Wasiat, pesanan atau amanat mak atau ayah semasa hidup untuk harta peninggalannya sering menjadi isu. Kononnya, ia valid dan boleh diterima pakai. Kena ikut dan terima.
Bagaimana kalau tidak mendapat persetujuan daripada anak lelaki atau adik beradik lain. Inilah yang boleh menmbulkan perbalahan dan adik beradik bermasam muka dek kerana wasiat mak ayah semasa hidup.
Jika harta peninggalan yang melibatkan tanah pusaka, duit atau barang kemas, kenalah ikut pembahagian faraid. Tapi, kalau amanat mak dah pesan awal-awal tentang barang kemas diberikan kepada anak perempuan. Macam mana pula hak anak lelaki.
Lainlah kalau anak lelaki dengan ikhlas hati bersetuju dengan amanat mak itu dan melepaskan hak untuk adik beradik lain. Hebatnya ikatan kasih sayang.
Kupasan lanjut oleh USTAZ MOHD KHUSAIRI SALEH tentang amanat mak semasa hidup untuk anak perempuan dan bagaimana pula hak untuk anak lelaki. Buatlah keputusan sebaiknya tanpa perlu pergaduhan dan persengketaan adik beradik.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Pembahagian Faraid Isteri Dapat Sedikit, Itu Bahagian BERSIH Dirinya Tidak Termasuk Nafkah Anak
“Mak Pesan Bila Meninggal, Bahagikan Harta Pada Adik,” TIDAK SAH, Tetap Ikut Faraid
“Mak mati nanti, semua barang kemas mak ni, mak bagi ke anak-anak perempuan sahaja. Anak lelaki mak tak payahlah (dalam hati mak bimbang anak lelaki bagi ke menantu)”
Wasiat/pesanan/amanat ini adalah kepada waris. Dalam mazhab Syafie hukumnya adalah harus. Walaupun harus, tidak bermakna ia valid terus sebaik sahaja mak mati. Ada hukum dan proses yang perlu dilalui oleh semua waris mak.
Bagaimana?
Bila mak mati, apa yang perlu anak-anak lakukan adalah:
1. Kumpul semua barang kemas mak yang ada dan bentang dih adapan semua waris. Jangan anak-anak perempuan pandai-pandai bincang sama-sama depa je dan buat agihan terus.
2. Nilaikan barang kemas tu. Pergilah ke kedai emas ke, atau mana-mana tempat yang tahu nilaian semasa.
3. Bentang kadar faraidh semua waris atas nilai barang kemas tersebut. Rujuklah kepada individu yang mahir dan mampu bertindak sebagai penasihat bukan punohsihat apatah lagi punohsakit.
4. Selepas semua waris yang berhak (anak lelaki dan perempuan) tahu kadar faraidh masing-masing, maka mereka bermesyuarat untuk buat keputusan.
5. Jika semua anak lelaki bersetuju melepaskan hak mereka, ertinya menerima wasiat mak, barulah anak-anak perempuan sah menerima barang kemas tadi sesama mereka secara agihan sama rata.
6. Jika dalam ramai-ramai anak lelaki, ada seorang contohnya nakkan hak faraidh dia, maka anak-anak perempuan yang bakal menerima itu wajib bersama mengeluar satu nilai iaitu hak anak lelaki tadi dan serahkan nilai kepada dia. Tak perlulah anak lelaki tu tuntut barang kemas tu, susah nak buat kira-kira nanti.
7. Apakah anak lelaki yang menuntut tadi dianggal derhaka kerana melanggar wasiat mak? Dia tidak derhaka pun. Kerana wasiat mak tadi tidak boleh melangkaui hukum Faraidh.
8. SEBENARNYA, jika tiada wasiat daripada mak sekalipun, tapi semua anak-anak lelaki atas dasar SILATURRAHIM DAN KASIH SAYANG, sudi melepaskan hak mereka, itu adalah lebih HEBAT
Mingguan Wanita : Jangan main-main dengan harta pusaka, inilah boleh jadi putus saudara. Tapi kalau adik beradik berbincang cara baik, semuanya akan jadi mudah.
Sumber: USTAZ MOHD KHUSAIRI SALEH, DIF
Daie Ilmu Faraidh
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita