Nak murah rezeki? Jangan miss amal doa ini. Yatt Hamzah berkongsi doa yang diajar Rasulullah di laman Instagramnya. Doa ini dibaca setiap hari selepas Subuh.
Kata Yatt lagi, ada sebuah doa yang biasa diamalkan Rasulullah setelah Subuh agar mendapat ilmu yang bermanfaat. Amal dengan bersungguh-sungguh dan konsisten, insya-Allah kita akan dapat keberkatannya.
Berikut adalah doanya:
Doa Rasulullah selepas Subuh.
Ertinya: “Ya Allah, aku memohon pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang thoyyib dan amalan yang diterima.” (HR. Ibnu Majah no. 925, shahih).
Ads
Amal Doa Dapat Ilmu Bermanfaat
Dalam hadis lain Rasulullah bersabda, “Khoirunnasi anfa’uhum linnasi.” Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia. (HR. Ahmad, Ath-Thabran, dan Ad-Daruqutni).
Maka untuk menjadi manusia bermanfaat bagi manusia lainnya, kita perlu mendapatkan ilmu yang bermanfaat. Ilmu bermanfaat akan didapatkan oleh orang-orang yang tekun, tidak sombong dan mahu mengamalkan ilmunya.
Ajak Follower Tadarus Tahsin Online
“Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Ya Allah, makbulkan doa-doa kami. Amin,”ujar Yatt yang aktif berdakwah dan melakukan pelbagai perkongsian ilmu agama menerusi instagramnya.
Ads
Selebriti popular ini juga membuat live setiap hari di Instagramnya. Dia mengajak follower untuk sama-sama bertadarus tahsin online satu hari satu juzuk bersama @sheikhmohamedelmongy di bulan Ramadan.
Aksi Yatt bertadarus online bersama anaknya mendapat perhatian netizen. Ramai yang memuji usaha murni Yatt yang tidak jemu berdakwah mengajak follower menghayati cara hidup Islam.
Selain itu, ibu kepada empat cahaya mata ini juga sering berkongsi pelbagai resipinya dengan follower. Aksi lincah Yatt di dapur mencuit hati dan ramai yang mencuba resipi air tangannya itu.
Ya…Jangan main-main dengan sedekah. Sedekah itu, banyak keajaibannya. Hanya orang yang biasa bersedekah sahaja yang dapat merasainya.
Hulur RM50, Dapat RM1,500
Pernah berlaku, seorang sahabat saya memberi sedekah RM50 kepada seorang lelaki yang kelaparan bersama anaknya. Padahal, masa itu di dalam kocek sahabat saya itu, hanya itulah duit yang dia ada. Tapi, dia jenis orang yang tidak boleh nampak orang lain susah. Dirogoh juga saku seluarnya. Dia pejamkan mata lalu RM50 pun bertukar tangan.
Sedekah suburkan rezeki.
Selepas itu, sahabat saya pun meneruskan niatnya. Mengunjungi seorang kenalan yang sedang sakit di hospital. Di sanalah keajaiban itu bermula.
“Lan, engkau ada apa-apa urusan ke lepas ini?”
Seorang kenalan kepada sahabat saya yang sama-sama mengunjungi sahabat yang sakit di hospital bertanya kepada sahabat saya. “Tak ada. Aku free…” Balas sahabat baik saya itu. “Okay. Aku nak jumpa seorang kawan di restoran . Jika engkau free, jom ikut aku.”
Pelawa lelaki berkenaan kepada sahabat saya itu.
Ringkas cerita, sahabat saya pun mengikutinya. Di restoran itu, berlakulah keajaiban seterusnya.
“Saya memang sedang mencari mana-mana akauntan yang boleh buat audit dan akaun syarikat saya. Tuan ada kenal mana-mana akauntan yang bertauliah?”
Lelaki yang ditemui di restoran berkenaan bertanya kepada kenalan sahabat saya. “Apa susah-susah. Ini ha, sahabat baik saya ini, si Razlan. Dia memang akauntan bertauliah, malah juruaudit terlatih lagi.”
Balas kenalan sahabat saya.
“Wah…Alhamdulillah. Jika begitu, saya minta tuan sahajalah uruskan akaun saya. Boleh?” Ujarnya lagi, dengan wajah ceria dan mengharap.
Lalu di saat inilah, berlakunya keajaiban ketiga. Ya, hari itu sahabat baik saya telah mendapat sekeping cek bernilai RM1,500.00. Jumlah itu adalah pendahuluan untuk kerja-kerja yang baharu sahaja dia dapatkan.
Sedekah mengajar kita untuk lebih bersyukur.
Kisah Benar Keajaiban Sedekah
Ada satu lagi kisah benar. Ia berlaku ke atas diri saya sendiri. Tahun 2013, saya mendapat tawaran dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk mengerjakan umrah. Melonjak rasanya hati. Suatu hari, saya ke Kaunter Zakat Selangor di Selayang. Tujuannya, untuk menunaikan sebahagian zakat.
Pulang daripada menunaikan zakat, saya keletihan lalu tidur. Tidak lama, isteri datang mengejutkan. “Abang, tadi orang daripada wakil kesihatan datang. Mereka buat pemeriksaan jentik-jentik mengejut…” “Habis tu…” Saya terkejut, bingkas duduk, memotong sebelum sempat isteri saya menamatkan cerita. “Mereka jumpa jentik-jentik, bang. Ikutkan boleh kena denda. Tapi, mereka bagi amaran sahaja dan juga ubat jentik-jentik.” Isteri saya terus menerangkan.
Saya termanggu. Kata isteri saya, jika diikutkan kami boleh didenda sehingga ratusan ringgit. Namun, kebaikan hati pihak berkuasa berkenaan telah meringankan dengan diberikan amaran dan juga ubat pemati jentik-jentik.
Yakin
Hakikatnya, saya yakin. Itulah keajaiban sedekah. Bukankah pagi tadi, saya baharu sahaja menunaikan zakat. Zakat adalah sedekah wajib. Tidak mustahil, itulah punca mereka menjadi baik hati.
Bayangkan. Saya mahu ke Mekah mengerjakan umrah. Pasti saya memerlukan wang yang banyak. Didenda pula kerana ‘memelihara’ jentik-jentik. Tentu ia mengganggu saya. Mengganggu kewangan saya.
Moral daripada cerita di atas apa? Ya, jangan main-main dengan sedekah. Jangan takut untuk bersedekah. Ia adalah cara paling mudah menjemput rezeki. Jika tidak yakin, maka bertaubatlah. Kerana bersedekah dan berzakat, memang dijamin Allah. Kelak jika ada kesempatan, saya akan berkongsi lagi mengenai tip bersedekah. Wallahuallam.
**Artikel ini dikongsikan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Pengurus Perundingan Zakat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS), yang disiarkan di dalam Majalah Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam kehidupan, untuk rasa bahagia dan tenang tak usah banding-bandingkan apa yang kita tiada dengan apa yang orang lain ada.Ini kerana selagi mana kita membandingkan, diri takkan pernah berasa puas dan bersyukur.Sebaliknya, bersyukurlah dengan apa jua nikmat yang dapat dan telah kecapi pada hari ini. Bahkan mensyukuri sekecil-kecil perkara, merupakan cara menjemput BAHAGIA yang paling mudah.
Pernah tak kita rasa, hidup orang lain lebih bahagia dari kita?
Mari saya share satu cerita.
Baru-baru ni, saya menonton dokumentari prince Harry & Meghan yang mengumumkan untuk ‘cuci tangan’ dari keluarga diraja.Keluarga diraja, yang ramai orang impikan untuk berada di dalamnya. Diulit kemewahan dan kemahsyuran. Tapi bersamanya mereka hilang privasi kehidupan.
Untuk pertama kalinya dalam dokumentari itu, Prince Harry bercerita tentang kepedihan kehilangan ibunya mendiang Diana. Dan apabila Harry menjadi seorang ayah, barulah dia memahami apa yang ibunya perjuangkan untuk melindungi dan memberi privasi kepada anak-anaknya sebagai seorang kanak-kanak biasa.
Prince Harry kata;
Sejak mak mereka pergi, mereka tak kenal erti privasi lagi. Tiada siapa yang melindungi privasi dan perasaan mereka. Tiada father figure. Masa sebagai kanak-kanak habis begitu sahaja.Dan akhirnya, bila lahirnya anak mereka, Prince Harry ambil keputusan untuk meninggalkan Royal Family dan hidup sebagai rakyat biasa.
Hanya untuk memberi sebuah kehidupan normal & membahagiakan baginya.
Meninggalkan kekayaan.
Meninggalkan kemahsyuran.
Begitulah hakikat kehidupan ini.
Tidak ada hidup yang ideal di dunia ni.
Perlu kita insafi, bahawa kehidupan yang ideal hanya di syurga abadi.
Tiada seorang pun di muka bumi ini dapat segala yang mereka mahukan. Hatta anak raja pun.
Sebab itu, jangan sekali-kali cuba untuk bandingkan dan ukur kebahagiaan kita dengan orang lain. Kehidupan sempurna tidak wujud di dunia.Bahagia kita, tidak akan pernah sama.
Tak salah juga mengejar bahagia.
Tapi jika belum temuinya, jangan kecewa.
Dan harus renungi diri adakah bahagia yang kita cari, dalam rangka iman atau nafsu sendiri.
Bahagia adalah makhluk.
Derita adalah makhluk.
Kita sendiri, adalah makhluk.
Mintalah pada Allah untuk merasa bahagia.
Mensyukuri sekecil-kecil perkara ialah cara menjemput bahagia yang paling mudah.
Selamat berbahagia, kawan-kawan.
Saling mendoakan.
Alhamdulillah atas nikmat kehidupan.
Syukurinya,
Moga Allah izin menambah bahagia.
Apakah pula perkara kecil yang kawan-kawan syukuri hari ini?
MW: Ada benarnya. Bersyukurlah walaupun pada sekecil-kecil perkara ia akan membuatkan hati tenang dan hidup lebih bahagia.Malah bukankah janji Allah, dengan bersyukur akan ditambahkan lagi nikmat.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Bukan mudah untuk menyebarkan dakwah dan ajaran Islam. Jika mampu mengislamkan walaupun seorang pun dah besar ‘ganjarannya’ di sisi Allah, apatah lagi jika berjaya mengislamkan satu kampung! Alhamdulillah atas usaha Ustaz Ebit Lew, Pendakwah dermawan yang cukup dikenali atas kerja-kerja sukarelawan ini berjaya mengislamkan seramai 157 penduduk kampung.
Berikut seperti yang dikongsikan oleh Pendakwah hebat Ustaz Ebit Lew ini;
Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam. Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut. Pulau Tatagan Semporna. Mereka tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut.
Saya ke sana untuk beri bantuan. Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Mereka susah sangat. Bajau laut kumpulan manusia tanpa negara. Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun.
Tiba-tiba ramai tanya saya siapa tuhan. Tuhan tu apa. Saya terus sebak. Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi.
Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah.
Saya akan terus bantu makanan untuk seluruh kampung atas laut ini. Saya tengah urus untuk bina sekolah. Tengah cari guru ustaz untuk mengajar mereka.Ya Allah bantulah mudahkanlah diriku untuk pastikan anak-anak ini menjadi manusia berguna.
MW: Alhamdulillah, tahniah ustaz atas usaha murni ini berjaya mengislamkan seluruh penduduk kampung dan menyebarkan lagi ajaran Islam. Semoga segalanya dipermudahkan dan lebih ramai lagi yang memeluk Islam atas usaha ustaz.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...