Amalkan Minum Air Rendaman Bendi, Cara MUDAH Dan MURAH Untuk Kesihatan Badan

Share

Tak ramai yang tahu tentang air rendaman bendi ini sangat berkhasiat buat kita semua terutamanya dari segi kesihatan. Kalau sebelum ini, bendi menjadi salah satu pelengkap dan menyedapkan dalam aneka masakan kari.

Sesetengah orang tidak gemar dengan bendi kerana memikirkan lendir yang ada pada bendi, lebih-lebih lagi bila menghirisnya. Kalau tak tahu cara memang akan keluar lendir dan mungkin dengan inilah yang memberi kebaikan kepada kita.

Bercerita tentang air rendaman bendi ini, orang dulu-dulu sudah tahu khasiatnya yang tersendiri. Cuma tak ramai yang praktikkan. Bahkan bendi ini bukan sahaja untuk pelengkap masakan tapi ada khasiat lain yang kita tidak tahu.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Air Rebusan Asam Gelugur Bantu Turunkan Berat Badan, Kulit Pun Cantik

Mandi Air Daun Limau Purut, PETUA Berkesan Hilangkan Keletihan & Buang Toksin Dalam Badan!

Info Lebih Menarik DI SINI

Minum Air Rendaman Bendi Setiap Hari

Dalam perkongsian Mayee Nazrich yang diperolehi daripada sumber Dara Anggun ini turut memperkatakan tentang amalan minum air rendaman bendi. Kita tak tahu masalah kita alami tapi dengan amalkan minuman ini, ia boleh membantu kita semua dalam kesihatan badan.

“Balik kampung tempoh hari, ada bersembang dengan kawan atuk, umurnya sudah masuk 86 tahun tetapi masih kuat lagi. Bela lembu kambing, tanam nenas dan cili 5 ekar.

Tiada penyakit seperti adik beradik dia yang lain, tekanan darah ok, gula dalam darah ok, kencing manis tak ada dan kolesterol rendah.

Bila aku tanya apa rahsia dia…

Dia kata dia cuma amalkan minum air rendaman bendi setiap hari sejak dia masuk umur 30 tahun

Aku pun dah masukj 4 series, cuba juga buat, kiranya ini dah hari ketiga. Mudah-mudahan aku istiqamah amalkan ini sampai bila-bila.

Caranya mudah dan murah:
1. Beli 1 ikat kacang bendi RM1
2. Potong halus (basuh dulu ya)
3. Rendamkan 8-12 jam di dalam air mineral supaya lendir bendi tadi keluar (tidak perlu rebus)
4. Minum macam biasa, air tak ada rasa apa-apa pun.
5. Bila air sudah habis, rendam sekali lagi (boleh buat sampai 2-3 kali, sampai likat lendirnya habis)


6. Bendi tadi tu bolehlah goreng kicap, rebus buat ulam atau letak dalam kari…tak adalah membazir.

Selamat mencuba!

Khasiat Kacang Bendi Yang Ramai Belum Tahu

1. Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.
2. Dalam bidang perubatan tradidional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.
3. Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.
4. Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
5. Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.
6. Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.
7. Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
8. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
9. Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
10. Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
11. Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
12. Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
13. Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
14. Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan di samping itu juga boleh menstabilkan paras gula.

Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang memberangsangkan.

Sumber: dara anggun

MW: Boleh cuba nanti, moga memberi manfaat pada semua.

Kredit: Mayee Nazrich

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora