tip-panjangkan-usia

Sekarang ni kita dengar ramai orang muda yang meninggal dunia kerana serangan jantung dan strok. Dua penyakit ini amat berkait rapat dengan emosi dan gaya hidup kita. Nenek moyang kita dulu ramai yang panjangkan usia.

Selepas diselidik dan dibuat perbandingan, rupa-rupanya orang tua ada rahsia untuk panjangkan usia. Malah paling best mereka mempunyai kualiti hidup yang jauh lebih baik berbanding masyarakat moden.

“Saya sempat juga mengorek petua daripada nenek dan datuk di kampung. Usia datuk saya sudah 90 tahun tapi masih sihat dan bertenaga. Nak tahu rahsianya, jom semak dan amalkan. Dengan izin Allah kita juga diberikan kesihatan yang baik dan panjang usia.”

20 Tip Panjang Umur

1.    Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain.

2.    Jangan mempunyai pemikiran yang negatif terhadap perkara yang kita tidak suka. Sebaliknya fokus kepada perkara positif yang kita miliki.

3.    Jangan memaksa diri melakukan perkara yang membuatkan kita menderita. Besederhana adalah yang terbaik.

4.    Usah serius sangat, sekali sekala perlu bergurau senda.

5.    Hentikan sikap suka bergosip.

IKLAN

6.    Tak payah nak dengki dengan orang lain. Buang karan je.

7.    Lupakan kisah silam, jangan ungkit kesilapan pasangan. Ia akan musnahkan hubungan dan kegembiraan dalam rumah tangga.

Jangan Benci Orang

8.    Tak payah nak benci orang, tak ada faedah langsung.

9.    Murahkan senyuman, mood positif akan buat kita gembira.

10.    Hubungi keluarga dengan kerap.

IKLAN

11.    Maafkan orang lain dan berbuat baik setiap hari.

12.    Luangkan masa berbual dengan orang tua dan kanak-kanak.

13.    Utamakan Allah dalam segala urusan. Percayalah Allah pasti akan mudahkan urusan kita yang lain.

14.    Buang perkara yang tidak gembira.

IKLAN

15.    Usaha dulu baru doa. Hasil akan datang, yakinlah.

16.    Bila terjaga dari tidur, sentiasa ucapkan Alhamdulillah.

17.    Makan sedikit tapi kerap. Jangan tidur dalam kekenyangan.

18.    Pandangan orang pada kita bukan urusan kita. Selagi kita buat benda yang betul, pedulikan.

19.    Jangan bekerja sehingga lupa solat dan abaikan keluarga.

20.    Selalu berzikir dan baca al-Quran.

Penulis : Intan Rohaizat Zakariya

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI