Ada sebab kenapa mak ayah perlu menjadikan Bijirin Penuh sebagai amalan diet seharian, terutama sarapan pagi. Makanan ini menjadi salah satu komponen utama dalam Piramid Makanan. Sebab itu disarankan mengambilnya sebanyak 4 hingga 8 sajian sehari.
Kebaikan bijirin penuh terhadap kesihatan telah dikenalpasti seawal kurun ke-4 lagi. Justeru, badan pelaksana kesihatan di seluruh dunia, termasuk Panduan Pemakanan Malaysia menekankan pengambilan dalam diet harian mak ayah.
Karbohidrat dari sumber bijirin penuh membekalkan tenaga utama kepada tubuh badan selain nutrien lain seperti vitamin B dan E, mineral (contoh: magnesium, zink dan selenium), serat dan pelbagai fitokimia yang mempunyai kebaikan untuk kesihatan.
Majoriti Rakyat Malaysia lebih cenderung mengambil makanan yang telah diproses berbanding bijirin penuh seperti beras putih, roti putih, mi dan sebagainya, tanpa mereka sedari kebaikan dan khasiat adalah lebih tinggi dalam bentuk yang asli.
Makanan bijirin penuh dikaitkan dengan penurunan Risiko Penyakit Jantung dan Diabetis Jenis 2, Perlindungan terhadap sesetengah Kanser, malah ia juga membantu dalam Kesihatan Penghadaman dan Pengurusan Berat Badan dari manfaat serat larut beta-glucan, serta vitamin & mineral yang terkandung di dalamnya.
Mulakan hari dengan segelas oat Panas, membekalkan tenaga segera serta memberikan rasa kenyang lebih lama baik dewasa mahupun kanak-kanak.
Sehubungan itu, Olive House memperkenalkan minuman bijirin OAT Pracampur dengan Susu Tepung Skim, Biji Chia, Serbuk Ekstrak Kurma, Serbuk Buah Hawthorn Beri, Serbuk Buah Monk Dan Garam Bukit. Rasanya yang enak dari pemanis semulajadi Kurma dan Buah Monk memberikan nikmat luar biasa sesuai diambil oleh semua lapisan masyarakat.
Kelebihan ramuan premium menyediakan pelbagai manfaat kepada Bijirin Oat Pracampur eksklusif dari Olive House, antaranya:
Secara semulajadi mengandungi Vitamin B termasuk asid folik yang amat penting untuk metabolisme tubuh. Ia juga tinggi dengan Vitamin C dimana merupakan komponen nutrien yang menyokong imuniti tubuh, kecantikan dan kesihatan kulit.
Hawthorn Beri juga mengandungi Flavonoid Rutin iaitu merupakan sejenis antioksidan dalam membantu melancarkan pengaliran darah dengan fungsi vasodilatasi. Terdapat juga antioksidan lain yang hadir secara semulajadi dalam buah Hawthorn Beri seperti Phenols, Procyanidins, Catechins dan Vitexin yang mempamerkan tindakan anti-radang dan sebagainya.
Buah Monk atau nama lainnya Lo Han Guo telah digunakan dalam Perubatan Tradisional Cina (TCM) sejak beberapa dekad lalu sebagai pemanis semulajadi selain stevia dari komponen Mogrosides. Hebatnya Buah Monk yang manis tidak memberi kesan negatif kepada peningkatkan glukosa darah.
Maka, ianya sangat sesuai kepada mereka yang menghidap diabetes sebagai opsyen alternatif kepada gula putih khususnya.
Buah Monk turut bermanfaat dalam membantu mengurangkan sakit tekak dan meredakan kahak.
Makan oat secara biasa mungkin membosankan. Pelbagaikan cara pengambilan contohnya, Overnight Oat yang sedang ‘trending’ di ruang digital menambahkan varieti malah turut memberi pengaruh positif kepada golongan kanak-kanak menikmati oat tanpa rasa bosan.
Jom layari bagaimana menyediakan resepi OVERNIGHT OAT DENGAN BUAH BLUEBERRY DAN MADU KYRGYZSTAN OLIVE HOUSE
• Bebas lemak trans.
• Tinggi serat.
• Tinggi kandungan vitamin B1 yang diperlukan untuk membekalkan tenaga daripada karbohidrat.
• Tinggi kandungan protein bagi membantu pertumbuhan dan memperbaiki tisu badan.
• Tinggi kandungan Magnesium dalam membantu menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium.
• Sumber iodin yang penting untuk pembentukan hormon tiroid.
• Sumber Zat Besi untuk pembentukan sel darah merah.
• 1 kotak mengandungi 15 sachet (25gram setiap sachet).
Dapatkan OAT dari OLIVE HOUSE Sekarang dengan Harga Promosi Pengenalan dengan menghubungi Agen Olive House berdekatan anda, atau nombor Hotline kami 013-5000 157 / 013-5200 157, atau boleh juga membuat pembelian secara atas talian di www.aafiyat2u.com
‘SAMA-SAMA KITA AMALKAN GAYA HIDUP AAFIYAT’