
Tidak dinafikan ayat-ayat Quran merupakan satu mukjizat dan mampu menjadi penawar dalam menyembuhkan penyakit. Setelah melakukan rawatan moden,boleh juga ikhtiar dengan melakukan rawatan perubatan Islam bergantung keyakinan sepenuhnya dan bersungguh-sungguh dengan ayat-ayat suci Al Quran.
Menerusi perkongsian daripada Ustaz Syafiq Mujahid, Pusat Rawatan Al Idrus ini amalan membaca Surah Al-Fil mampu merawat masalah dalaman wanita seperti cyst, ketumbuhan dan sebagainya. Ia juga mampu ‘menghalau’ jin yang berada dalam tubuh badan.
Cara-Caranya:
1. Ambil tapak tangan dan letak di bahagian sakit tersebut.
2. Kemudian baca surah Al-Fil, sehinggalah pada ayat keeempat tepuk lembut/ gosok lembut pada bahagian yang sakit. Sebut sebanyak 3 kali.
Menurut Ustaz Syafiq lagi, sekiranya ada gangguan jin, ia tidak akan lama tinggal di dalam badan.
@pusatrawatanalidrusPastikan follow Live Ustaz Shafiq Oke😄❓♬ original sound – Pusat Rawatan Al Idrus
Semoga Bermanfaat dan jadikan amalan.
Mesti Baca:Baca Surah Al-A’la Ayat 6 & 7 Di Ubun-Ubun Anak, Dapat Kuatkan Ingatan!
Baca Lagi Di Sini:Surah At-Taubah 128-129 ‘Ayat Pengasih’, Amalkan Baca 7 Kali Selepas Solat
Artikel Menarik:Amalkan Bacaan Surah Al-Mukminun, Hilangkan Rasa Was-was, Terpelihara Dari Gangguan
Mingguan Wanita: Semoga menjadi amalan buat wanita, kerap baca surah alfil ini untuk mengatasi gangguan jin dan masalah dalaman wanita.

Sumber: TikTok Pusat Rawatan Al Idrus
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
SABAR Tidak Semudah Yang Diucapkan, ‘Tahan’ Dulu HATI Apabila Menerima Musibah

Isi Kandungan
ToggleDunia adalah medan ujian buat kita. Tak mudah melaluinya apabila ditimpa musibah. Seringkali apabila ditimpa ujian dan musibah, kita diminta untuk bersabar, bersabar dan terus bersabar. Namun, sungguh ia tak mudah dilakukan berbanding mengucapkannya. ‘Tahan’ lah dulu hati apabila menempuhi setiap musibah yang diberikan.
Ikut langkah yang dikongsikan oleh Pendakwah, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ini sebagai panduan;
“Bila kita dinasihatkan agar bersabar…hati kita bertanya bagaimana? Sabar tidak semudah yang diucapkan”
Sabar itu ertinya ‘menahan’. Justeru, tahan dulu hati apabila menerima musibah dengan Lima langkah ini:
1. Ucapkan Kalimah Istirja’
Akui kita dari (kepunyaan) Allah. Maka kita layak diuji. Jangan mempersoalkan ‘kenapa aku?’
2. Ingatkan Hati Agar Kekal Positif
Sedarilah musibah itu datang daripada Allah. Allah itu Maha Pengasih. Sudah pasti apa yang datang daripadanya baik-baik belaka. Ingatkan hati, “Semua ini pasti baik walaupun aku belum nampak dan merasakannya.”
3. Cara Allah Ampunkan Dosa
Pesan pada diri “Aku banyak dosa, ujian ini adalah cara Allah mengampunkan dosa-dosa ku.” Agar dengannya aku tidak terseksa di neraka nanti. Nauzubillah. Akhirat itu sesungguhnya ada.
4. Setiap Kesusahan Ada Kemudahan
Ingat janji Allah, yang diulangiNya sehingga dua kali, bahawa selepas kesusahan pasti ada kemudahan. Terimalah dan ‘layanilah’ musibah itu sebagai tetamu di kamar hati dengan baik..InsyaAllah dia akan cepat pergi.
5. Pujuk Hati
Musibah ini belum tentu seburuk yang disangka. Allah telah berpesan, ” ada perkara yang kamu tidak suka tetapi itu baik bagi kamu.” Pujuk hati, Allah yang memberi musibah ini lebih tahu apa yang baik bagi ku berbanding diri ku sendiri.
Justeru wahai diri, apabila dipesankan kepada mu: Bersabarlah… maka itu bermaksud menahan. Bagaimana untuk menahan? Maka ambillah lima pesan di atas sebagai panduan.
(Dariku tidak ada harta, bantuan ku hanya dengan kata-kata. Semoga ada manfaatnya. Amin.)
# Aku tidak mahu kau derita kerana aku pernah merasainya. #
Baca lagi Di Sini:

Hutang Banyak Tak Dapat Bayar, Amalkan Tips Ini Buat Rezeki Mencurah-Curah
SABAR Kunci UTAMA Rumah Tangga Bertahan Lama, Bukan Bahagia Sepanjang MASA
Gudang Pahala Terbesar Wanita Adalah Di Rumahnya Sendiri, Suamilah Pahala Sabar Kita
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang tak mudah untuk menahan sabar berbanding mengucapkannya. Namun, ambil pesanan ini sebagai panduan kita dalam menahan sabar ketika ditimpa musibah.
Sumber: Pahrol Mohamad Juoi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Adab Keluar Rumah & Masuk Rumah Bila Ada Anak Kecil, Elak Anak ‘Meragam’

Bila ada anak kecil, segalanya didahulukan buat dia. Sementelah bila nak keluar rumah mesti nak kena siapkan dia. Agak struggle untuk pastikan moodnya baik bila keluar nanti.
Jika anak seorang, mungkin rasanya tiada masalah sebab fokus pada dia sahaja. Bayangkan kalu mak ayah ada anak berderet-deret. Mahu kena siapkan satu persatu, belum lagi anak yang meragam.
Tak kisah, struggle atau tidak urus anak kecil bila keluar rumah mahu pun bia ada di rumah. Tapi yang perlu mak ayah ambil perhatian adalah bila bawa anak yang masih kecil. Ada adabnya supaya dia tak meragam.
Maklumlah orang cakap anak kecil ni, boleh nampak ‘benda-benda’, bimbang ‘benda’ tu mengikut sebab suka anak kita.
Bukan mempercayai tapi sekurang-kurangnya mak ayah kena berjaga-jaga. Jangan terkejut kalau anak meragam tengah malam, lepas itu tiba-tiba badan panas. Takut ada yang tak kena.
Perkongsian ini sebagai panduan buat mak ayah yang ada anak kecil bila nak bawa anak keluar dan masuk dalam rumah.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Amalkan Doa ‘PAGAR RUMAH’, Adab Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Selamat
Amalan Ziarah, Elak Datang Waktu Ini & Jagalah Adab Di Rumah Orang
Info Lebih Menarik DI SINI
Anak Kecil, Adab Keluar Rumah
Semalam saya ada beberapa hal menegur mak ayah yang sering kali membawa anak-anak kecil keluar pada waktu malam sampai diganggu makhluk halus.
Jadi, hari ni saya nak berkongsi di antara adab yang perlu kita lakukan sebelum keluar dan selepas balik ke rumah.
ADAB KELUAR RUMAH
1. Alas kepala anak dengan kain.
Boleh jugak alas dengan kopiah, atau tudung, atau topi atau tual kecil.
2. Sediakan air penawar.
Baca 7x surah al fatihah pada air botol. Kemudian tarik nafas sedalamnya, tahan 7s aat, dan hembus perlahan-lahan pada air tersebut. Dan kemudian jentik 3x.
Bagi minum sebelum keluar rumah. Sikit pun tak apa.
3. Baca surah pilihan.
Tadah tangan, sambil membaca :
– Alfatihah.
– Ayat Qursi.
– 3 Qul.
Kemudian tiup di tapak tangan dan sapu keseluruh badan anak dan jugak ibu bapa tu sendiri.
4. Baca doa keluar rumah.
-بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
‘Bismillahi Tawakkal Tu A’lallah, Laa haw laa wala Quwata Illa Billah’.
ADAB MASUK RUMAH
1. Memberi salam.
2. Membaca doa.
بِسْمِ اللهِ وَلَجْنَا وَبِسْمِ اللهِ خَرَجْنَا وَعَلَى اللهِ رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا.
Bismillaahi Wa Lajnaa Wa Bismillaahi Khorojnaa Wa’alallohi Robbina Tawakkalnaa.
3. Langkah kaki kanan.
4. Mandi.
Seeloknya mandikan anak. Ibu bapa pun mandi sekali. Kalau jenis tak mandi waktu malam. Lap lap badan dengan kain basah pon boleh.
5. Minum air penawar.
Minum air penawar yang di buat sebelum keluar rumah tadi supaya masing-masing dalam keadaan bersih zahir dan bathin.
Untuk amalan yang dianjurkan Nabi Muhammad saw.
Baca ni setiap pagi dan malam sebelum tidur.

1. Tadah tangan
2. Baca ayat ni 7x.
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
“A’udzu bikalimatillahi taammati min syarri maa khalaq.”
3. Tiup di tapak tangan dan sapu dari ubun ubun kepala anak-anak sampai hujung jari kaki. Ulang 3x.
Boleh jugak di amalkan oleh mak ayah itu sendiri lebih baik.
Mingguan Wanita : Sekadar perkongsian. Kena beringat.
Sumber: Ali Alias
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mudahnya Solat Tarawih Di Rumah, Mak-mak Yang Ada Anak Kecil Atau Balik Rumah Lambat Pun Boleh Buat!

Isi Kandungan
ToggleAda sesetengah Mak-mak bukan tak nak pergi solat tarawih di masjid tetapi payah dengan anak kecil atau mungkin juga penat dengan keluar mencari rezeki, malam baru sampai rumah.
Jangan sedih sebab sebenarnya mak-mak ada pilihan lain untuk tunaikan solat sunat Tarawih. Tetapi pastikan faham dulu situasi ini…
Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’.
Kekangan biasa mak-mak adalah..
● Ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.
● Anda ibu bekerja yang sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.
Ok, Solat Tarawih boleh dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.
Jadi bolehlah mak-mak berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu, sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.
Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh ikut cara di bawah ye:
SOLAT SUNAT TARAWIH
● Niatnya :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.
● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.
● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
SOLAT SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.
Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala”
Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala”
Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ [3x]
Doa Solat Witir
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..
Solat Sambil Dukung Anak
Mungkin ada mak-mak yang besarkan anak kecil sendirian tanpa suami di rumah. Atau masalah lain anak kecil jenis tidur lambat dan asyik nak berdukung siap pakej meragam bila diletak ke bawah. Kalau situasi ini, nak solat pun tak khusyuk!
Namun masalah ini seharusnya tidak menjadi alasan untuk mak-mak tak buat solat Tarawih. Pendek kata, rugi! Apatah lagi Islam adalah agama yang memudahkan dan sudah tentu ada cara untuk memudahkan kaum ibu dalam hal ini.

Disebut dalam hadis
Sebenarnya jika berdepan situasi ini seseorang ibu itu dibenarkan mendukung bayi sambil bersolat. Perkara ini ada disebut dalam hadis yang diriwayatkan menerusi Abu Qatadah al-Ansari ra :
“Sesungguhnya Rasullulah s.a.w menunaikan solat dalam keadaan membawa (mendukung) Umamah, anak perempuan Zainab binti Rasullulah s.a.w dengan suaminya al-As bin Rabiah bin Abd Syams. Apabila sujud , baginda meletakkannya apabila bangun, baginda mendukungnya semula. (Al-Bukhari,Sahih al-Bukhari)
Diharuskan
Dalam hal ini adalah diharuskan oleh ibu untuk mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Namun ada syarat-syarat yang harus ibu kena tahu…
1. Pastikan anak bersih dari najis, sebaiknya tukar lampin anak sebelum ibu bersolat.
2. Kawal pergerakan. Pergerakan yang dibenarkan atau tidak membatalkan solat iaitu tidak bergerak melebihi tiga kali berturut-turut.
3. Dada sentiasa mengadap kiblat.
4. Hanya dilakukan ketika keadaan memaksa. Adalah lebih baik anak dijaga seketika oleh orang lain ketika ibu bersolat.
Haaa… mudah kan? Kalau tahun lepas gagal buat, lepas ini mak-mak tetap boleh buat solat tarawih walau payah dengan anak-anak kecil. Moga mak-mak mampu kaut pahala berganda di bulan Ramadan ini.
Alhamdulillah. Semoga bermanfaat!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI