mesti rindu sangat ni pada suami yang tengah sibuk bekerja.
Jadi buat para isteri,kalau nak suami balik rumah cepat, sesekali bolehlah tiru cara amyra ni. Apa salahnya untuk menambah kemesraan suami isteri kan!
Ads
Selamat Mencuba!
Terdahulu, pasangan pelakon yang mendirikan rumahtangga pada 11 November 2016, telah dikurniakan dengan seorang anak lelaki yang comel Aqeef Anaqi,5 bulan.Semoga kebahagian milik pasangan ini selama-lamanya.
Payah nak jadi orang yang pemaaf bila hati selalu disakiti. Nak-nak pula bila kepercayaan yang pernah diberi dikhianati berulang kali.
Tetapi bak kata Hajjah Rohana Saad, kalau payah sangat nak maafkan dan berdendam… Itu maknyanya kita selari dengan sikap iblis.
Nauzubillah… Nah, jemput renungkan nasihat ini sejenak.
Tak Rugi Jadi Pemaaf
Semua pengalaman lalu kita sebaiknya di ambil pengajaran dan dicari hikmah daripadanya. Namun sebahagian dari kita kebingungan, bersedih, mengeluh bahkan menyalahkan dan berdendam dengan sesiapa yang terlibat dalam pengalaman tersebut. Ternyata pengalaman di beri ALLAH, adalah guru yang paling baik, tetapi kebanyakan dari kita tidak bersedia dan tidak mahu menjadi murid yang baik .
Renungkan nasihat dari seorang Ulama : ” Tak Ada Makhluk yang paling dendam, terkecuali IBLIS dendam kepada NABI ADAM alaihi’salam”. Jadi, kalimat ini bermakna :
1. Masih berdendam ertinya kita mengikuti langkah IBLIS menuju API NERAKA
2. DENDAM merosak JIWA, IMAN dan PAHALA.
3. DENDAM tidak berhujung kerana yang paling MAHA ADIL hanyalah ALLAH TA’ALA.
Jadi, serahkan masalahnya pada ALLAH sahaja, kerana kelak setiap manusia diminta pertanggungjawab pada perlakuan masing-masing.
Malaikat Cintai Orang Pemaaf
JADILAH PEMAAF dan memaafkan kerana SYURGAnya ALLAH merindukan orang yang pemaaf. MALAIKAT mencintai orang pemaaf dan banyak taubatnya.
Dendam apabila dipendam ia menikam dan melukakan. Tapi kemaafan membebaskan sebuah hati daripada terus terluka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengaruh ayah bukan ke atas anak lelaki saja, bahkan pada anak perempuan juga. Tak dinafikan, besar peranan seorang ayah dalam mendidik anak-anak, sama seperti seorang mak.
Semua orang tahu bagaimana besarnya pengaruh ibu kepada anak-anak. Anda sendiri sebagai ibu tentu mahu menjadi ibu yang terbaik demi anak-anak.
Namun jauh di sudut hati kita dapat merasakan ada masa dan ketikanya hasrat itu bertembung dengan kemampuan diri sendiri. Ada jutaan sebab dan rahsia gelap dalam perjalanan hidup anda yang tidak ada orang lain tahu dan tidak pernah anda cerita kepada sesiapa pun sebelum ini.
Ada Jawapannya
Tiba-tiba sekarang anda membaca nota ini. Anda menarik nafas panjang dan barulah tahu kenapa anda tidak dapat menjadi isteri dan ibu terbaik sebagaimana yang diharapkan. Ya, memang kita tidak dapat memilih dalam keluarga mana kita mahu dilahirkan dan siapa yang menjadi ibu bapa kita dahulu.
Benarlah sabda Rasullullah s.a.w; “Anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang akan mencorakkannya”. Namun adakah anda mahu meletakkan kegagalan menjadi isteri dan ibu terbaik itu kepada ibubapa anda dahulu?
Nak Yang Terbaik Untuk Anak
Tidak kira bagaimana corak dan gaya dibesarkan dahulu, anda pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Melihat semula ke dalam diri, maka pasti tidak boleh dinafikan betapa besarnya pengaruh ayah sebagai lelaki pertama yang anda kenali.
Isu ini dipetik oleh Linda Nielsen iaitu Profesor Psikologi Remaja di Wake Forest University iaitu pengarang buku Father-Daughter Relationships: Contemporary Research and Issues. Beliau menyatakan pengaruh ayah memberi kesan yang sangat memeranjatkan tetapi jarang dibincangkan ke atas anak perempuan.
Anda bertuah kerana mempunyai ayah yang hebat dan itu menjadikan anda ibu yang terbaik untuk mendidik anak dara sendiri. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak mempunyai tuah seperti anda? Mereka dahulu dibesarkan oleh ayah yang gagal.
Bagaimana jika anak perempuan mereka nanti akan menjadi menantu anda? Adakah anda bersedia untuk memahami menantu perempuan anda itu? Nota kali ini ialah tentang memahami pengaruh ayah yang gagal kepada anak-anak perempuan mereka?
Cemburu Kerana Rendah Diri
Yang pertama sekali cemburu. Ini bukan cemburu sebab sayang tetapi lebih kepada rasa rendah diri yang kronik. Perempuan begini tidak percaya kepada lelaki tetapi dalam masa yang sama tetap memerlukannya.
Apabila ada lelaki yang suka kepadanya dia menjadi sangat cemburu. Pantang terlambat balik ke rumah terus disiasat bertalu-talu. Pantang terlewat membalas panggilan telefon terus marah-marah. Pantang terjeling perempuan lain terus histeria. Ini kerana dia merasa diri tidak cukup cantik dan sentiasa berfikir yang lelaki itu akan jatuh ke perempuan lain yang lebih baik.
Ada juga keadaan perempuana begini menolak untuk pergi lebih jauh kerana lelaki itu ‘terlalu baik’. Pelik bukan? Selama berkenalan lelaki itu melayan dirinya dengan sopan dan ikhlas untuk mengambilnya sebagai isteri.
Rasa Diri Tak Layak
Yang menariknya dia tidak menolak secara terus tetapi secara tidak sedar menimbulkan pelbagai isu, karenah dan perangai yang mencabar kesabaran. Dia menolak bukan kerana cemburu walaupun tahu ramai perempuan lain suka kepada temannya itu kerana lelaki itu memang jujur dan setia.
Nampak seperti menolak tuah, bukan? Apa yang sebenarnya berlaku ialah dia merasa kekurangan dan tidak layak untuk menerima layanan baik itu.
Faktor Keserupaan
Anak perempuan yang dibesarkan oleh ayah yang gagal juga secara tanpa sedar cenderung jatuh ke tangan lelaki yang serupa. Ini adalah disebabkan faktor keserupaan. Kecuali dengan campur tangan positif pihak lain, mereka tidak ada masalah menerima lelaki gagal sebagai suami.
Walaupun naluri sebagai perempuan tidak menyukai perkara itu tetapi oleh kerana mereka telah melalui pengalaman itu maka mereka menerima kehadiran lelaki gagal itu sebagai sesuatu yang biasa.
Seorang klien saya berumur sekitar pertengahan 30-an. Mula mendirikan rumah tangga tidak lama selepas tamat belajar di universiti. Telah berkahwin tiga kali. Yang menariknya kesemua bekas suami dia adalah lelaki tua yang berumur lebih 50 tahun. Dua orang suami terdahulu berpisah mati dan seorang lagi berpisah hidup. Bersedia untuk berkahwin lagi kerana “…. perlukan kasih sayang yang dia tidak dapat daripada ayah yang selalu memukul ibunya dahulu”.
Syukur, apabila dapat melayari kehidupan bersama pasangan dari awal perkahwinan sehinggalah beranak cucu. Itu impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Jodoh pelakon yang juga chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dan isteri, Datin Azrene Ahmad bahagia bersama sehingga 14 tahun menjadi suami isteri.
Selama 14 tahun berdua empat orang cahaya mata, onak dan duri telah mereka harungi. Terharu sungguh, Fazley bila mana isteri tetap setia di sisi dalam apa juga kesukaran yang terpaksa mereka tempuhi.
Azrene yang mesra dipanggil ‘Adik’ oleh suaminya ini, menerima dirinya seadanya. Dari seorang yang dalam keadaan sehelai sepinggang, tetap isteri mencurahkan kasih sayang yang berpanjangan.
Azrene Jadi Isteri Abang Dalam Keadaan Sehelai Sepinggang.. – Datuk Fazley
14 tahun dah kita Adik Sayang!
Syukur ke hadrat Ilahi, 7 November 14 tahun yang lalu kami telah disatukan. Pelbagai onak duri, duka dan duka (bukan suka duka) dan airmata yang mengalir, namun Allah tetap izinkan kita untuk terus berdiri teguh mempertahan masjid yang satu ini. Bukan mudah untuk mempertahankan perkahwinan yang baru setahun jagung, apatah lagi memperkukuhkan masjid yang terbina 14 tahun lamanya. Moga iman kita semakin kukuh, tiang agama kita semakin utuh, dan anak2 kita yang 4 orang tu membesar dengan tersedianya ilmu dunia dan terpatrinya ilmu akhirat sentiasa.
Terima kasih di atas pengorbanan Adik sayang @azrene_ahmad selama ini. I am who I am today because of you.. Adik menjadi isteri abang dalam keadaan sehelai sepinggang, dan abang sendiri sampai tiada apa lagi yang tinggal akhirnya, namun Allah tetap memberi harta kasih dan sayang berpanjangan. Biarlah kita miskin harta, namun kekal kaya kasih dan sayang. Yang pahit tak semestinya racun, yang manis tak selalunya madu! Salam Ulangtahun kita yang ke-14 dan percintaan yang hampir ke-16 tahun.
Perkongsian Fazley ini dimuatnaik dalam instagramnya dalam bentuk paparan video beserta lagu ‘November Itu’. Yang mana, lagu dan liriknya oleh beliau sendiri.
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...