
Isi Kandungan
ToggleSoal zuriat ini samalah tarafnya dengan cerita jodoh. Kita takkan tahu bila dan bagaimana kehadirannya. Sebabnya ketentuan itu ada di Loh Mahfuz sana. Semua keputusan itu, Allah jua yang menggenggamnya.
Sedih, pilu, penuh pengharapan semua rasa ini ada dalam setiap wanita yang diuji ketiadaan zuriat, ataupun sedang berusaha menambah satu lagi zuriat. Emosi mereka kena kental, sebab bermacam pandangan, persepsi yang menebak-nebak tangkai jiwa kewanitaannya. Menjadikan mereka wanita yang sensitif dan perasa.
Namun, ujian ini mendekatkan pasangan suami isteri dengan Yang Maha Esa. Sebabnya, mereka tahu hanya pada Allah tempat meminta.
Ini panduan yang dikongsikan Puan Norsahida Mohamad Said, pengasas grup Sembang Sembang Ibu Hamil dan Berpantang tentang amalan mendapatkan zuriat.
Amalan 1
1. Selepas solat Subuh, baca:
- Bismillah 1 x
- Selawat 3 x
2. Kemudian, semasa sujud, baca:
- Dua kalimah syahadah 101 x
- Mohon pada Allah apa yang dihajatkan
- Tutup dengan doa
- Selawat 3 x
Syarat
Lakukan bersama suami isteri selama 15 hari atau hingga berhasil.
Always POSITIVE
Redha

Bukan Allah tak mahu bagi sekarang, Allah simpan dulu sekejap HAJAT kita itu.
Amalan 2
Semasa ‘bersama’, suami baca:
- Ya Mutakabbir 11 x (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan)
Semasa ‘bersama’, isteri baca:
- Ya Awwal 333 x
- Ya Zaljalaali Wal Ikram 11 x
- Hembuskan dalam sebekas air dan minum airnya.
Sumber: Puan Norsahida Mohamad Said via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Senang Saja Layan Isteri Mengandung, Cuba Letakkan Diri Di Tempat Mereka

Isi Kandungan
ToggleTip mudah suami untuk layan isteri hamil, adalah letakkan diri anda di tempat mereka. Barulah ayah-ayah lebih memahami perasaan isteri yang sedang hamil. Bukan mudah ya lalui kehamilan, lagi-lagi wanita yang alami alahan.
Hargailah isteri sebaiknya sebab isteri membawa anak kita juga kot. Ikuti perkongsian Dr Say Shazril menerusi postingnya di akaun Instagram miliknya:
Topik: Bini Mengandung, Saya Turut Mengandung
Saya cukup suka bila isteri saya mengandung. Kenapa? First of all saya cukup bertuah sebab isteri saya tidak ada alahan langsung.
Masa mengandung Ace (anak pertama) dahulu tidak ada muntah walaupun sekali. Yang kedua ini lagi tidak ada rasa apa-apa yang sampaikan dia asyik,
“I pregnant ke ni hubby? Macam tidak ada simptom apa-apa pun, risaulah”.
Tapi isteri saya ada loya. Loya terhadap makanan-makanan bergoreng berat. So kalau dekat kedai makan tu yang jenis masuk-masuk bau minyak kuat yang sampai melekat dekat baju, dia akan naik loya.
Bila Isteri Mengandung, Letak Diri Di Tempat Isteri
Makanan apa yang dia boleh terima adalah clear soup, makanan dibakar dan yang secara senangnya “clean & basic” tak bersantan berat, tak bersambal pecah minyak bagai, tak renyah untuk disediakan.
In a way this is good sebab dapatlah isteri saya menjauhi makanan-makanan tidak berkhasiat. Dan bila isteri saya tak suka makanan “berat-berat” ini, saya juga jadi tak suka maka terpeliharalah berat badan kami berdua.
Sekali-sekala tu adalah dia mengidam makanan manis macam pavlova, llao llao, mykori saya layankan saja, janji dia kurang berbunyi, saya happy… Hahaha.
Artikel Berkaitan:
Gara-gara Ketam Lembut’ Isteri Mengandung Tercedera Emosi Lihat Gambar Makanan Di FB
Sebaik Isteri Mengandung Lagi Morning Sickness, Suami Jangan Cop Mengada, Tapi Lakukan 5 Hal Ini
Info menarik klik saja di sini.

Letakkan Diri Kita Di Tempat Mereka
Senang sebenarnya layan wanita mengandung ini. Tipnya, letak diri kita di tempat mereka. Saya tahu kita lelaki tak boleh mengandung, tapi bayangkan keadaan kita in our most vulnerable moments.
Mesti kita tak suka benda serabut-serabut, tak suka keadaan yang kacau-bilau dan badan kita rasa penat dari biasa. Sebab bila kita rasa apa yang mereka rasa, barulah kita lebih memahami mereka.
Layankan ja apa jua kerenah mereka sebab dia tolong bawak anak kita bro.
Kalau pengalaman sepanjang pregnancy dia indah pasti indah pembentukan anak kita itu nanti. Jadi 10 bulan ini jagalah mereka elok-elok.
Habis 10 bulan hendak lepak lama-lama dalam toilet, ha silakan, hahaha (hanya lelaki berkahwin tahu bilik air tempat lepak paling best).
MW: Hargailah isteri sebaiknya lagi-lagi ketika hamil. Bukan mudah ya melalui fasa alahan dan dalam masa yang sama meneruskan rutin harian seperti biasa. Memang tak mudah.
Sumber: Dr say_shazril
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hinggalah Saat Sakit, Abah Tetap Ingin DENGAR Al-Quran Dibaca Anak Cucunya”

Raut wajah yang manis, sejuk mata memandang, lontaran suara yang lemah lembut dalam menyampaikan ilmu agama membuatkan ramai yang mengagumi wanita hebat, pendakwah Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa, 45 ini.
Disebalik kehebatannya, acuan didikan agama terutama pendidikan Al-Quran daripada keluarga menjadi teras utama yang membentuk diri pendakwah ini pada hari ini. Betapa peranan mak ayah dalam memberi penekanan pendidikan Al-Quran itu sangat penting dan perlu di terapkan dalam diri anak-anak semenjak mereka masih kecil.
Baru-baru ini, Ustazah Dr Norhafizah ada kongsikan betapa sejak kecil dirinya dan adik beradiknya dipanggil untuk membacakan Alquran secara bertaranum dihadapan ayahnya. Kebiasaan dan kecintaan rutin mendengar alunan ayat-ayat Quran yang dibacakan ini diteruskan pada cucu-cucu pula meskipun ayahnya dalam keadan sakit dan uzur.Bahkan bagi ustazah ia merupakan satu nikmat untuk sebuah keluarga.
Berikut antara perkongsian Ustazah yang boleh kita jadikan panduan;
“Beliau seorang abah yang sangat bagi perhatian pada pendidikan Al-Quran buat keluarganya. Kami anak-anak menjadi saksi, mak dan abah sudah buat yang terbaik biiznillah.”
“Hinggalah saat sakit…abah tetap ingin dengar Al-Quran dibaca dan jadi satu kenikmatan baginya untuk mendengar Kalamullah itu…apatah lagi bila dibaca oleh anak cucunya.”
“Zaman kami anak-anak masa masih muda remaja, demikianlah kami dipanggil.. kami disuruh baca quran bertarannum sebab abah nak nikmati ayat-ayat itu….
“Sekarang zaman cucu-cucu pula. Seorang cucu akan dipanggil untuk baca…dan anak cucu yang lain dipanggil untuk sama-sama dengar. Benar…ia sangat nikmat untuk sebuah keluarga. Marilah kita teladani segala yang baik.”
“Alhamdulillah…@furqanfawwaz sedang perdengarkan pada atuk…atuk kepenatan dan uzur tapi nak rehat-rehat sambil dengar anak cucu baca Quran….@furqanfawwaz baca dengan qiraat.

View this post on InstagramA post shared by Ustzh Datuk Dr Norhafizah Musa (@ustazahnorhafizahmusa) on
Baca Lagi Di Sini: 6 Amalan Pemakanan Ustazah Norhafizah Musa, Rahsia Kekal Cergas, Sihat & Cantik Berseri!
MW: Alhamdulillah. Sebuah keluarga yang wajar dicontohi mengutamakan dan memuliakan bacaan suci Al-quran.Semoga menjadi ikutan kita dalam membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah. Mingguan Wanita mendoakan agar ayah kepada Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa ini diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti sedia kala hendaknya.
Sumber: Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 8 Tip Lembutkan Emosi Anak Yang Cakap Kasar, BERTENANGLAH Baru Mak Menang

Isi Kandungan
ToggleSusah hati kan mak ayah bila ada anak-anak yang cakap kasar. Ada itu, mak ayah bukan jenis cakap kasar pun, tapi entah dari manalah anak mendapat ayat-ayat yang boleh buat jantung mak ayah jadi sentap.
Terkejut pun iya, bila mana anak-anak kecil kita mengeluarkan kata-kata yang kasar bunyinya. Sakit telinga mendengar. Anak-anak kecil ini sifatnya mudah terpengaruh, mengikut apa yang diperhatikan di sekelilingnya.
Barangkali pemerhatian dari TV, Internet mahupun kawan-kawan seusianya yang ada habit cakap kasar. Macam mana nak bagi anak faham tutur katanya itu tingkah laku yang negatif malah kesannya menyakitkan perasaan orang lain.
Fahamkan panduan yang dikongsikan Puan Wan Rohani Ismail buat mak ayah. Apabila berhadapan situasi sebegini, lenturkan kata-kata kasar anak-anak dengan cara terbaik ini.

8 Tip Berkesan Lembutkan Emosi Anak Dari Cakap Kasar
Tip 1 : Cara Mak Beri Respons
Hanya beri perhatian dan respons pada tingkah laku yang baik/positif.
Tip 2 : Tenang.. Tenang Saja Mak!
Sekiranya anak berkata kasar ketika sedang marah, biarkan sahaja dahulu. Menasihati orang yang sedang marah ibarat mencurah air ke daun keladi.
Tip 3 : Masa Inilah Mak Masuk Jarum Nasihat
Gunakan waktu anak dalam keadaan seronok, gembira, tenang. Waktu begini anak mudah dipengaruhi.
Tip 4 : Ceritakan Pada Anak Indahnya Akhlak Rasulullah SAW
Ikut apa yang Rasulullah (selawatlah ke atas baginda). Sentiasa membalas kebaikan walaupun dilempar dengan keburukan. Cerita bagaimana Rasulullah memberi makan wanita tua yang selalu bercakap buruk dan kasar tentang Nabi.
Tip 5 : Ingatkan Anak Malah Diri Mak Ayah Ciri-ciri Hamba Yang Allah Sayang
Dalam Al Quran, antara perkataan yang banyak kali diulang adalah ‘muhsinin’ iaitu orang yang membuat kebaikan. Allah mengasihi orang yang berbuat kebaikan. Ganjaran pahala dan syurga. Sentiasa ingatkan anak dan diri sendiri.
Tip 6 : Mak Ayah, Awas! Tutur Katamu
Awasi kata-kata yang keluar daripada mulut ibu bapa. Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anak berjalan lurus.
Tip 7 : Doa Senjata Terbaik Mak Ayah
Sentiasa mendoakan kebaikan untuk anak. Antara doa yang boleh diamalkan adalah:

“Ya Allah, jauhkan kebatilan yang ada di sekeliling anakku (sebutkan nama anak)”
“Ya Allah, lindungi dan pelihara kami dari hasutan syaitan yang sentiasa menyesatkan.”
Tip 8 : Beri Anak Latihan Nilai Diri Sendiri
Didik anak supaya sentiasa membuat penilaian sendiri ke atas setiap perbuatan, kata-kata dan apa yang mereka mahu lakukan. Ini berkaitan kawalan diri dan emosi.
Orang yang tenang sentiasa menang.
Sumber/Foto : Wan Rohani Ismail
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI