Tak dinafikan ramai yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada yang hilang pendapatan, pekerjaan dan sumber pencarian selama ini. Kesempitan hidup pasti dirasai terutamanya buat golongan yang kurang berkemampuan apatah lagi yang bergantung pada gaji harian.
Meskipun mendapat pelbagai sumbangan dalam tempoh getir ini seperti daripada kerajaan, NGO dan sebagainya, namun perlu lebih bijak dalam menggunakannya dalam menampung perbelanjaan.Dalam keadaan sekarang ini, menuntut kita perlu mencari alternatif untuk lebih berjimat.
Pertama saya nak minta maaf banyak-banyak. Ramai yang pm, WhatsApp saya minta bantuan duit untuk beli Pampers anak dan beli susu anak. Pampers pula minta yang berjenama mahal,dengan alasan anak ada alahan dengan pampers murah.
1. Guna Kain Lampin
Saya cadangkan guna kain lampin bayi yang boleh dibasuh dan boleh diguna semula. Rupanya ada dah pakai kain lampin ni. Tapi masih ramai tak sedar pakai kain lampin macam mak mak kita dulu lebih baik dan menjimatkan.
2. Anak 2 Tahun Ke Atas Tak Perlu Susu Tepung
Anak yang 2 tahun ke atas tidak perlu lagi susu terutama susu tepung tidak kiralah apa apa jenama sekali pun. Susu buatkan mereka kenyang dan akan menolak untuk makan real food. Sebab itu anak jadi picky eater. Anak 2 tahun ke atas sudah pandai mengunyah,sudah ada gigi,jadi kena ajar dia makan dan makan.
Ads
Beri mereka makan nasi,ada sayur,ada ikan,ada ayam. Anak saya sendiri selepas 2 tahun saya tidak utamakan lagi susu. Kecuali susu segar sebagai snak. Tapi saya utamakan nasi,ikan,sayur,air masak.
Tanyalah mana mana Doktor pakar kanak kanak mereka lebih utamakan real food berbanding FM. Melainkan anak itu ada masalah kesihatan yang memang dicadangkan oleh doktor untuk ambil FM.
Sekarang ini anak kita sihat,tapi kita still lagi bagi FM sebagai pengganti makanan,sedangkan anak dah mencecah 3-4 tahun. Bila susu takda kita bagi susu pekat manis. Dengan alasan anak taknak makan nasi. Memang lah anak taknak makan sebab kita tak tegas dan terus layan dia minum FM semata.
Alternatif Jimat
Maaf sangat sangat jika ada yang tak setuju posting saya ini. Saya bukan taknak menyumbang. Tapi dalam keadaan RMO ini kita kena cari alternatif untuk lebih berjimat.
Ads
Sebab ramai sangat minta bantuan duit nak beli Pampers nak beli FM. Bila saya cadangkan solusi yang lebih bagus saya pula kena marah.
Sekarang ini kita nak bantu semua. Bukan sikit orang dalam keadaan susah sekarang. Semua orang tersepit. Jadi kita kena cari solusi lebih baik dan lebih memberi kesan yang baik kepada kesihatan juga.
Jika anak guna Pampers pakai buang,berapa banyak dah kita kena belanja. Jika anak minum FM 3-5 kali sehari berapa banyak belanja kita perlu keluarkan sedangkan perbelanjaan beli susu FM itu boleh beli keperluan dapur untuk lebih dari seorang anak.
Pastikan menu yang sihat untuk anak dalam tempoh RMO. Jangan jejaskan kesihatan mereka dengan makanan segera,makanan tinggi gula,makanan tiada khasiat.
Ads
Nasi,sup sayur,singgang,masak sayur lemak,sup ayam,sup ikan ini semua menu yang sihat dan paksa anak anak makan menu sihat.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya dalam keadaan sekarang, sebaiknya cari alternatif untuk berjimat selagi boleh. Utamakan keperluan harian yang lebih penting seperti makanan untul diberikan buat anak-anak dan keluarga.
Sumber:Muhammad Hassan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tanda lahir pada anak ada perkaitannya dengan sawan. Tapi mak ayah perlu jelas tak semua tanda lahir itu berisiko menyebabkan sawan. Tanda lahir itu sendiri pelbagai bentuk, warna dan ada jenis-jenisnya yang dikaitkan dengan sawan. Pengalaman yang dilalui Puan Rohafiza Abdullah, 35 semasa menjaga anak keduanya, Adam El Rais, 3 yang diwadkan boleh dijadikan panduan.
“Anak saya mula-mula masuk hospital kerana sawan. Bila dah discaj, esoknya masuk pula KTS untuk diagnos Influenza A.”
Dan inilah yang dikongsikan semasa menjaga anak bongsunya Adam di wad selepas diserang sawan pada 13 April 2018 kira-kira jam 2.30 pagi.
“Sangat menakutkan mami. Sampai hari ini, bila teringat keadaan Adam waktu itu, terasa panik kami sekeluarga. Laju je air mata ini mengalir.” ujar ibu 2 anak, Rania Eryna Anas Hazizul, 8 dan Adam El Rais
Ibu ini tak dapat melupakan pengalaman waktu mula-mula sampai di hospital sampailah diwadkan, doktor bertanyakan soalan yang sama beberapa kali.
“Dari waktu di Kecemasan, Ward 6EF, dan dipindahkan ke ward 2A, semua doktor yang merawat Adam pasti akan bertanya tentang tanda lahir di kaki Adam. Soalan seterusnya mereka bertanya ada lagi tak tanda lahir kat bahagian lain.”
Ini Pula Soalan Ibu Dekat Doktor
“Apakah benar bayi atau kanak-kanak yang mempunyai tanda lahir lebih mudah unyuk mendapat sawan?”
Jawapan Doktor, secara kajian IYA. Tapi tak semua boleh dapat sawan. Bagaimanapun, bayi yang lahir dengan tanda lahir lebih berisiko mendapat sawan dan perlu lebih berhati-hati.
Tanda lahir besar atau kecil sama sahaja risikonya.
Mereka berisiko mendapat Sawan Demam lebih tinggi.
Biasanya, sawan ini boleh terjadi kepada kanak-kanak sehingga berusia 6 tahun. Secara amnya, selepas 6 tahun masih lagi mendapat sawan, mereka akan dirawat sebagai pesakit “Penyakit Sawan” dan perlu ubat serta rawatan yang betul.
Anak Diserang Sawan, Mak Ayah Cepat Lakukan Ini
Sekiranya berlaku lagi sawan di rumah, jangan panik ( agak susah untuk tidak panik sekiranya langsung tak tahu pasal sawan macam kami). Ini yang ibu perlu lakukan :
√ Mengiringkan anak ( supaya semua yang ada dalam mulut termasuk air liur akan meleleh keluar).
√ Jangan masukkan sebarang objek ke dalam mulut seperti sudu kerana ianya boleh menyebabkan kecederaan lebih serius.
√ Lihat jam dan ingat berapa minit waktu kejang (penting untuk rawatan seterusnya)
√ Sekiranya badan terlalu panas, jerlum dan boleh masukkan ubat punggung. Sekiranya kejadian kejang adalah lebih dari 5 minit, call ambulans atau terus ke hospital.
Semoga info ini bermanfaat juga untuk ibu-bapa sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Lengkapkan diri juga dengan ilmu kecemasan.
Kami bernasib baik kerana jarak hospital dan rumah dekat, dan kejadian berlaku tengah malam. Keadaan lalu lintas sangat tenang. Kami mengambil masa 10 minit untuk bersiap dan sampai ke hospital HSNZ dan terus dirawat di bahagian semi kritikal.
“Semoga Anak mami Adam EL Rais akan semakin sihat dan sawan tidak akan berulang lagi. Amin” Mingguan Wanita juga mendoakan si comel Adam sihat dari sebarang serangan sawan.
Kalau perasan, mak ayah selalu terlepas pandang dengan perkara-perkara yang dianggap ‘basic’ dan ‘simple’ serta tiada apa-apa namun sebenarnya ia mampu beri kesan yang besar dan makna yang mendalam pada anak-anak.
Sila jangan ambil remeh perkara yang dianggap ‘simple’ dan basic ni, kerana inilah yang mampu buat anak mendengar kata mak ayah tanpa disedari.
Berikut merupakan perkongsian ilmu oleh Puan Noor Hayati Abdul Hamid yang mak ayah boleh cuba amalkan;
1.Fokus Pada Anak
Pastikan anak anda rasa kehadiran anda.Untuk itu maknanya kena kurangkan intai handphone.Cuba fokus kepada anak kita yang sedang menunggu-nunggu mak dan ayahnya seharian ambil dia dari tadika/taska.
2.Kawal Perasaan
Walaupun kita dalam keadan penat, pastikan ada senyuman dan nampak excited semasa ambil anak.Kalau penat sangat, “ngeteh” dulu, kemudian ambil anak.Sangat penting kawal perasaan kita bila ambil anak.Ibu ayah kena cukup tenaga nak layan pertanyaan dan perkongsian lain dari anak.Banyak yang nak diceritakan.
3.Senyum & Pandang Mata
Semak diri kita.Kita jenis suka cakap No..No..No..? Lain kali sebelum cakap No..Tidak..Jangan..dan sebagainya cuba sebut & gantikan dengan
‘Sayang anak papa/mama..Sayang nak beli ni ya,tapi semalam dah beli.Lain kali kita beli ya..Sambil muka anda senyum..mata pandang anak..duduk eye level.Seolah-olah anda memang expect anak anda akan setuju.
4.Jadi Pendengar Yang Baik
Mak-mak kena beri ruang pada anak.Beri masa untuk anak kita beri pendapat dia.Usah ditunjukkan rasa tidak sabar untuk menunggu dia keluarkan idea atau soalannya.Jadilah pendengar yang baik,bijak dan sabar.
5.Libatkan Diri dengan Anak
Libatkan diri bersama anak untuk siapkan rutin seperti persiapan waktu makan. Contohnya; Pastikan cukup pinggan dan gelas untuk semua.Ada tempat duduk untuk semua.Bayangkan perasaan anak yang tiba-tiba sedar tiada pinggan untuknya .Perasaan anak mudah terguris.
6.Hormati Pilihan Anak
Hormat anak untuk pilih pakaian yang dia suka, makanan kegemarannya, warna,permainan yang dia suka.Sambil berbincang-bincang mengenainya untuk galakkan dia berbincang dan lahirkan ideanya sendiri.
7.Jaga Ketenangan Dalam Rumah
Jiwa dan rumah yang tenang banyak mempengaruhi tingkahlaku kita sebagai ibu bapa dan seterusnya anak.Anak-anak lebih senang untuk ‘mendengar kata ibu ayahnya’ jika panduan itu jelas. Jelas tentang apa yang kita nak mereka bantu.
Bandingkan ayat-ayat ini…
“Berapa kali dah mak cakap bawa pinggan ni ke dapur?’
“Sayang…pinggan ni macammana… sambil angguk dan senyum..kening angkat sikit…”
ANAK AKAN LEBIH SENANG MENDENGAR KATA KITA SEKIRANYA DIA DAPAT BELAJAR DARI KITA …maksud empati….faham…makna sayang….
Penulis ini, Dr Othman Talib berkongsi sekeping gambar kertas kerja murid sekolah. Pada bahagian nama, murid menulis namanya sebagai ‘Abang’.
Jelas beliau lagi, murid berkenaan bukanlah dari sekolah luar bandar, sebaliknya pelajar dari sekolah bandar. Sampai ke hari ini, masih ada lagi murid yang tidak pandai menulis nama sendiri.
Bukankah kenyataan ini menyedihkan. Lebih-lebih lagi jika hendak dibandingkan dengan keperluan pendidikan anak-anak di tahap 1 sekarang yang serba mencabar.
Mampukah generasi pelajar yang berdepan permasalahan ‘membaca, menulis dan mengira’ ini mengejar apa yang ditetapkan oleh kehendak pendidikan sekarang ini.
Dr Othman menerangkan sejelasnya apa yang perlu dihadamkan dalam memahami dilema yang sedang dihadapi generasi pelajar ini.
Murid Sekolah Bandar Masih Tersangkut-sangkut Tulis Nama Sendiri
1. Foto adalah tugas helaian kerja murid di sekolah bandar. Walaupun di bandar, bukan semua murid boleh menulis nama sendiri atau masih tersangkut-sangkut.
Jadi pelbagai perkara asas perlu dipastikan terlebih dahulu dikuasai oleh murid khususnya di Tahun 1, melebihi keinginan orang dewasa yang menyediakan silibus yang tinggi dan subjek yg banyak serta deretan buku teks sekolah untuk kumpulan ini.
2. Guru Tahap 1 adalah guru yang hebat tetapi perlu sokongan sepenuhnya dari sekolah hingga KPM kerana merekalah barisan hadapan pertama yang menghadapi dan menyediakan murid-murid ini untuk Tahap 2 dan seterusnya.
3. Kini jadual waktu ada yang dicantum untuk kurangkan buku yang dipikul bagi mengatasi beg berat. Tidak tahulah mengapa diperlukan sangat buku sehingga orang dewasa sanggup mencadangkan pelbagai strategi bagi memberi laluan kepada buku-buku teks sekolah berbanding denga kesediaan murid di awal persekolahan.
4. Mujur murid dalam foto ini tidak menulis nama sebagai ‘Abang Bin Ayah’ atau ‘Muhamad Bin Dedi’
5. Aku sendiri kenal ABC dan 123 ketika Darjah 1, maka aku percaya ada orang dewasa yang sekarang ‘gah’ berada dalam rantaian penyumbang polisi pendidikan yang ketika Darjah 1 dulu mungkin sahaja sama seperti kes dua foto tersebut. Mengapakah mereka tiada empati, sebagai salah satu asas pendidikan.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.