Hiburan

Almy Nadia Beri Sokongan Suami Jadi DJ, “Sebulan Dua Orang Tahu Kecam Ja, Biarlah Dapat Pahala…”

Share

Almy Nadia beri sokongan suami jadi DJ, “sebulan dua orang tahu kecam ja, biarlah dapat pahala. Nama stesen radio Suria FM hangat dalam “pertelingkahan” selepas DJ Tyzo diberhentikan. Saling berbalas kenyataan di media sosial antara keduanya.

Namun di satu sudut lain, penyampai baru diperkenalkan dan Datuk Fizz Fairuz terpilih sebagai penyampai radio Suria bergandingan dengan Ajak dan Kai dalam segmen Morning Morning Suria.

Almy Nadia Beri Sokongan Suami Jadi DJ

Memulakan hari pertama kerja semalam, Almy Nadia telah menitipkan pesanan buat suami tercinta. Menulis di instagramnya, dirinya menulis, biarlah orang mengecam sebulan dua, sayang dapat pahala. Semua kerja memerlukan masa,sayang cari rezeki halal buat keluarga,” katanya memberikan semangat.

Tulisnya, “good luck sayang. Hari ni hari pertama syg jd DJ radio. Sebelum ni cuma jemputan, tak sama mcm jd real DJ. Buat terbaik ok sayang.

“Sebulan Dua Orang Tahu Kecam Ja, Biarlah Dapat Pahala…”

“Untuk sebulan dua ni,  memang orang tahu kecam ja. Follow back ka tak follow ka, kecam ja. Bagi depa kecam puas-puas sayang dapat pahala. Sebab sayang kerja cari rezeki untuk keluarga. Ikhlas seikhlasnya.

“Mama tahu ok sayang. Semua bidang baru perlukan masa, macam  orang lain jugak la. Dah jadi suami/isteri ka, dapat anak baru ka,dapat kerja baru ka, mesti perlukan masa untuk sesuaikan dengan keadaankan. Bukan tau KECAM, MAKI mcm tak ingat dunia.

“Macam tak pandang kiri kanan dok kecam dan menulisnya. Sabar itu indah, sabar itu cantik. Mama n family still love u dan sokong sayang @fizzfairuzofficial ok. Thank you @suriamalaysia bagi peluang kat suami kami jadi sebahagian dari family.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Dia Paling Cantik Di Mata Saya..” Perubahan Fizikal Isteri Tidak Pudarkan Cinta James Bond

Hamil Anak Kedua, Wanita Ini Mengidam Bersanding Sambil Diarak Keliling Kampung

“Kenangan Seumur Hidup..” Pengantin Lelaki Sebak Terpaksa BERSANDING Tanpa Isteri

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Poligami; Suami Happy, Isteri dan Anak Yang Depresi
Poligami. Seronok bagi lelaki, derita bagi anak dan isteri. Faktanya, isteri yang dipoligamikan mudah mengalami depresi dan anak-anak alami “childhood trauma”. – Kaunselor Haji Hushim Haji Salleh.
Published by
Almaswa Haji Che Ros