Rimas betul bila tengok perut buncit. Kadang-kadang orang tengok, ingatkan mengandung. Ini kalau yang dah berkahwin. Mana yang belum berkahwin, macam mana pula.
Sebenarnya, masalah ini memang sudah biasa di kalangan wanita di luar sana. Masalahnya, susah nak buang angin dalam badan dan masa yang sama, macam mana nak kempiskan perut buncit.
Sudah macam-macam ubat yang digunakan tapi tak berkesan. Sampaikan ada wanita yang biarkan sahaja keadaan ini, walaupun memang agak rimas dan memalukan.
Tak perlu risau, Puan Mala Mansor berkongsi air rebusan ini untuk membantu membuang angin dalam badan dan hilangkan perut buncit. Bukan itu sahaja, air rebusan ini pun sangat baik untuk kesihatan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Amal Minum Air Lemon+ Halia Rahsia Perut Kempis
Jus Mujarab Kempiskan Perut Buncit Dalam 2 Minggu, Syaratnya Jangan Langgar Pantang
Info Lebih Menarik DI SINI
PETUA BUANG ANGIN DARI BADAN DAN KEMPISKAN PERUT BUNCIT
Badan berangin akan buat kita lesu dan tak bertenana. Bila letih, kita akan lebih banyak berehat dan tidur kan. Air rebusan yang saya share ni sangat bagus untuk buang angin jahat dari badan dan jadikan kita bertenaga sepanjang hari.
Bahan memang mudah didapati. Cari je di supermarket mesti ada. Jom tengok macam mana cara buat.
Bahan diperlukan :
Kurma merah / Red dated 11 biji
Halia 3 inci ditumbuk kasar
Halba 1 sudu makan
Gula batu sedikit
Air 3 cawan
Cara penyediaan :
1. Koyakkan red dates dan buang biji sebab biji dia anggap boleh panaskan badan.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk sehingga mendidih. Biarkan mendidih dalam 15 minit, baru tutup api.
3. Minum panas-panas. Halba, halia dan red dates tu boleh dimakan sekali.
BANYAK KHASIAT
Boleh amalkan setiap hari. Sekali masak air rebusan ni boleh minum hingga 3 kali. Cuma panaskan je. Bahan yang digunakan ni memang banyak manfaat untuk kesihatan.
Red Dates :
Baik untuk kulit tinggi Vitamin A, B1, B2, dan C
Meningkatkan imunisasi badan
Kurangkan paras kolestrol
Membantutkan sel kenser
Banyakkan air susu wanita menyusukan anak
Menyembuhkan batuk dan sakit gigi
Halia :
Menurunkan paras kolestrol
Buang angin dalam badan
Bantu penghadaman
Kurangkan berat badan
Menguatkan imuniti badan
Halba :
Melancarkan peredaran darah
Cuci perut / detox
Menguatkan jantung
Buang angin
Menyembuhkan buasir
Mengurangkan berat badan
Kawal kencing manis
Banyakkan manfaatnya bahan yang digunakan ni? Jadi lepas ni jom sesama kita amalkan. Selamat mencuba!
MW: Bukan sahaja sedap minuman ini tapi khasiatnya pun banyak. Semoga bermanfaat.
Kredit: Mala Mansor
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI