
Isi Kandungan
ToggleTanyakan pada wanita, siapa yang tak nak kelihatan cantik dan awet muda? Malah, sangat penting untuk memiliki kulit wajah yang cantik berseri kerana ia akan membantu seseorang wanita tampil lebih menarik. Sebaliknya, kalau pun wajah wanita itu sedia cantik tapi kulit wajahnya penuh noda, kusam dan penuh kesan jerawat, maka pudar kecantikan aslinya itu. Jadi, rajin-rajinlah rawat muka ye.
Jika ada bajet lebih, bolehlah membelai diri di spa kecantikan. Banyak spa yang menawarkan perawatan sama ada yang moden atau tradisional. Sebaliknya jika bajet tak mengizinkan, jangan risau. Hanya perlu selongkar saja bahan-bahan yang ada di dapur anda.
Kali ini, puan Ana, daripada De’ Belai Spa & Beauty Salon yang terletak di Seksyen 18 Shah Alam, sudi berkongsi salah satu resipi membuat skrub dengan menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dapur setiap rumah. Kos pun tak mahal.

Bahan-bahan:
½ cawan kecil gula perang / putih
1 sudu besar madu
3 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar minyak zaitun
Cara Membuat:
1.Ambil beberapa sudu gula, masukkan ke dalam mangkuk kecil.
2.Kemudian masukkan sedikit madu dan jus limau nipis. Kacau rata.
3.Masukkan pula minyak zaitun. Kacau rata hingga membentuk pes yang agak pekatl.
4.Bersihkan wajah dan sapu skrub itu secara rata ke seluruh kulit wajah. Biarkan seminit dua.
5.Kemudian sental wajah dengan gerakan memutar. Setelah itu, cuci bersih.
6.Sekiranya berlebihan, boleh disimpan di dalam peti sejuk dan keluarkan apabila hendak digunakan. Seeloknya digunakan sekali seminggu.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
CAT Peti Ais Lama Usia 17 Tahun, Warna Kuning Retro ‘Matching’ Kabinet Dapur!

Isi Kandungan
ToggleCantik berseri-seri sungguh apabila ‘make over’ peti ais lama yang berusia hampir 17 tahun ini. Cat pula dengan warna kuning retro, ‘matching’ sungguh dengan kabinet dapur.
Bukan apa, perkakasan elektrik seperti peti ais ni, walaupun nampak dah kusam atau lama, namun masih berfungsi dengan baik. Sayang sungguh nak tukar yang baru, apatah lagi harga peti ais boleh tahan juga mahalnya. Lebih-lebih lagi jika jenama antarabangsa.
Nak cedok idea cat sendiri peti ais lama, boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Abd Ghani Hasan Arief ini sebagai panduan;
Cadangnya nak cat peti ais ni warna kuning retro matching dengan kabinet dapur warna kuning.Ini hasilnya setelah beberapa hari berpeluh mengerjakan peti ais tu di laman belakang rumah.
Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Rumah telah pun meluluskan kerja-kerja mengecat peti ais ni. Harap-harap lulus dengan cepat la claim abang.
Sebenarnya idea nak mengecat ni timbul kerana memang abang nak Repair drain hole yang tersumbat yang menyebabkan air meleleh keluar dari peti ais. Peti ais ni pun dah sweet 17 umurnya. Tahun depan dah nak mengundi dah pun.
Pengajaran yang abang dapat dari projek ini ialah
1. Preparation itu penting dalam menghasilkan kerja cat yang berkualiti
2. Untuk warna-warna cerah, gunakan base coat putih atau kelabu dulu. Finishing dengan lacquer 2-3 coat.
3. Kalau ada buat kesilapan, tunggu cat kering dulu. Jangan cuba-cuba nak kikis atau lap cat yg masih basah.
3. Peti ais SMEG sama harga dengan Ysuku
4. Isteri gembira, keluarga bahagia.
Bahan Diperlukan:
4 tin cat kuning
1 tin cat putih
1 tin lacquer/clear
* Cat jenama samurai atau Mr Diy
- Mengikis kesan-kesan fridge magnet.
2. Ini akibat cuba Repair cat ketika ia masih basah.
3. Anak abang spray Base coat. Masa ni ada terfikir gak nak buat atas warna kuning dan bawah warna putih. Tapi bos besar tak luluskan.
4. Base coat siap.
5. Black trimming.
6. Nampak macam original. Akak kau Happy.
7. Tak perfect tapi ok la untuk projek newbie. Cat pun dah habis. Kat Hardware pun dah habis kaler ni. 4 tin cat kuning, 1 tin cat putih dan 1 tin lacquer/clear.
8. Matching dengan kabinet dapur.
Baca Lagi Di Sini:
Pintu Peti Sejuk Tak Rapat, Tukar Sendiri Getahnya Jimat RM100 Tak Perlu Upah!
CARA Rebus Ketupat Tahan Lama, 3 Hari Tak Payah Simpan Peti Sejuk!

Simpan Ubat Demam Tempat Kering, Suhu Bilik BUKAN Dalam Peti Sejuk!
Mingguan Wanita: Peti ais lama terus nampak berseri-seri bila cat macam ni.Sepadan sungguh dengan kabinet dapur.
Sumber: Abd Ghani Hasan Arief
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
DIY Rak Tupperware Isteri,Kombinasi Besi & Kayu Buat Untuk Rumah Sendiri!

Isi Kandungan
ToggleBiasanya orang perempuan memang ada koleksi tupperware sendiri sebagai salah satu hobi dan terapi. Ada yang memang digunakan untuk kegunaan seharian dan ada yang memang dijadikan hiasan sahaja. Namun bila dah ada banyak sangat tu, elok la ada rak khas untuk tempatkan bekas-bekas Tupperware ini di rumah. Kalau encik suami pandai dan minat bertukang boleh cuba DIY sendiri, minta buatkan rak tupperware ini.
Boleh tengok idea rak tupperware yang dihasilkan oleh Encik Izat Akmal untuk koleksi bekas-bekas Tupperware isterinya.Memang cantik dan kemas.
“Siap rak tupperware wife.Tak pandai tapi berani cuba. Ni projek ke 3 wife suh buat untuk rumah sendiri.”
Besi hollow
Papan heveaboard
Tinggi 8×8
Cat mahogany
Sangat-sangat suke dengan kombinasi besi dan kayu.Alhamdulillah,siap jugak walaupun seminggu lebih.
Elehhh tipulah kalau orang pompuan tak suka ada rak khas untuk tupperware dia.. risau plak tupperware dia beranak pinak nanti.Kang kena tambah lagi rak..huhu
Habis dalam RM800 lebih, modal besi dan kayu cat barang-barang pun tak habis guna sebab tak boleh beli sikit-sikit hehe,simpan je untuk next projek.
Ukuran kaki, partition dalam tu saya main agak-agak je. Lebar dari depan ke belakang 1 kaki papan dia, so 1 kaki lebih sikit la campur frame.
Info Ekstra!
- Papan heveaboard boleh cari di kedai jual kayu-kayu perabot. Dalam shoppee/lazada pun ada search heveaboard.
- Weld jenis ACO mig 3in1. Pakai gas boleh, pakai rod pun boleh, tapi saya pakai yang gasless, tak pedih langsung mata.

- Jaring besi (diamond mesh) harga RM90, sekeping 4x8kaki.
- Saya memang zero. Saya tengok youtube, join fb group-group welding, tanya-tanya orang. Mesin ni pun beli bulan 3 awal pkp dulu. Tapi kena yakin dan berani cuba.
Semoga bermanfaat, Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
DIY Meja TV Guna PVC,Cat Hitam Terus Nampak Lawa Macam Besi!
DIY: Sorok Wayar TV Dengan Bajet Murah Saja. Semudah ABC
MW: Menarik juga idea buat rak tupperware ni. Boleh cedok idea yang dikongsikan dan jadikan inspirasi nanti. Paling penting memang jimat kos dan bajet, cantik, kemas malah lebih puas hati bila dapat buat sendiri untuk isteri tersayang.
Sumber: Izat Akmal
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara SETTING Sendiri “Built-in Digital Tv/Mytv/MyFreeview”, Tak Perlu Membazir Beli Dekoder!

Isi Kandungan
ToggleRamai yang sedia maklum bahawa siaran TV analog telah ditamatkan dan ditukar kepada siaran TV digital.Pertukaran siaran ini adalah daripada menggunakan siaran berantena kepada perkhidmatan myFREEVIEW dan MyTV yang mempunyai dekoder. Perkhidmatan TV digital ini boleh didapati melalui dekoder dan menyiarkan pelbagai 15 siaran tempatan seperti TV3, TV2, TV1, TV Al-Hijrah dan sebagainya.Susulan penamatan siaran TV analog, ramai yang ingin membeli dan memasang dekoder untuk mendapat saluran tv.
Namun demikian, menerusi perkongsian Encik Anas Abdullah, sebenarnya tak perlu membazir dan terburu-buru untuk beli dekoder, sebaiknya ‘check’ dahulu tv sedia ada, sama ada telah dilengkapi “Built-in Digital Tv/Mytv/MyFreeview” terutama bagi model tv baru.
Beliau turut kongsikan cara setting “Built-in Digital Tv/Mytv/MyFreeview” ini mengikut jenama TV seperti Sharp, Toshiba, Panasonic dan Sony sebagai rujukan.
Berikut perkongsian tersebut;
“Ramai tak tahu dalam TV yang diguna sudah ada MyFreeview/MyTV. Sebelum beli decoder, Check dulu mungkin TV anda ada “Built-in Digital Tv/Mytv/MyFreeview”
“Ramai yang dah dapat tonton siaran Mytv/MyFreeview tanpa membazir beli decoder.”
Cara setting MyTv/MyFreeview untuk TV jenama SHARP
1.Tekan button “INPUT” pada remote.
2. Jika ada input “DTV” maksudnya Tv anda sudah built-in Mytv/Digital Tv.
3. Kemudian tekan button “Menu” pada remote dan pilih “Initial setup”.
4. Pilih “Digital setting”.
5. Pilih “Manual Search”.
6. Masukkan no “CH” kawasan anda
(Semenanjung: 30/43/44/45/46/49/52)
(Sabah/Srwk: 34/36/42/43/47/52)
7. Lepas masukkan no “CH” tekan “OK” pada remote.
*** Kalau tak ada signal,
1. Check jika antenna masih berfungsi.
2. Kalau antenna lama, boleh tukar baru.
3. Antenna outdoor lebih kuat untuk dapat signal.
4. Pastikan antenna menghala ke arah pencawang.
Cara setting MyTv/MyFreeview untuk TV jenama TOSHIBA
1.Tekan input macam dalam gambar.
2. Pilih “DTV”.
3. Tekan button “Menu” pada remote.
4. Pilih yang gambar tv/setting.
5. Pilih “Digital Manual Tuning”.
6. Tukar “UHF CH” ikut kawasan
(Semenajung: 30/43/44/45/46/49/52)
(Sabah/Srwk: 34/36/42/43/47/52)
7.Lepas masukkan no Uhf ch, tekan button “OK” pada remote..tunggu dalam 3-5saat
8.Jika tiada signal, tukar no UHF CH yang lain hingga ada signal(sikit pun tak apa)
9.Bila dah jumpa signal, alihkan kedudukan antenna jika signal tak stabil
***Pastikan Antenna sesuai dan dalam keadaan baik.
Cara setting MyTv/MyFreeview untuk TV jenama PANASONIC
1. Tekan button “TV” pada remote.
2. Kemudian tekan button “MENU” dan akan keluar macam ni.
3. Pilih “Setup” kemudian “Tuning Menu”.
4. Pilih “DVB-T MANUAL TUNING”.
5. Ubah no “Channel”(guna button kiri/kanan pada remote).
6. Pilih no ikut kawasan.
(Semenanjung: 30/43/44/45/46/49/52)
(Sabah/srwk: 34/42/43/47/52)
7. Tukar no channel jika “signal level” & “signal condition” tak naik.
8. jika signal tak stabil macam dalam gambar, alih kedudukan antenna hingga jumpa tempat signal stabil.
9.Bila dah stabil, tekan “OK” pada remote untuk dia scan.
10.Siap!

Cara setting MyTv/MyFreeview untuk TV jenama SONY
- Tekan button input.
2.Pilih DIGITAL.
3. Tekan button “HOME” pada remote.
4. Pilih “Setting” kemudian “system settings”.
5. Pilih “Channel Set-up” kemudian “Digital set-up”.
6. Pilih “Digital tuning”.
7. Pilih “Digital manual Tuning”.
8. ubah “Channel No”
(Semenanjung:30/43/44/45/46/49/52)
(Sabah/Srwk:34/36/42/43/47/52)
9.Lepas masukkan No, tekan “OK” pada remote..Tunggu dalam 3saat, tengok signal level ada naik tak.
10. kalau “Signal level” & “signal kualiti” tak naik, tukar no lain selepas 3 saat.
11. Jika ada naik signal, tapi tak capai separuh, sila alih kedudukan Antenna hingga signal stabil (Antenna outdoor senang untuk stabil)
12. Jika sudah jumpa kedudukan Antenna yang stabil, Tekan balik “Channel No” kepada satu, then pilih “Scan Up” atau boleh buat “Auto Setting”.
Info Ekstra!
Boleh layari http://www.mytvbroadcasting.my/liputan_siaran/ untuk tengok lokasi pencawang terdekat dan tengok google maps kawasan rumah boleh agak nak hala antenna ke arah mana.
Anas Abdullah
Tak semua perlu beli baru
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi tak perlu membazir atau terburu-buru nak beli tv atau dekoder baru. Boleh ‘check’ dulu TV sedia ada, sama ada telah dilengkapi oleh “Built-in Digital Tv/Mytv/MyFreeview” atau tidak, ikut panduan yang dikongsikan ini.
Sumber: Anas Abdullah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI