Tidak dinafikan aloe vera memiliki khasiatnya yang tersendiri terutamanya untuk kecantikan kulit. Jika mak-mak ada tanam pokok aloe vera, selain gunakan lendirnya, boleh juga direbus isinya untuk dimakan mahupun buat air.Namun ada caranya untuk bersihkan dan masak aloe vera ini.
Puan Nur As Shifa Halim ada kongsikan cara nak’proses’ Aloe vera ni serta berkongsi tip agar bila makan tekak tak rasa gatal.
Resepi Aloe Vera Jelly ala-ala Nata De Coco
“Kami share step by step kat gambar la kan senang nak terang.Sedap angpa oii sejukk ja masuk tekak (sis buat sirap limau).Sebelum ni tak lalu jugak nak makan, banyak buang ja aleo vera yang tua-tua tu,sebab bau dia Allah tak lepas nak piiii”
“Baru ni, suami sis try buat ehhh sedap pulak, masuk harini kali kedua lah ni try selepas adjust semua and google resepi bagi puas hati. Finally sedap rupanya Aleo Vera ni”
“Nak lagi bagus boleh makan mentah-mentah gitu, lagiii banyak khasiat, tapi pastikan cecair kuning (Aloe Vera Latex) boleh rujuk gambar dibawah kena buang dulu bagi bersih-bersih supaya tak gatal dan selamat dimakan”
1.Pilih yang matang (tua). Macam mana nak tau? Cuba tekan tengah-tengah tu kalau keras padat dah boleh harvest (tuai). Yang suami sis tanam ni spesies bila kecik ada bintik-bintik, dah besaq hilang bintik tu.
2. Part ni sangat penting. Nak keluarkan Aloe Latex (cecair kuning tu). Boleh akibatkan gatal-gatal kalau tak bersih elok-elok. Ni suami sis tegakkan Aloe Vera yang dituai tadi, tegakkan dalam 1-2 jam. Alhamdulillah kami buat step ni tak dak gatal-gatal tekak ka apa bila makan.
Ads
3.Lepas proses “tegak” tu,basuh bersih-bersih. Nak senang potong kepada 2 @3 bahagian ikut keselesaan anda nak proses. Sebab time 1st time buat, suami sis luka jugak tapak tangan. Duri Aloe vera agak tajam.
4.Buang bahagian tepi dulu (bahagian duri).
Ads
5.Buang kulit bahagian atas.
6.So dapat lah macam ni hasilnya. Basuh bersih-bersih. Dah boleh rebus.
Ads
7.Rebusan kali kedua dalam 15min saja (Aloe Vera+Gula batu+daun pandan) sukatan agak-agak angpa saja nak manis mana.
8. Siap untuk dihidanggg.Sedap naaa rasa macam peel fresh Marigold tu.
9. Close up. Selamat mencuba. Semoga bermanfaat ❤️
MW:Dah tahu caranya mudahlah nak buat sendiri di rumah nanti. Yang penting banyak khasiat aloe vera ni, terutamanya untuk kuit dan ikut cara betul yang dikongsikan ini, taklah gatal rasa tekak bila makan.
Buat Sendiri TAUFU FAH Elok Lembut Menjadi Guna 3 Bahan, Tak Payah Beli! Sedapnya Taufu Fah, baik dimakan sejuk mahupun panas. Taufu Fah selalunya ada di jual di pasar malam atau bazar ramadan. Namun sebenarnya boleh buat sendiri je Taufu Fah lembut dan sedap ni di rumah. Hanya guna 3 bahan je. Lebih sedap, jimat dan terjamin kebersihannya.
Mak-mak boleh cuba resipi Taufu Fah lembut yang dikongsikan oleh Puan Intan Mazura Masrisebagai panduan;
Boleh Praktis untuk bulan puasa ni. Macam senang je, kang dah pandai buat tak payah beli dekat luar. Alhamdulillah Taufu fa menjadi dan lembut guna 3 bahan sahaja.
Bahan-Bahan:
1 cawan Air
Agar-Agar 12 gram (Separuh bungkus)
2 liter Air soya/ 2 kotak besar
Sedikit gula
Cara Membuat:
1. Masukkan agar-agar ke dalam air, biarkan sehingga larut.
2. Bila agar-agar dah larut sebati tuangkan soya. Nak tambah gula sikit pon boleh. Kalau tak suka manis guna soya kurang gula.
3. Biar mendidih tutup api. Tuang dalam bekas besar sebab nanti kita nak ceduk ala-ala pasar malam tu kan. Tak best guna bekas kecik.
(Simpan peti ais bahagian chiller dalam 2-3jam)
Air Gula Melaka
Bahan-Bahan:
1 keping Gula Melaka
2 sudu gula putih
3 cawan air
Daun Pandan
Halia
Cara Membuat:
1. Campurkan Gula Melaka, gula putih dan air.
2. Masukkan sekali daun pandan dan halia sedikit. Jangan lupa tapis. Kalau nak buat air gula putih pun sama je step.
Tadaa jadik , lepas masukkan dalam peti 2-3 jam dah boleh makan .
Jagung rebus memang sedap, apatah lagi makan panas-panas. Ada cara untuk rebus jagung agar elok cantik tak kecut. Bukan apa, walaupun hanya rebus jagung, kalau salah caranya ia jadi keras, kecut dan tak sedap.
Ikut 6 Tip Rebus Jagung yang dikongsikan ini.
1. Waktu Letak Garam
Jangan tambah garam semasa merebus jagung. Ia akan keraskan isi jagung. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.
2. Tambah Sedikit Gula
Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
3. Simpan Jagung Dalam Peti Sejuk
Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.
4. Cara Merebus
Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dalam keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.
5. Sapu Mentega, Garam, Lada Sulah
Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.
6. Petik Jagung Waktu Pagi
Kalau ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.
Mingguan Wanita:Jadi jika nak rebus jagung, isi cantik & kekal manis tak kecut ikut tip yang dikongsikan ini. Paling penting jangan letak garam semasa jagung sedang direbus.
Bagi mak-mak yang suka berkebun, perasan ada ketika pokok yang kita tanam dah berbunga namun putiknya gugur dan menjadi sebab ia tak jadi berbuah. Walaupun kita dah letak baja, cahaya matahari dan siram air secukupnya.
Sebenarnya cuba perhatikan dua faktor yang menjadi punca buah tak lekat seperti yang dikongsikan oleh Sepang FarmVil ini.
Pokok berbunga tapi buah tak lekat. Cuba perhatikan dua faktor berikut:
1. Pasu/Bekas yang Kecil
Pasu/bekas yang kecil menyebabkan akar terkumpul dalam pasu dan tidak dapat terus berkembang.
Boleh cuba tebuk bahagian bawah pasu. Atau gantikan dengan bekas yang lebih besar. Atau tanam terus ke dalam tanah.
Saya ada satu pokok lemon yang sebelum ini hanya sempat berputik, kemudiannya luruh. Setelah saya keluarkan dari pasu, saya dapati akarnya telah terlalu padat. Setelah dipindahkan ke tanah, alhamdulillah banyak buah yang lekat.
2. Semut Hitam
Terdapat semut hitam yang merosakkan bunga dan akhirnya bunga tersebut gugur.
Boleh cuba letak ubat semut untuk menghalau. Atau gunakan kerengga. Yaa. Kerengga boleh menghalau semut dan membantu sebagai agen pendebungaan.
Saya ada satu pokok bidara epal yang berbunga lebat, tapi tiada satu pun buah yang lekat. Saya dapati ada semut kecil yang berkampung di sekitar bunganya.
Saya ambil satu sarang kerengga dan letakkan pada pokok tersebut. Alhamdulilah berhasil dan sekarang banyak putik buah yang ada.
Boleh mencuba jika mempunyai masalah yang sama. Moga berjaya!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.