Bayangkan barang yang paling kita sayang, tiba-tiba hilang entah ke mana. Puas cari, geladah sana sini tetap tak jumpa. Padahal, ia tidak langsung diusik dari tempatnya sebelum ini.
Inilah yang paling menyedihkan bila barang yang kita miliki hilang. Ralatnya bila nak pakai atau guna, tak ada dari tempat asalnya. Nak-nak kalau ia barang kemas, cincin perkahwinan, duit dan sebagainya.
Sayang tetap sayang, walaupun barang yang hikang itu murah, apatah lagi kalau mahal, ia tetap berharga buat kita.
Bolehkah kita dapat kembali barang yang hilang itu. Selalunya, kita akan putus asa dan anggap ia bukan rezeki kita.
Perkongsian daripada Muhaimin Azman ini boleh dijadikan ikhtiar dan panduan untuk kita cari barang yang hilang. Moga-moga ia memberi manfaat untuk semua.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Adab Bersedekah & Menerima Sedekah, Ada Caranya Nak Doakan Pemberi Dan Penerimanya
Mencari Barang Hilang Elok DiBeri Pada Isteri, Tapi Suami Bukan Cari Guna Siku
Info Lebih Menarik DI SINI
PETUA CARI BARANG YANG HILANG
Barang atau sesuatu yang hilang boleh jadi kerana beberapa sebab
Pertama : Hilang kerana lupa, terjatuh atau lari
Kedua : Hilang kerana diambil orang
Ketiga : Hilang kerana disorok Syaitan
Berikut adalah kaedah atau petua mencari barang hilang.
1. Kaedah umum
a) Selawat
b) Doa Imam Nawawi :
يا جامع النس ليوم لا ريب فيه، إجمع على ضالتي
2. Kaedah Khusus Golongan Sufiyyah
Pertama : Bertaubat dengam merangkumi empat amalan
Banyakkan istighfar
Mandi taubat
Solat sunat taubat
Solat sunat awwabin
Kedua : Solat sunat hajat 2 rakaat
Rakaat pertama : Al-Insyirah
Rakaat kedua : Al-Ikhlas
Ketiga : Baca Surah Luqman ayat 16 sebanyak yang boleh dengan tatacara berikut
1. Istighfar 70x
2. Al Fatihah 1x
Untuk Rasulullah, Guru dan Orang Soleh
3. Membaca sebanyak yang boleh sambil membayangkan Allah mengembalikan barang yang hilang ayat,
یَـٰبُنَیَّ إِنَّهَاۤ إِن تَكُ مِثۡقَالَ حَبَّةࣲ مِّنۡ خَرۡدَلࣲ فَتَكُن فِی صَخۡرَةٍ أَوۡ فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰتِ أَوۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ یَأۡتِ بِهَا ٱللَّهُۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَطِیفٌ خَبِیرࣱ ﴿ ١٦ ﴾
Luqman, Ayah 16
4. Berzikir seberapa lama yang mampu,
Ya Lathif , Ya Khabir
Keempat : Bertahlil terus menerus seberapa lama yang boleh sambil Muroqobah Maiyyah dan menumpukan doa dalam hati
“ Ya Allah hanya dengan rahmatMu, kehendakMu, dan kekuasaanMu sahaja barang tersebut dapat ditemui”
Kelima : Bernazar dengan apa sahaja yang baik dan mudah dibuat
Keenam : Bersedekah setiap hari walaupun RM1
Ketujuh : Kekal berwudhuk
Kelapan : Sentiasa ingat kehendak dan keazaman makhluk tidak dapat mengatasi takdir Allah
Kesembilan : Sentiasa jaga adab terhadap Allah, mengingati namaNya, muroqobah wujudNya, keagunganNya dan kesempurnaanNya
Kesepuluh : Berdoa secara khusus dengan membaca doa qunut 13x sehari.
Wallahua’lam
Mingguan Wanita : Kita hanya berikhtiar, selebihnya terserah padaNya.
Sumber: Muhaimin Azman
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita