Isu saka dan sihir bukanlah perkara baru dalam tamadun manusia. Meski zaman berdedar dan serba canggih, kepercayaan terhadap perkara mistik dan penggunaannya masih wujud. Bukan menidakkan kewujudan dua perkara ini, tetapi melalui pengalaman perawat Islam serta mereka yang menjadi mangsa…mengukuhkan lagi kesahihannya.

Dalam Mingguan Wanita Talkshow hari ini, topik mengenai Misteri Perjanjian Ghaib yang dikelolakan oleh Siti Elizad dan Amin Idris membicarakan perihal isu saka dan sihir yang begitu dekat dengan masyarakat Melayu. Perjanjian ini bukan perjanjian biasa-biasa. Segala terma dan syarat-syaratnya punya bahana yang bukan sikit dan mungkin mendatang mudarat buat beberapa keturunan.

Amalkan Ayat Ini Sebagai Pendinding Dari Gangguan Sihir & Saka

Menurut saudara Mohd Khairul Anuar Mohd Wafa, Pengamal Pengubatan Islam Darussyifa dan Datuk Sri Ustaz Mohd. Suhaimi Rozali, Pusat Rawatan D’Ruqyah Solution kedua-duanya saling bersetuju mimpi juga menjadi medium ‘penyerahan’ saka secara tidak sedar. Mimpi berada di tempat kotor, menyusukan bayi, mendukung bayi, menyambut bayi ataupun menerima barang-barang purba adalah satu bentuk serahan tanpa sedar.

Hadir sama Mami Norliah Ghani, pelakon veteran Malaysia yang juga berkongsi cerita pengalamannya di ganggu sihir dan menghalangnya dari bekerja. Bagaimana wanita ini melaluinya dan mencari solusi bagi memulihkan dirinya dari gangguan itu.

Amalkan Ayat Ini Sebagai Pendinding Dari Gangguan Sihir & Saka

Tambah Datuk Sri Ustaz Mohd Suhaimi lagi amalkan ayat 7 dari Surah as-saffat yang mana terjemahannya ; dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat derhaka.

Amalkan Ayat Ini Sebagai Pendinding Dari Gangguan Sihir & Saka

Manakala saudara Mohd Khairil Anuar pula menitipkan pesanan amalkan surah Al-Israa’ ayat 70 (100 kali) sebaiknya di baca selepas solat.

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.

Ketahui perawat yang benar-benar ingin merawat secara Islamik, atau menggunakan campuran ayat-ayat yang tidak diketahui maksud tersirat bagi merawat sihir dan saka. Ketahui juga apa juga objek mistik yang digunakan sebagai ‘makanan’ untuk belaan dan bahana perjanjian ghaib ini dalam ulangan Mingguan Wanita Talk Show jam 8 malam ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI