Amalan Ayat Kelima Surah Al-Fatihah, IKHTIAR Sembuh Segala Penyakit

Share

Tak dinafikan ayat-ayat Quran merupakan mukjizat dan penawar bagi apa juga masalah mahupun penyakit. Yang penting kena yakin dalam mengamalkannya. Disamping mendapatkan rawatan moden di hospital dan berjumpa doktor, sebaiknya amalkan juga potongan ayat tertentu sebagai salah satu ikhtiar bersama untuk sembuh.

Banyak kelebihan bila amalkan Surah Al Fatihah setiap hari. Antaranya amalan ayat kelima potongan Surah Al Fatihah yang dikongsikan oleh Puan Mas’z Lyna

sebagai rujukan ketika sakit.

Berikut perkongsian tersebut;

Suatu ilmu yang sepatutnya saya sebarkan. Bila kita/anak/pasangan/ ibu ayah/ sahabat tak sihat. Apa yang perlu kita amalkan.

Sebagai contoh pasangan kita tak sihat;

1.Ambil tangan kanan pasangan. Letak dekat dada kiri (tempat jantung)

2.Kita baca dan mintak pasangan ikut. Baca Surah Al Fatihah sampai “Iyyakanakbudu waiyyakanastain” 7x

3. Pada Ayat ke5 niatkan dalam hati mintak diringankan kesakitan, mintak disembuhkan segala penyakit, mintak di kurniakan kekuatan untuk beribadah).

4. Selepas itu, habiskan sampai “waladthollin”

Amin.

Waktu Amalkan

Kalau boleh amalkan setiap kali selepas solat.

Yakinlah dengan ayat ni.InsyaAllah, sama ada pesakit akan muntah keluarkan segala penyakit atau pun sembuh secara perlahan-lahan.

Saya mendapat kiriman ilmu ini dari seorang hamba Allah yang berhati mulia ketika saya menjaga arwah ibu kesayangn saya Rosmah binti Amir 7 bulan yang lepas dan saya amalkan hingga ke hari ini.

Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan & serta di amalkan pada yang memerlukan. Selebihnya biarlah Allah yang menentukan.

Baca Lagi Di Sini:
Manfaat Kerap Amalkan Niat Sedekah Al-Fatihah Untuk DIRI SENDIRI


Sesiapa Yang Ditimpa Ujian Atau Dugaan Luar Biasa, Wanita Ini Pesan Amalkanlah Yasin 7 Mubin

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-sama kita jadikan amalan setiap hari, semoga menjadi salah satu ikhtiar asbab penyembuhan segala penyakit. Namun jangan lupa dapatkan rawatan daripada doktor terlebih dahulu.

Sumber: Mas’z Lyna

Published by
Suhaidah Abd Wahab