“Amalan setiap permulaan hari dengan Doa Nabi Yunus serta restu dari suami” itulah antara rahsia kejayaan yang diamalkan oleh usahawanita berjaya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Lavender Holidays & Management Sdn Bhd (LHM), Hajah Norlelawati Abdul Razak.
Sebagai wanita, seharus perlu bijak menguruskan masa. Anda juga perlu bijak membahagikan masa dalam menguruskan perniagaan, keluarga dan rumah tangga. Sebenarnya dalam diri seseorang wanita itu ada kekuatan yang besar.
Malah kini ramai wanita yang aktif dalam perniagaan. Kejayaan bukan hanya datang bergolek sebenarnya wanita juga mampu menjadi seorang seorang usahawan, ibu, isteri, surirumah mahupun bekerja. Bagi anda yang baru berjinak-jinak mahu memulakan perniagaan, Hajah Norlelawati berkongsi tip kisah kejayaannya.
“Amalan saya setiap permulaan hari adalah dengan doa Nabi Yunus serta restu dari suami. Saya tidak pandai dalam perniagaan tapi saya akan cuba sehingga mencapai kejayaan.
“Perkataan mengalah itu ada sebagai manusia tapi bila kita bersandarkan bantuan dari Allah dan doa yang tidak pernah putus untuk terus mendapat kasih dan sayang Allah, semuanya akan jadi baik-baik sahaja,” kongsi Hajah Norlelawati.
Ditebak tentang dirinya, Hajah Norlelawati menerangkan sebelum ini dirinya merupakan seorang suri rumah.
“Sebelum ini saya seorang suri rumah sepenuh masa. Lavender Holidays telah didaftarkan pada tahun 2003 oleh pemilik lain dan diambil alih sepenuhnya pada 2018 dengan pentadbiran dari pengurusan dan pasukan yang baru Lavender Holidays.
“Platform Lavender Holidays bukan untuk saya, ianya adalah untuk semua yang ingin bersama terutama dalam mencari tempat untuk melakukan Kebajikan Bersama. Dibelakang saya adalah anak-anak muda yang sedang berusaha untuk kelangsungan hidup mereka.
“Tempat untuk mereka meneruskan perjalanan hidup yang sangat mencabar dan berkarya mengikut kemampuan mereka. Sebenarnya dengan pembelian pakej dari Lavender Holidays juga secara tidak langsung Jemaah telah membantu anak-anak muda ini meneruskan kehidupan mereka. Dan juga dengan pembelian dari pakej Lavender Holidays ini ada sebahagiannya akan disalurkan untuk Kebajikan. Semuanya dengan izin Allah dan bantuan dari semua yang menyokong perjalanan Lavender Holidays dalam bermuamalah,” luah Hajah Norlelawati.
Kongsi Hajah Norlelawati lagi tercetusnya idea memulakan perniagaan sewaktu menetap di Mekah kerana mengikut suami bertugas di sana.
“Perasaan untuk berkecimpung didalam perniagaan ini hadir semasa saya menetap di Makkah Al-Mukaramah Ketika mengikuti suami saya bertugas disana. Bila setiap hari saya berada di MasjidilHaram satu perasaan yang sangat halus hadir didalam hati saya untuk melihat keluarga, sahabat handai malah mereka yang tidak mampu untuk sujud dilantai Baitullah.
“Ianya satu perasaan yang tidak boleh diungkapkan bila melihat titisan air mata Jemaah di hadapan Kaabah. Dan kerana perasaan itu saya mula menceburi bidang ini,” luahnya.
Dalam perniagaan pastinya ada jatuh bangun, Hajah Norlelawati juga akui dirinya pernah menjadi mangsa penipuan.
“Awalnya, saya juga mangsa penipuan dari syarikat pembekal ground di Tanah Haram yang tidak bertanggungjawab dan bermula dari pelajaran itu saya mengorak langkah melakukan segalanya dengan tangan saya sendiri agar jemaah dapat disantuni dengan sebaiknya dan tidak lagi ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
“Pencapaian yang paling terkesan dihati saya adalah bila melihat keseluruhan Jemaah dapat disantuni seperti perancangan. Tapi Rumah Allah kan, perancangan dibuat tapi Allah yang menentukan segalanya.
“Sehingga hari ini , Jemaah Lavender Holidays belum pernah terkandas dan segalanya adalah dari bantuan Allah dan doa yang tidak pernah putus dari keluarga dan Alumni Lavender Holidays,” terangnya.
Hajah Norlelawati juga akur dalam perniagaan pasti ada cabaranya, “Haramain adalah ‘passion’ saya, selagi ada yang ingin Bersama Lavender Holidays untuk memburu maghfirah dibumi Haramain, selagi itu saya akan menyantuni Jemaah. Cabaran yang paling biasa saya dan pasukan saya hadapi hanyalah menyantuni Jemaah.
“Tak semua yang hadir ke Bumi Barakah ini hadir dengan hati yang ikhlas mencari pengampunan Allah. Kadang-kadang ada program yang terpaksa kami batalkan atau tidak memenuhi apa yang jemaah mahukan membuatkan jemaah tidak berpuas hati.
“Tapi kadang-kadang jemaah ini lupa bahawa berada di Tanah Haram itu adalah satu nikmat dan apa yang Allah berikan adalah dari apa yang kita persembahan kepadaNYA. Tanah Haram ini sangat subjektif, walau kami cuba penuhi semua program atau logistik tapi bila Allah tidak izinkan maka ianya tidak akan terjadi. Tapi sehingga hari ini syukur pada Allah Jemaah Lavender Holidays tidak pernah terkandas dalam mana-mana kembara.
“Dengan izin Allah, bermula 2025 Lavender akan memulakan perniagaan ICT dan Cyber-Security, Lavender Food and Beverage, Lavender Wardrobe dan beberapa perniagaan lain yang akan dilancarkan dalam 2025-2027. Lavender Holidays juga menjadikan Lavender Global Ventures sebagai platform pemasaran produk-produk keluaran Alumni Lavender Holidays untuk dijual kepada umum,” akhiri Hajah Norlelawati.
Baca Disini : Berbulan Madu Di Makkah Dengan Buat Umrah, Boleh Atau Tidak
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.