Tak dinafikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Tak kiralah bagaimana kita usahakan baik rawatan secara moden mahupun tradisional. Sebaiknya-baiknya diusahakan kedua-duanya, disamping melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan doktor, tak salah usaha juga untuk rawatan alternatif.
Daun sup dan bawang putih sememangnya terbukti mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Malah amalan meminum air kisaran Daun Sup dan Bawang Putih, dikatakan petua ikhtiar bagi merawat penyakit darah tinggi supaya tekanan darah sentiasa di paras normal.
Semasa usia hujung 20an dan masuk 30an catatan tekanan darah aku selalu nya menunjukkan peningkatan yang sememangnya akan menaikkan lagi bacaan. Gerun bukan?
Kalau waktu tengahari, kerap aku rasa pening yang amat dan rasa tak selesa bahagian kepala dan tengkuk. Pernah cuba nak mohon skip atau tukar aje jadual mengajar di tengahari, tapi aku redo kerana penyakit keturunan katanye.
Pernah satu ketika catatan aku melebihi tahap ke2 hipertensi iaitu 160 ke atas dan doktor arah aku ditahan. Aku bagi macam-macam alasan tak nak masuk wad sebab janji nak rehat betul-betul di rumah.
Balik rumah, aku cari daun belimbing buluh sebab kata orang, ianye boleh kurangkan sakit. Merata aku pusing Kg Sg Buaya, cari pokok belimbing, sehinggalah terjumpa pokoknya di sebuah rumah berhampiran sungai.
Aku bagi salam untuk kebenaran ambik daun tu. Muncul dari tingkap seorg budak perempuan dalam usia awal 20an, tanya sebab apa nak ambik daun tu? Aku cakap untuk ubat darah tinggi. Dia keberatan nak bagi sebab dia kata ada yang lebih mujarab dan terbukti berkesan dari daun belimbing.
“Abang, mak saya dulu pengidap darah tinggi yang agak kronik tapi alhamdulillah, ada seorang Indonesia bagi petua untuk amalkan. Dia minum air daun sup dan bawang putih yang sudah diblender. Amalkan selalu, sampai sekarang mak saya dah takde darah tinggi “
Owh ye ke. Setelah berterima kasih, aku pulang dan terus cuba. Cari daun sup, campur bawang putih dan air, kemudian blender. Walaupun pada awalnye tak confident, tapi aku tetap nak try jugak.
Alhamdulillah, setelah mengamalkan minum beberapa hari, aku chek, darah tak tinggi lagi. Aku terus amalkan dari minum hari-hari, aku minum jarang-jarang dan kini jadi kadang-kadang. Sampai sekarang bila chek, tekanan darah sentiasa di paras normal.
Cuma kena tahan le. Rasanye memang tak sedap cuma nak sihat tak? Jangan hirau bab yang tak sedap tu, teruskan minum. Insya Allah ada kesembuhan di situ.
Terima kasih kat budak perempuan yang kasi petua ni. Agak-agak sekarang dah masuk usia lebih 40 kot, semoga Allah Merahmati serta permudahkan hidupnya serta yang empunya susunan asal usul petua ini. Cubalah, mudah-mudahan ada kesembuhan di situ. InsyaAllah.
Daun Sup
Bawang Putih
Air Suami secukupnya
1. Ambil bawang putih dalam bilangan ganjil dan beberapa helai daun sup yang diamik dengan batangnye sekali.
2. Potong-potong daun sup tu, masukkan dalam jug blender bersama bawang putih dan air. Aku guna air suam je.
3. Hasil selepas blender, cantik warna hijau.
4. Tapis airnye ke dalam cawan. Boleh la campur sikit air suam. Pastu bismillah, minum lah jangan cium baunya, nanti tak tahan. Lepas minum, boleh la kulum gula-gula untuk hilangkan rasa tak sedap tu. Cubalah selalu, mudah-mudahan ada kesembuhan di situ, Insya Allah.
Baca Lagi Di Sini :
Banyak Kali Tanam Selalu Mati, Ini Kaedah BETUL Semai Daun Sup!
“Kalau Bacaan BP Tak Cantik, Tolonglah Jangan Berlengah Start Makan Ubat Darah Tinggi!”
Kajian Buktikan 3 Bulan Makan Seulas BAWANG PUTIH, Dapat Turunkan Darah Tinggi
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Boleh cuba amalkan air kisaran daun sup dan bawang putih sebagai salah satu ikhtiar untuk mengawal darah tinggi. Namun paling penting, pastikan dapatkan rawatan doktor dan lakukan pemeriksaan terlebih dahulu.
Sumber : Asrie Baker
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita