Air nabeez, minuman yang cukup terkenal bila tiba bulan Ramadan. Amalan sunnah yang ramai tidak tahu dan mungkin ada sesetengahnya hanya ambil bila bulan puasa sahaja.
Sedangkan amalan sunnah ini boleh saja diambil pada hari biasa pun. Tak perlu tunggu pada bulan Ramadan. Cara nak buat air nabeez pun senang sangat.
Bagi mak-mak yang nak buat dan praktikkan amalan sunnah ini, bolehlah ikut perkongsian daripada Nuri Al Furqan ini. Senang sangat!
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Air Rendaman Kurma, Amalkan Minuman Sunnah Ini Setiap Hari, Tapi Elak Simpan Lama
Rebus Kurma 2 Jam, Patinya Minum Dengan Susu, Sedap Macam Jus Kurma Kedai
Info Lebih Menarik DI SINI
Buatlah air nabeez untuk minum.
Setiap kali sahur..Sunnah yang ramai orang tak tahu..
Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok minum. Insya Allah, perut mampu bertahan. Nak buat ni untuk sekali minum ye. Jangan simpan lama-lama sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.
Cara Membuat:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dalam 500ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air dan jangan biarkan terbuka.
3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi walaupun bukan di bulan Ramadan. Amalkan masa perut kosong.
Mingguan Wanita : Boleh buat nanti dan bagi anak-anak minum terutamanya yang baru nak mulakan puasa.
Sumber: Nuri Al Furqan
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita