Amalkan Zikir Ini SELEPAS Solat Untuk ‘Upgrade’ Hidup 10 Kali Ganda

Share

Setiap kali selepas solat, kita pasti akan menadah dua tangan untuk memohon kepadaNya. Bukan sahaja dimurahkan rezeki tetapi diberikan rahmat dan keberkatan di dunia dan akhirat buat kita dan keluarga kita.

Sebenarnya, kepada Dialah tempat kita mengadu. Ujian yang kita hadapi baik atau buruk adalah daripadaNya. Setiap orang, tidak kira lelaki atau perempuan, berkahwin atau belum berkahwin tentu mempunyai ujian masing-masing. Cuma kita kena reda dengan apa yang telah ditentukan. Teruskan kehidupan dengan bahagia dan tenang.

Malah, perkongsian daripada Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz boleh dijadikan panduan untuk kita semua. Amalkan zikir ini dan kenalah niat dalam hati untuk agar dipermudahkan segala urusan kita. Moga bermanfaat.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Baca Zikir YA LATIF, Cara Lembutkan Hati SUAMI Dan DIRI SENDIRI

Zikir Dan Doa Terbaik Diamalkan Sepanjang Musibah Wabak Covid -19

Info Lebih Menarik DI SINI

Selepas Solat Baca Zikir Ini

Kita akui hidup ini penuh dengan liku dan dugaan. Dulu sebelum kahwin, mesti fikir hidup lepas kahwin ni bahagia je. Hidup takkan ada problem. Rupanya tidak. Macam-macam masalah datang.

Dulu sebelum ada anak fikir mesti kalau ada anak hidup gembira. Tapi rupanya ada masalah lain menimpa. Anak sakit, duit tak cukup dan sebagainya.

Maknanya hidup kita ni memang ada ujian disebalik nikmat. Sudah pasti kita sentiasa mahukan amalan yang boleh elakkan rezeki sempit, hidup tersekat & masalah datang bertimpa-timpa.

Rupanya kita tak perasan, para alim ulama ada mengajar kita melalui satu zikir. Iaitu zikir yang kita baca lepas solat.

Mungkin selama ini kita tak tahu tapi ini saya nak beritahu. Supaya bila kita amalkan dengan niat agar zikir ini dapat settlekan masalah & musibah yang menimpa.

Rasullullah s.a.w berkata : “Barangsiapa setelah shalat shubuh membaca,

لا إلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَريكَ لَهُ ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ ؛ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(10 kali),

Sementara kakinya masih terlipat (belum beranjak dari tempat solat) dan belum berbicara, maka dicatat baginya 10 kebaikan, dihapus 10 keburukkannya, dan di angkat 10 darjatnya.Selama hari itu dia akan terpelihara dari setiap sesuatu yang tidak diinginkan dan dijaga dari gangguan syaitan” (HR: al-Tirmidzi).

Banyak Manfaat
Mesti anda selalu amalkan zikir ini kan? Kita nampak ia simple tapi manfaatnya sungguh besar.

Pertama, Rasullullah s.a.w berkata jika dibaca 10 kali selepas solat subuh kita dapat 10 kebaikan. Bayangkan pada waktu pagi, orang lain mungkin ramai yang masih tidur tetapi kita sudah dapat 10 kebaikan. Kebaikan ini mungkin Allah akan beri ikut apa yang kita perlukan.

Jika kita perlukan anak kita baik, Allah akan berikan kebaikan dalam bentuk anak yang soleh.

Jika kita perlukan rezeki yang baik, Allah akan berikan rezeki yang mengalir & penuh keberkatan.

Subhanallah.

Kedua, akan dihapuskan 10 keburukan. Setiap manusia ada sisi jahiliyah yang sukar untuk ditinggalkan. Sebagai contoh kurang zikir, kurang mengaji, mengumpat, tak tepati janji dll.

Dengan mengamalkan zikir ini Nabi s.a.w berkata akan menghapuskan 10 keburukan yang selalu kita ‘struggle’ untuk tinggalkan.

Seawal pagi kita sudah menjauh dari keburukan pasti lebih tenang kehidupan seharian kita.

Ketiga, Allah akan mengangkat kita 10 darjat. Di dunia ada bermacam cara darjat diangkat contohnya seperti naik pangkat, ilmu bertambah, dapat bersedekah lebih banyak dan lain-lain lagi.

Membayangkan nikmatnya itu pun sudah mengukir senyuman di bibir kita, apatah lagi jika Allah angkat darjat di akhirat nanti.

Fadilat Luar Biasa

Allahuakhbar, besar sungguh manfaat zikir ini bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat nanti.

Saya yakin ramai di antara kita selalu mengamalkan zikir ini selepas solat. Tapi mungkin ada rakan-rakan kita yang belum tahu mengenai fadhilat luar biasa zikir ini.

Mohon dipanjangkan kepada sahabat lain kerana jika rakan-rakan mula mengamalkan zikir ini asbab perkongsian anda, semua pahala amalan zikir ini akan dikreditkan kepada anda tanpa dikurangkan sedikit pun. Insya Allah.

Jom kita amalkan bersama-sama sebab inilah salah satu cara kita menabung amal untuk kehidupan di akhirat nanti.

Selain berzikir, amalan sedekah juga dapat membantu menambah bekal amalan kita untuk alam yang kekal abadi nanti. Lebih-lebih lagi jika kita bersedekah Al-Quran kepada pelajar tahfiz. Sebab selagi anak-anak ni mengaji dengan Quran yg kita infaqkan, kita akan mendapat pahala mengaji (amal jariah) yang berpanjangan.

MW: Mudah-mudahan, doa kita dimakbulkan. Aamiin.

Sumber: Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora