Amalan Doa Harian Yang Isteri Boleh Amalkan, Mesti Suami Selalu Terindu-rindu

Share

Amalan doa harian yang isteri boleh amalkan, mesti suami selalu terindu-rindu. Sebagai isteri juga kita dituntut untuk berhias di depan suami. Maka sebab itulah ramai wanita sanggup melakukan apa sahaja demi ‘mengikat’ suami agar tidak ‘disondol’ oleh wanita lain.

Fitrah seorang wanita memang suka bercantik-cantik. Selain menggunakan pelbagai produk perawatan kecantikan, ada cara lain yang elok diamalkan oleh para isteri bagi ‘merantai’ suami. Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.

Kredit foto: Pexels

Bagi sesiapa yang ingin wajahnya sentiasa nampak cantik dan berseri boleh baca doa berikut:

Dan ketika Yusuf berkata kepada bapaknya: Hai bapakku, sesungguhnya aku melihat sebelas bintang dan matahari dan bulan, aku lihat mereka bersujud kepadaku (Al-Qur’an, surat Yusuf, ke 12 ayat 4)

“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”

Maksud Surah Yusuf Ayat 4:

(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang, matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“

Setelah membaca Surah Yusuf, lanjutkan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.

“Wa-alqaytu ‘Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna’ ‘Alaa ‘Ainii”

Maksudnya surah Thahaa ayat 39:

“Dan Aku telah melimpahkan padamu kasih sayang yang datang dariku. Supaya kamu diasuh/dipelihara di bawah pengawasanku.”

CARA AMALAN:

*Dibaca 3 kali kemudian sapu pada wajah.

*Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

Ketika membaca ayat ini, jangan membacanya tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan Surah Thaha ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah Nabi Yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.

Kredit foto: Pexels

Setiap kali bertemu atau bersua dengan suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapannya.

Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

Kredit foto (top image): Pexels

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

Published by
Has