Jika mempunyai rezeki lebih, bersedekah pada ahli keluarga, sahabat handai mahupun golongan yang memerlukan merupakan satu amalan yang mulia. Apatah lagi, amalan ini diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Dalam diam-diam rupanya sudah lebih sebulan komposer, penulis lirik, pelakon dan bekas penyanyi genre Hip Hop, Altimet serta kawan-kawannya aktif memberi bantuan serta sumbangan makanan dan keperluan harian buat golongan yang terkesan di kawasan kejiranannya akibat pandemik Covid-19 ini.
Terbaru, pemilik nama Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 42 sanggup mencatu 30 peratus daripada perbelanjaan makanan keluarga sendiri demi membantu jiran-jirannya yang terjejas.
“Sempena tahun baru Hijrah dan Hari Kebangsaan yang bakal menjelang, disini saya ingin mencatu makanan keluarga saya secara sukarela, dengan niat untuk berkongsi rezeki dengan jiran-jiran yang lebih memerlukan.”
“Kami sekeluarga akan memberi 30% dari perbelanjaan makanan kami ke usaha-usaha menolong jiran-jiran kami dan memasak sekali sehari sahaja.”
Disamping itu, Altimet yang cukup popular dengan lagu “Amboi” ini turut menggalakkan sesiapa sahaja untuk melakukan perkara yang sama, membantu semampunya tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, warna kulit atau pendapat.
“Sesiapa yang nak buat perkara yang sama, salurkan bantuan anda kepada mana mana NGO atau kenalan yang memerlukan. Supaya hajat dan niat kita membantu tercapai. Tiada manusia di Malaysia yang terpaksa berlapar dan dahaga. Selagi kita mampu, menolong jiran-jiran kita tidak harus mengambil kira perbezaan bangsa, agama, warna kulit atau pendapat.”
Baca Lagi Di Sini :
“Hajat Kami Meronda Setiap Jumaat Sehingga Tiada Satu Pun Bendera Putih Berkibaran” Altimet
Tolak Tepi Malu, Gunakan Aplikasi Bendera Putih Untuk Mohon Bantuan
Mulianya Cara Pemergian Almarhumah Siti Sarah, Amalan Bersedekah, Subuh, Dhuha & Surah Al-Waqiah
Setahun Tak Bayar Bil Eletrik Sebab Keutamaan Duit Untuk Makan Pakai Anak-Anak
Mak Pesan, “Pintu Rezeki Luas Bila TAK BERKIRA, Bersedekah Pada Keluarga, Adik Beradik”
Mingguan Wanita : Alhamdulillah, tahniah Altimet atas usaha kecil ini namun besar maknanya bagi golongan yang memerlukan. Semoga ramai antara kita yang dapat mencontohi usaha seperti ini. Malah, tindakan Altimet catu makanan harus berikan pujian.
Sumber :Instagram Altimet
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita