Altimet tak selesa dipanggil YB, pilih solat Subuh berjemaah hari pertama galas tanggungjawab Untuk percubaan pertama kali bergelar Wakil Rakyat, ternyata tuah menyebelahi Altimet.
Dengan kemenangannya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Lembah Jaya menjadikan Altimet artis kedua bergelar Yang Berhormat selepas Dira Abu Bakar. Ada sesuatu yang menarik mengenai figura artis rap terkenal ini.
Selepas memilih “bersara” dari dunia hiburan pada usia 40 tahun, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad membuktikan kemampuan dalam dunia politik dan akhirnya memenangi Dun Lembah Jaya pada percubaan pertamanya menewaskan Sharifah Haslizah Syed Ariffin dari Perikatan Nasional (PN) pada PRN Sabtu lalu.
Memetik laporan Harian Metro, komposer dan penyanyi rap, Altimet, 45, mengakui masih tidak selesa dipanggil Yang Berhormat atau YB selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN), kelmarin.
“Saya masih tidak selesa lagi dipanggil YB. Apapun, terima kasih atas segala sokongan diberikan. Mohon doakan saya. Banyak ujian di hadapan akan saya lalui dan saya risau tersimpang,” katanya menerusi kiriman WhatsApp kepada Harian Metro.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- ALTIMET Catu Makanan Keluarga, Kongsi REZEKI Dengan Jiran-Jiran Lebih Memerlukan!
Rekod Pergigian, Satu Cara Sahkan Identiti Mangsa Kebakaran Sebelum Ujian DNA
Berkawan Baik Dengan Madu, Adira Akui Suami Kena Main Peranan Penting Serta Perlu Adil
Ditanya perkara utama akan dilakukannya sebagai wakil rakyat di kawasan Lembah Jaya itu, Altimet berkata, dia akan berusaha melaksanakan beberapa manifesto yang diusulnya. Antaranya menyemarakkan program agama. Bahkan Altimet turut melakukan solat Subuh berjemaah di Masjid Taman Kosas, Ampang sehari selepas kemenangannya.
“Sebagai pekerja masyarakat, saya akan sentiasa berusaha dengan segala kudrat yang ada dan akan bersama-sama dengan masyarakat dalam memastikan kebajikan akan terus diperjuangkan.
“Terus menyanjung adat resam dan amalan budaya asal dikalangan masyarakat tempatan bagi memastikan amalan ini terus segar dari generasi ke generasi dan sebagai sejarah kita.
“Saya akan menggembleng tenaga muda untuk sentiasa proaktif dan mampu berdaya saing dalam era teknologi maklumat dengan melihat peluang serta potensi yang ada dan membimbing mereka membetuk karier yang betul,” katanya.
Sementara itu, mengenai karier seninya dan pandangan sinis masyarakat apabila selebriti menggalas tanggungjawab wakil rakyat, Altimet selesa melihat ke arah positif.
“Bagi karier seni saya, ia sudah ditamatkan pada 2019 lalu. Manakala, berhadapan pandangan sinis masyarakat pula, tiba masa saya buktikan sebaliknya dengan cara kerja yang akan dilaksanakan,” katanya.
Altimet yang popular dengan lagu Amboi menjadi selebriti kedua bergelar wakil rakyat selepas pelakon, Datuk Dira Abu Zahar yang kini Adun Rim, Melaka.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sensasi! Wanita miliki 4 suami! Yakin perkahwinan sebelumnya telah bubar dengan sendiri tanpa daftar ke mahkhamah. Akhirnya hanya berkahwin 2 minggu sebelum suami memfailkan faraq perkahwinan.