Amalan Ini Untuk Dapatkan Kehidupan Lebih Baik, Terus Rasa Bahagia!

Share

Pernah tak, ada masa diri kita seakan-akan kosong, kehidupan yang tidak tahu hala tuju. Malah, lebih teruk, ada saja yang tidak kena dan tak tahu macam mana nak hilangkan perasaan itu.

Semua ini berbalik kepada diri kita. Kehidupan terasa kosong, walaupun ada pekerjaan yang baik, dikelilingi kawan-kawan yang baik dan jiran-jiran yang prihatin.

Apa lagi yang rasa tidak bahagia dengan kehidupan ini. Buka minda dan tanyalah pada diri sendiri. Salah satu yang perlu kita tengok adalah amalan yang kita lakukan setiap hari.

Amalan ini bukan hanya tuntutan kerja semata-mata, mahupun pergaulan sehari-hari. Tapi tentang amalan kita dengan Yang Maha Kuasa. Mungkin kita terlepas pandang dalam melakukan hal-hal yang baik. Kita tidak tahu.

Inilah yang dikongsikan oleh Ju Wan untuk kita mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Moga dapat kita amalkan bersama-sama.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Limitkan Rezeki Pada Kebendaan Saja, Cuba Pandang Orang Lebih Susah, Barulah Bersyukur

Setiap Kali Diuji, Belajarlah Redha Dengan Takdir, Semua Yang Berlaku Adalah Aturan-Nya

Info Lebih Menarik DI SINI

Kehidupan Lebih Baik, Amalkan

Bagi mendapatkan kehidupan kita akan lebih baik bila mana :

1. Bangun daripada tidur sebelum subuh dan sempat menunaikan solat sunat tahajud walaupun cuma 2 rakaat.
2. Tunaikan solat sunat sebelum (qabliyyah) subuh kerana ia lebih baik daripada dunia dan seisinya.
3. Baca al Quran walaupun cuma 1 muka surat. Tetapi, semakin banyak dibaca, semakin banyak bahagia yang akan dipertemukan. Maka memilihlah.
4. Sedekah walaupun cuma RM1. Sedikit dipandangan kita, tetapi tidak di sisi Allah.
5. Tidak tidur selepas subuh.
6. Tiada iri hati melihat orang lain.
7. Mendoakan kebaikan juga kebahagiaan orang lain kerana doa itu akan berbalik semula pada kita.
8. Percaya bahawasanya pada setiap percaturan hidup adalah yang terbaik kerana ia disusun oleh Yang Maha Berkuasa.
9. Solat sunat dhuha biarpun cuma 2 rakaat kerana ia hak tubuh.
10. Istighfar sekurangnya 100 kali.
11. Selawat sekurangnya 10 kali di waktu pagi dan petang.
12. Taat pada ibu bapa
13. Solat di awal waktu.
14. Hargai dengan apa yang ada.

Selamat berbahagia hingga ke Syurga!

Terus bahagia.

MW: Carilah bahagia cara yang diredhai olehNya.

Sumber: Ju Wan

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?

Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.

Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.

Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.

Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.

( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.

( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora