Yatt Hamzah berkongsi doa yang diajar Rasulullah untuk murah rezeki di laman Instagramnya.

Nak murah rezeki? Jangan miss amal doa ini. Yatt Hamzah berkongsi doa yang diajar Rasulullah di laman Instagramnya. Doa ini dibaca setiap hari selepas Subuh.

Kata Yatt lagi, ada sebuah doa yang biasa diamalkan Rasulullah setelah Subuh agar mendapat ilmu yang bermanfaat. Amal dengan bersungguh-sungguh dan konsisten, insya-Allah kita akan dapat keberkatannya.

Berikut adalah doanya:

Amal Doa Yang  Diajar Rasulullah Ini Selepas Subuh, Insya-Allah Rezeki Mencurah!
Doa Rasulullah selepas Subuh.

Ertinya: “Ya Allah, aku memohon pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang thoyyib dan amalan yang diterima.” (HR. Ibnu Majah no. 925, shahih).

Amal Doa Dapat Ilmu Bermanfaat

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda, “Khoirunnasi anfa’uhum linnasi.” Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia. (HR. Ahmad, Ath-Thabran, dan Ad-Daruqutni).

IKLAN

Maka untuk menjadi manusia bermanfaat bagi manusia lainnya, kita perlu mendapatkan ilmu yang bermanfaat. Ilmu bermanfaat akan didapatkan oleh orang-orang yang tekun, tidak sombong dan mahu mengamalkan ilmunya.

Ajak Follower Tadarus Tahsin Online

“Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Ya Allah, makbulkan doa-doa kami. Amin,”ujar Yatt yang aktif berdakwah dan melakukan pelbagai perkongsian ilmu agama menerusi instagramnya.

Selebriti popular ini juga membuat live setiap hari di Instagramnya. Dia mengajak follower untuk sama-sama bertadarus tahsin online satu  hari satu juzuk bersama @sheikhmohamedelmongy di bulan Ramadan.

IKLAN

Aksi Yatt bertadarus online bersama anaknya mendapat perhatian netizen. Ramai yang memuji usaha murni Yatt yang tidak jemu berdakwah mengajak follower menghayati cara hidup Islam.

Selain itu, ibu kepada empat cahaya mata ini juga sering berkongsi pelbagai resipinya dengan follower. Aksi lincah Yatt di dapur mencuit hati dan ramai yang mencuba resipi air tangannya itu.

IKLAN

Sumber: Instagram yatthamzah_suci

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/wanita-cuti-pun-boleh-kejar-lailatul-qadar-ini-perkongsian-mira-filzah/

https://www.instagram.com/yatthamzah_suci/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI