“Amanah ini akan dipikul sebaik mungkin.” Lelaki redha jaga isteri lumpuh, empat anak OKU.
Sesungguhnya berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul. Namun itulah takdir yang perlu diterima lelaki ini apabila isteri yang disayangi lumpuh dan kini hanya bergantung harap padanya seorang.
Amanah Ini Akan DiPikul Sebaik Mungkin
“Saya reda dan amanah ini akan dipikul dengan sebaik mungkin,” kata seorang lelaki yang tetap tabah menjaga isteri dan empat anak lelaki orang kurang upaya (OKU).
Jumahir Masun, 52, berkata empat daripada lima anaknya berusia 16 hingga 25 tahun tidak boleh berjalan sejak berusia satu tahun.
“Anak-anak saya tidak membesar seperti kanak-kanak lain, dulu saya dapat berkongsi tugas mencabar ini dengan isteri, Rohayati Abdullah, 50.
Lelaki Redha Jaga Isteri Lumpuh
“Namun, kini tugas itu digalas sendirian selepas isteri tiba-tiba tidak dapat berjalan dan disahkan lumpuh sejak empat tahun lalu,” katanya di Felda Kertih 6, Dungun, Terengganu.
Menurutnya, anak sulungnya, Ahmad Arif Aiman, 25, hanya terlantar di atas katil sepanjang masa.
Katanya, sementara Ahmad Ariffin, 23, Ahmad Zainuddin, 17, dan Ahmad Budiman, 16, pula mengalami masalah sendi tangan serta kaki menyebabkan mereka tidak boleh duduk dengan betul.
Uruskan Empat Anak OKU
“Sebelum ini, saya ada membawa anak-anak ke hospital untuk rawatan dan terapi tetapi atas sebab masalah pengangkutan kerana tiada kereta menyebabkan mereka tidak dibawa lagi ke hospital.
“Keempat-empat anak dan isteri terpaksa memakai lampin pakai buang dan itu membuatkan saya terpaksa berbelanja lebih untuk menanggung kos berkenaan,” katanya.
Ads
Katanya, sebelum ini dia bekerja mengambil upah mengait kelapa sawit dan kini terpaksa berhenti kerja sejak isterinya lumpuh.
“Isteri dan anak-anak memang memerlukan penjagaan dan perhatian sepenuhnya termasuk menguruskan diri mereka.
“Keadaan itu menyebabkan saya tidak dapat bekerja dan dalam hati ini saya menangis memikirkan keadaan saya dan mereka,” katanya.
Jumahir berkata, dia tetap bersyukur apabila setiap anaknya diberi bantuan bulanan sebanyak RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Bantuan itu saya perlu berjimat-cermat untuk perbelanjaan lampin pakai buang mereka dan makan minum kami sekeluarga.
“Duit bantuan itu juga digunakan untuk anak ketiga, Nor Hanisa, 20, yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diperolehinya perlu digunakan untuk membayar yuran pengajian dan membeli buku-buku pelajaran,” katanya.
Jiran Turut Bersimpati
Katanya, dia juga bersyukur kerana jiran-jiran yang bersimpati dengan nasib mereka sekeluarga dengan menghulurkan makanan.
“Saya sering menangis sendirian memikirkan nasib dan tidak tahu apa akan berlaku kepada mereka sekiranya umur saya tidak panjang, “katanya.
Mingguan Wanita : Bagi mak ayah yang ingin menghulurkan bantuan buat keluarga ini, boleh menghubungi Jumahir di talian 0145401915. Semoga keluarga ini terus tabah dan kuat menharungi dugaan yang berat ini.
Esok adalah harinya, sama ada PKP dilanjutkan atau berakhir. Setakat ini peningkatan kes dilihat berkurangan namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memantau rapat peningkatan kes sebelum mencadangkan sama ada PKP diteruskan atau tidak buat masa akan datang.
Setakat ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, kita belum menang namun kita tidak kalah kepada Covid-19. Jadi diharap seluruh masyarakat berganding bahu memutuskan rantaian Covid-19 dengan duduk di rumah dan mematuhi PKP.
Kita Belum Menang
“Walaupun kita belum menang peperangan ini, kita tidak kalah lagi,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, pihaknya tidak melihat ada peningkatan mendadak dalam kes positif Covid-19 di negara ini.
Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengemukakan cadangan kepada Jemaah Menteri dengan beberapa pilihan berhubung pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir 14 April ini.
“KKM memantau rapat setiap hari peningkatan kes positif dan penyebaran di daerah.
“KKM bersandar kepada fakta dan sains, jadi bukan bergantung kepada pendapat saya, tapi kita tengah merangka modul baharu dalam menjangkakan wabak ini.
“Laporan sudah kita lihat, tapi kita perlu sehari dua untuk analisis semua data. KKM akan keluarkan cadangan kepada Jemaah Kabinet dan ada beberapa pilihan yang ada dan keputusan bergantung kepada Kabinet dan Perdana Menteri,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.
Ditanya sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kluang, Johor, akan dilanjutkan, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya gembira dengan perkembangan terkini di situ.
Katanya, sebanyak empat kes positif baharu dilaporkan hari ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak 134 kes direkodkan di kawasan itu.
“Bandar Baru Ibrahim Majid ada sebanyak 137 kes dengan pertambahan empat kes.
“Pecahan ikut mukim, di Ulu Benut sebanyak 151, Kluang (14), Machap (empat), dan satu kes di Nyior.
“Kita lihat daripada segi pelaksanaan PKPD di Kluang adalah menggalakkan dan mencapai matlamat. Kita dapat hasil yang positif dalam melaksanakan PKPD di Kluang,” katanya.
Sumber: Harian Metro
MW: Semoga segalanya akan berakhir dan hidup kita akan kembali normal selepas Covid-19 berakhir.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gadis dedah dipaksa buat hubungan intim, teman lelaki upah dua kawan baik buat kerja. Kala ini di aplikasi Tik Tok, viral mengenai pendedahan seorang gadis yang dirinya kini mengandung tiga bulan lebih angkara dirogol dua lelaki yang diupah oleh kekasihnya.
Dalam perkongsian @ntsyazzhr di Tik Toknya, gadis ini memuat naik perbualan bersama kekasihnya dikenali sebagai Haziq, menetap di Gombak yang telah memperdayanya konon ibunya mahu bertemu dan mengajak makam malam.
Gadis Dedah Dipaksa Buat Hubungan Intim
Pernah bertemu ibu Haziq sebelum ini, gadis ini mempercayai kekasihnya dan telah pergi ke rumah ibu bapa Haziq sebelum menyedari ibu Haziq tiada di rumah. Yang ada hanyalah Haziq dan dua kawan baiknya yang dikenali sebagai Danello dan Fael dalam rumah tersebut.
Menepis dakwaan pendedahannya adalah content semata-mata kerana dirinya dalam keadaan sedar ketika kejadian rogol itu terjadi, dirinya berkata dia tidak mampu melawan kekuatan tiga orang lelaki selain ditampar semasa kejadian.
Teman Lelaki Upah Dua Kawan Baik “Buat Kerja”
Tiada daya upaya melawan, gadis ini mengakui kejadian malam itu cukup meninggalkan trauma buatnya. Dan dirinya langsung tak menduga, kejadian terkutuk itu dirinya kini mengandung tiga bulan lebih.
Malah dirinya suda pun membuat laporan polis berkaitan rogol ini dan berharap netizen yang tidak berada dalam keadaannya tidak mengeluarkan kenyataan mengguris hati dan mengharap mereka memahami situasi dialaminya.
Dalam pada itu, di akaun Tik Toknya, gadis ini berkata, dirinya tidak mendedahkan gambar Haziq kerana segala bukti sudah diserahkan kepada pihak polis. Malah dua lagi kawan Haziq yang merogolnya, dirinya tidak bukti bergambar kerana dia hanya mengenali Haziq seorang.
“Saya membesar menonton drama abang-abang dan kakak-kakak semua….”.
Sebak dengar perkongsian Zamarul Hisham yang akui membesar dengan menonton lakonan artis-artis veteran yang mana ada sebahagiannya tidak direzekikan memiliki kemewahan di usia tua.
Melancarkan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis, dirinya bersama jiran setaman seperti Syatilla Melvin dan Sam serta Zizan Razak berkongsi rezeki dengan para artis lama berbagi rezeki. Artis veteran ini turut menerima rezeki dari pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, Milla Jirin yang juga pemilik Bizmillah Catering serta lain lagi.
Program Selebriti Dengan Mufti dibuat dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai mak ayah, mendidik anak memang tak mudah. Karakter setiap anak-anak itu berbeza. Ada yang mudah mendengar kata dan ada yang sebaliknya walaupun ‘berbuih’boleh menengur dan menasihatkan mereka. Kita sebagai ‘orang luar’ janganlah mudah menghukum dan tak sepatutnya menegur cara didikan dan bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Ini kerana perjalanan dan situasi kita mungkin berbeza.
Semalam ada terbaca komen digambar seorang ibu yang berkongsi gambar anaknya tumpahkan beras.. Bila saya terbaca komen tu, saya terus rasa marah.. How could you asked a mother, “Sis tak ajar anak ke.. ?” wow.. Instead of asking someone that stupid and rude question, why don’t you give an advise to help the situation?
Teguran buat ibu-ibu semua,
jangan sesekali bandingkan anak kita dengan anak orang.
Jangan sesekali mendongak ke langit cakap anak awak behave, anak orang lain nakal..
Jangan sesekali anggap awak hebat, you have good parenting skills while others don’t.
Jangan sesekali tanya orang lain rude question, “TAK AJAR ANAK KE?”
Mana awak tau dia tak ajar anak dia? Mungkin dah berpuluh kali, malah beratus kali dia tegur anak dia, tapi anak dia tetap main.. Mungkin anak dia tak behave macam anak awak? Daripada awak tanya soalan macam tu, baik awak suggest parenting skills awak yang dapat membantu dia selesaikan masalah anak dia main beras tu.
Perjalanan Hidup Kita Tak Sama
Perjalanan hidup kita semua tak sama tau. Awak tau ke kehidupan ibu lain macam mana? Ada yang kena uruskan anak sendiri 24jam, suami takde nak membantu, seminggu, 2 minggu, sebulan, malah setahun. Ada pulak suami ada je setiap hari di rumah tapi tetap tak membantu.. Semua isteri yang uruskan. Suami main game, main fon, tidur.Tak beri kerjasama jaga anak.
Setiap anak pun perangai lain-lain, bukan anak awak sama perangai macam anak jiran, anak sepupu, anak orang lain.. Macam anak saya jugak, Aryan dan Areeq.
Aryan ni, bawak pi mana pun, semua cakap “behave giler anak hang”, “baiknya Aryan dengar cakap ibu”.. Saya bawak Aryan naik flight berdua masa dia umur 2 tahun lebih, penumpang lain, termasuk ‘mat salleh’ puji bagusnya Aryan tak banyak meragam, tak banyak karenah sepanjang 14 jam lebih dalam flight. Tu belum masuk waktu menunggu, uruskan beg dan sebagainya. Lebih kurang 18 jam berdua. Dan aryan beri kerjasama dengan ibu.. Tak susah nak bawak ke mana pun, memang dia dengar cakap ibu.
Areeq pulak belum cukup 2 tahun. Tapi dia punya akal tu fuhh boleh buat ibu tarik nafas dalam-dalam. Bila ibu kat dapur, dia akan cuba apa je cara untuk dia buat keje sekali kat dapur.. Dia akan ambik kerusi, panjat, main air, buka segala almari kabinet, keluarkan barang, panjat meja makan, baling pinggan.
Eyh, ibu tak larang ke? Ofcourse la dah berbuih mulut, dengan rotan semua tak jalan.. Marah pun dia buat tak tau. Cakap baik-baik pun dia buat tak tau.Nangis tak sampai seminit, dia senyum pastu cari kerja lagi. Segala mainan abang dia, semua dia patahkan.. Abang main 5 tahun tak pernah rosak mainan sebelum ni.
So sekarang nak cakap saya pandai ajar anak ke tak? Sebab Aryan behave je, Areeq suka buat kerja. So mak mak ni jangan la cepat melatah tanya soalan “Tak Ajar Anak ke?” for me, it’s rude! Don’t judge other mothers ‘tak pandai ajar anak’ hanya disebabkan anak awak behave. Umpama, mulut awak biadap, orang tanya awak, mak awak tak ajar ke dulu jangan biadap tanya orang macam tu?? See? Memang as parents, kita kena ajar anak kita.. Tapi jangan la sampai macam tu soalannya.Suggest a solution, advise what should she do.
Sekian membebel panjang. Thank you yg sudi baca bebelan pagi ni
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak, jangan mudah menghukum dan menilai cara didikan anak orang lain. Menegur ada caranya. Mereka ada cara mereka sendiri, tak seharusnya bandingkan dengan cara kita didik anak.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...