Amalan suka bersedekah, Shuib belajar dari arwah Sarah. Pemergian Allahyarham Siti Sarah yang menyentuh hati ramai rakyat Malaysia akibat Pandemik COVID-19 meninggalkan kesan kepada orang ramai. Apatah lagi buat suaminya, Shuib Sepahtu dan anak-anak.
Sememangnya pemergian mengejut arwah memberi impak. Meskipun zahir nampak tenang dan reda, ada kalanya Shuib tewas dengan emosi atas pemergian isteri tersayang.
Amalan Suka Bersedekah, Shuib Belajar dari Arwah Sarah
Walaupun sudah hampir setahun pemergian arwah Sarah namun kasih sayang terhadap isteri tercinta sedikit pun tidak pernah luntur.
Hampir setiap hari Shuib berkongsi kehidupan bersama anak-anak dan juga kenangan bersama arwah.
Paling meruntun jiwa, tiga anak dan juga kedua mentua melangkah ke sebuah rumah anak yatim. Sambil mengimbau kenangan ‘dating’ terakhir bersama arwah Sarah, Shuib menerangkan isterinya seorang yang suka bersedekah. Malah melalui arwah jugalah Shuib belajar untuk bersedekah.
Kenangan Shuib bersama arwah isteri, Siti Sarah.
Malah paling membahagiakan rumah anak yatim Baitul Sakinah As-Shariff sudi memahatkan nama arwah Sarah yang digabungkan dengan nama dua lagi individu lain di dewan surau SARAH MUSLIM AL-ATTAS.
“Harini, kali kedua datang ke Baitul Sakinah As-Shariff ni tapi kali ni datang dengan mertua dan anak-anak.
“Kali pertama datang sini pada 25 Julai 2021 bersama dgn arwah isteri tercinta @sitisarahraissuddin, datang berdua, saya yang drive.
“SampAi je sini di sambut Tuan Haji Fadhil (individu yg menjaga tempat ni), lepas tu jumpa anak-anak yatim yang ada kat sini, habis semua tempat kami tour, tempat cantik, besar, bersih. Masa tu, arwah terlalu seronok jumpa anak-anak kat sini.
“Kemudian diberi peluang utk memberi sumbangan bagi menyiapkan Musolla dan Dewan Serbaguna yang masa tu dalam 70 peratus pembuatan kalau tak silap la.
Arwah Sarah Nak Sangat Tengok Dewan Surau Ni Siap
“Arwah nak sangat menyumbang sebab nak tgk Musolla dan dewan ni siap sebab dewan ni selain dari anak yatim kat sini guna, orang kampung yang duduk berhampiran pun boleh guna.
“Allah Maha segalanya. Harini, bila ianya sudah pun siap, arwah dah pun pergi untuk selamanya. Tapi rezeki arwah, dia diberi penghormatan bila mana Musolla dan Dewan ni di letakkan nama Sarah dan gabungan dua lagi nama individu. Maka diberi lah nama MUSOLLA DAN DEWAN SERBAGUNA SARAH MUSLIM AL-ATTAS.
Hadiah Buat Arwah Sarah
“Syukur Alhamdulillah, hadiah buat awak sayang. Rezeki arwah, alhamdulillah.
“Terima kasih mengajar daddy tentang sedekah, yakin dengan sedekah, suka dengan sedekah.
“Semoga pahala terus mengalir untuk awak sayang.
“InsyaAllah selalu kesini dengan anak-anak. Ini tempat terakhir kita dating Sayang. Semoga ada pengajaran yg kita boleh ambil,” luah Shuib.
Duchess of Cambridge, Kate Middleton telah dipilih sebagai Kerabat DiRaja paling bergaya di dunia. Ini menurut tinjauan dan kajian yang dilakukan oleh platform trend fesyen dan barang mewah Farfetch.
Malah Kate Middleton adalah satu-satunya Kerabat DiRaja yang termasuk dalam senarai terbesar Ikon Gaya dalam tinjauan terhadap 14,000 orang dewasa dari negara-negara di seluruh Eropah itu.
Kate Middleton (Gambar: AFP via Getty Images)
Isteri Putera William, dan ibu kepada tiga anak itu dipuji kerana penampilannya yang bergaya. Malah ketika Kerabat DiRaja ini keluar untuk menghadiri pelbagai acara, ramai orang akan melihat apa yang mereka pakai.
Disebabkan itu jugalah pakaian yang digayakannya akan sering habis terjual dengan cepat kerana peminat keluarga diraja akan cuba meniru gayanya.
Pengaruh Kate itu tidak pernah tidak diberi perhatian sehinggakan kini beliau telah mengalahkan semua Kerabat DiRaja dalam senarai selebriti paling bergaya.
Victoria Beckham Ikon Gaya
Tetapi malangnya beliau dikalahkan oleh Victoria Beckham yang berada di kedudukan pertama. Penyanyi yang bertukar menjadi pereka fesyen ini telah dipilih oleh 28 peratus responden – sekaligus telah meletakkan Kate di tempat kedua dalam undian rapat sebanyak 24 peratus.
Victoria Beckham (Gambar: Getty Images)
Personaliti lain yang terpilih dalam 10 teratas termasuk bintang pop Ellie Goulding, Jane Birkin yang ikonik dan ratu gaya Amerika Olivia Palermo.
Trend Fesyen Paling Popular
Sementara itu, orang Itali telah dinobatkan sebagai penata gaya pakaian paling bergaya di Eropah, dengan Britain ketinggalan di belakang Perancis dan Sepanyol di tempat keempat.
Negara Mediterranean, gedung dan rumah fesyen bagi banyak pereka terkenal di dunia termasuk Prada, Versace dan banyak lagi, mendapat tempat teratas dalam tinjauan antarabangsa yang melibatkan 14,000 orang dewasa dari seluruh Eropah.
Perancis, tempat label mewah termasuk Saint Laurent, Balenciaga dan Balmain, berada dalam kedudukan kedua.
Sepanyol mendapat tempat ketiga dengan UK dan Sweden masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.
Tinjauan dan kajian ini dibuat oleh laman web trend fesyen dan barang mewah Farfetch. Ia juga melancarkan World Fashion 2020 – panduan interaktif yang memberi akses kepada trend fesyen paling popular di seluruh dunia pada tahun 2020.
Apabila Allah mahu menguji hambaNya, dia berikan sama ada ujian kesenangan mahupun kesusahan. Begitulah dengan cerita ujian ibu uzur ini yang cukup menyentak perasaan.
Bila mana dia tidak punya duit untuk uruskan jenazah anak sulungnya. Lebih memilukan itulah satu-satunya anak yang bekerja di rumah itu.
Apa yang dilalui ibu uzur ini adalah catatan pengalaman benar yang dilalui Ustaz Rafie Zainal, Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia.
Beliau menerima panggilan daripada bapa saudara awrah yang memintanya bantuan.
Ustaz, Ibu Arwah Tak Ada Duit Nak Bayar…
“Seusai saya menguruskan jenazah di Kemensah, Hulu Kelang, saya menerima panggilan dari seorang lelaki yang meminta bantuan SPJ Malaysia menguruskan jenazah anak buahnya di hospital dan menghantar jenazah ke rumahnya di Felda Palong 8, Gemas, Negeri Sembilan.
“Ustaz, saya nak minta jasa baik ustaz. Ibu arwah tak ada duit nak bayar kos pengurusan jenazah anaknya ni. Dia ibu tunggal dan anak-anak yang lain masih kecil. Saya sendiri pun tak mampu ustaz,” rayu bapa saudara arwah ketika dia menghubungi saya.
“Tak apa tuan, kita selesaikan dulu jenazah arwah. Tentang kos jangan difikirkan,” saya hanya menjawab ringkas.
Arwah, Satu-satunya Harapan Keluarga
Arwah berusia 21 tahun merupakan anak sulung dan satu-satunya yang bekerja dalam keluarganya. Dia menjadi mangsa tikaman di dada ketika berada di rumah sewanya di tempat dia bekerja di Melaka. Arwah meninggal dunia ketika baru sampai di Hospital Serdang setelah berpindah hospital dari Melaka.
Setelah selesai, kami terus bertolak ke rumah arwah. Perjalanan sejauh 160 kilometer ke rumahnya itu memakan masa hampir 2 jam. Sampai di sana, sudah ramai ahli keluarga dan jiran tetangga yang telah pun menunggu.
Adik-adik Memandang Sayu Jenazah Abang
Rumahnya sederhana. Kelihatan adik-adik arwah yang masih kecil di sisi ibunya yang masih sugul dalam tangisnya. Seusai solat jenazah, kami pun meminta diri untuk pulang.
Ahli keluarga dan saudara arwah tidak henti-henti mengucapkan terima kasih di atas bantuan pihak kami. Saya memandang wajah ibu arwah, perlahan si ibu mengucapkan terima kasih dengan nada yang perlahan. Anak-anaknya masih bersama di tepi ibunya memandang sayu jenazah abangnya.
Saya terfikir, bagaimanalah nasib keluarga ini untuk meneruskan kehidupan selepas ini. Salah seorang saudaranya ada memberitahu saya yang ibu arwah hanya bergantung pada ‘duit felda’ saja untuk menyara kehidupan mereka selain bantuan dari arwah anak sulungnya sebelum ini.
Kadang kita merasakan hidup kita susah, rupanya masih ramai yang jauh lebih susah dari kita. Maka bersyukurlah dengan apa yang kita miliki.
Semoga Allah swt memudahkan segala urusan hidup mereka. Aamiin.”
Jangan pandang sebelah mata dan boleh dikatakan dia seorang yang hebat. Pemandu lori kontena, biasanya dipegang oleh golongan lelaki dan tidak terfikir wanita ini mampu jadikan sebagai kerjaya untuk menyara anak-anaknya.
Zahirnya, berpakaian purdah mestilah seorang yang lemah lembut tapi di sebalik kelembutan itu tersemat semangat yang luar biasa untuk menyumbang tenaga yang luar biasa. Inilah yang ada pada seorang ibu tunggal yang membesarkan anak-anaknya dengan mencari rezeki sebagai pemandu lori kontena.
Hebatnya seorang wanita yang bergelar ibu. Luaran nampak lemah lembut tapi demi keluarga mampu memberikan tenaga yang luar buasa. Inilah Nurazlinda Mahadi, ibu tunggal yang membesarkan anak-anak masih kecil dengan bekerja sebagai pemandu lori kontena.
Dalam perkongsiannya di tiktok menunjukkan dia memilih kerjaya ini untuk menyara anak-anaknya.
.
“Saya seorang pemandu lori kontena. Sayalah ibu dan sayalah ayah kepada lima orang cahaya mata,” kata Nurazlinda melalui video yang dikongsikan.
.
Ketika berada di rumah, Nurazlinda akan menjadi seorang ibu kepada anak-anaknya, yang terdiri daripada seorang anak lelaki dan empat anak perempuan.
Bila keluar bekerja, dia menjadi seorang ayan dan melakukan tugas seorang ayah untuk mencari nafkah untuk anak-anaknya.
.
Malamnya bila balik kerja, anak kecil akan bangun dan tahu ibunya sudah pulang. Paginya, dia akan ke tempat kerja semula.
.
.
Moga diberi kekuatan untuk ujian dan bersyukurlah. Allah tidak akan menguji diluar kemampuan hambanya.
.
Mingguan Wanita : Demi mencari rezeki untuk anak-anak. Hebat dan memberi inspirasi buat sesiapa yang melihatnya.