Setengah orang merasakan hidupnya tidak pernah senang, ada sahaja kesusahan yang terpaksa dilalui. Namun, ada orang dikurniakan rezeki tak putus-putus. Ada sahaja kesenangan yang diperolehi. Malah, rezeki yang ada itu bukan sahaja dalam bentuk kewangan tapi kebahagiaan dalam rumah tangga, mempunyai pekerjaan yang baik dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, semua ini telah ditetapkan olehNya. Cuma kita perlu berusaha untuk dapatkan yang lebih baik lagi. Paling peting, jangan mengeluh dengan apa yang kita da sekarang ini. Bersyukurlah.
Bercakap tentang rezeki tak putus-putus, ada cara dan amalan yang boleh kita lakukan. Malahan, anda boleh amalkan dalam sehari-hari kita. Seperti apa yang dikongsikan oleh Suzila Lynn. Moga ia memberi manfaat dan amalan kepada kita.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan BERKIRA Dengan Anak Isteri Sebab Rezeki Itulah Hasil DOA Tanpa Henti Mereka
Amal Doa Yang Diajar Rasulullah Ini Selepas Subuh, Insya-Allah Rezeki Mencurah!
Info Lebih Menarik DI SINI
Usaha bersertakan amalan yang dianjurkan wajib agar kehidupan lebih barakah. Bagi mendapat rezeki yang melimpah, cuba amalkan 5 doa ini secara istiqamah. Insya Allah rezeki datang melimpah-limpah.
1. Doa Agar Rezeki Lancar
اَللَّهُمَّ يَاغَنِيُّ يَامُغْنِيْ أَغْنِنِيْ غِنًى أَبَدًا وَيَاعَزِيْزُ يَامُعِزُّ أَعِزَّنِيْ بِإِعْزَازٍ عِزَّةَ قُدْرَتِكَ
وَيَامُيَسِّرَاْلأُمُوْرِ يَسِّرْ لِيْ أُمُوْرَ الدُّنْيَا وَالدِّيْنِ يَاخَيْرَ مَنْ يُرْجَى يَا اللهُ
Allahumma yaa ghoniyyu yaa mughnii aghninii ginan abadan wa yaa ‘aziizu yaa mu’izzu a’izzani bi-i’zaazin ‘izzatia qudrotika, wa yaa muyassirol umuuri yassir lii umuurod dun-yaa waddiini yaa khoiro man yurjaa yaa allah.
“Ya Allah, Dzat Yang Mahakaya dan memberikan kekayaan, berilah kekayaan yang abadi kepadaku. Wahai Dzat Yang Mahamulia dan yang memberikan kemuliaan, berilah kemuliaan kepadaku dengan kemuliaan kekuasaan-Mu. Wahai Dzat yang mempermudah semua urusan, berilah kemudahan kepadaku di dalam semua urusan dunia dan agama, wahai Dzat yang paling diharapkan, ya Allah.”
2. Doa Agar Rezeki Bertambah
اَللَّهُمَّ زِدْنَا وَلاَ تَنْقُصْنَا وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُوْهِنَا وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا وَاٰثِرْنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا وَأَرْضِنَا وَارْضَ عَنَّا
Allahumma zidnaa wa laa tanqushnaa wa akrimnaa wa laa tuuhinaa wa a’athinaa wa laa tahrimnaa wa aatsirnaa wa laa tu’tsir ‘alainaa wa ardhinaa wardhoo ‘annaa.
“Ya Allah, tambahkanlah rezeki kepada kami, jangan Engkau kurangi. Muliakanlah kami dan jangan Engkau hinakan kami. Berilah kami dan jangan Engkau halangi kami. Pilihlah kami dan jangan Engkau tinggalkan kami, dan janganlah Engkau cegah kami.”
3. Doa Agar Diberi Rezeki Halal
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْئَلُكَ أَنْ تَرْزُقَنِيْ رِزْقًا حَلاَلاً وَاسِعًا طَيِّبًا مِنْ غَيْرِ تَعَبٍ وَلاَ مَشَقَّةٍ وَلاَ ضَيْرٍ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ
Allahumma innii as-aluka an tarzuqonii rizqon halaalan waasi’an thoyyiban min ghoiri ta’abin wa laa masyaqqotin wa laa dhoirin innaka ‘alaa kulli syai-in qodiir.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar melimpahkan rezeki kepadaku berupa rezeki yang halal, luas dan tanpa susah payah, tanpa memberatkan, tanpa membahayakan dan tanpa rasa lelah dalam memperolehnya. Sesunggunya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”
4. Doa Agar Diberi Rezeki yang Berkah
اَللّٰهًمَّ اَصْلِحْ لِيْ دِيْنِيْ وَوَسِّعْ لِيْ فِيْ دَارِيْ وَبَارِكْ لِيْ فِيْ رِزْقِيْ
Allahumma ashlihli lii diinii wa wassi’lii daarii wa baarik lii fii rizqii.
“Ya Allah perbaikilah agamaku (yang menjadi pokok urusanku) lapangkanlah tempat tinggalku, dan berikanlah keberkahan pada rezekiku.”
5. Doa Agar Mendapat Rezeki yang Tak Disangka-sangka
اللّٰهُمَّ رَبَّنَاۤ اَنۡزِلۡ عَلَيۡنَا مَآٮِٕدَةً مِّنَ السَّمَآءِ تَكُوۡنُ لَـنَا عِيۡدًا لِّاَوَّلِنَا وَاٰخِرِنَا وَاٰيَةً مِّنۡكَۚ وَارۡزُقۡنَا وَاَنۡتَ خَيۡرُ الرّٰزِقِيۡنَ
Allahumma Robbanaa anzil ‘alainaa maa-idatan minas samaa-i takuunu lanaa ‘iidan li awwalinaa wa aakhirinaa wa aayatan minka warzuqnaa wa anta khoirur rooziqiin.
“Wahai Tuhan kami, turunkahlah kepada kami suatu hidangan dari langit (yang haru turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami, yaitu bagi orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau, berilah kami rezeki, dan Engkau pemberi rezeki yang paling utama.”
Mudah mudahan semuanya dapat berkah, Amin.
MW: Moga ia menjadi amalan harian kita, selain daripada doa dan usaha. Aamiin.
Sumber: Suzila Lynn
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita