Allicin Dalam Bawang Putih Baik Untuk Kesihatan

Bawang putih atau nama saintifiknya Allium Sativum telah digunakan secara meluas sebagai bahan utama masakan dan dalam perubatan tradisional selama beribu tahun lalu.

Dikatakan dalam 100 gram bawang putih mengandungi 4 kalori, 1 gram karbohidrat, 0.2 gram protein, 0.1 gram serat, 0.1 gram milligram mangan, 0.9 miligram vitamin C, 5.4 miligram kalsium, dan 0.4 mikrogram selenium. Terdapat juga antioksidan seperti flavonoid, oligosakarida dan asid amino di dalam bawang putih.

Selain bawang putih juga turut mengandungi sebatian sulfur aktif seperti alliin, allyl propyl disulphide, diialil disulfida dan dialil trisulfide. Dikatakan ketika bawang putih mentah dikunyah di dalam mulut, zat-zat sulfur tersebut akan bertindakbalas membentuk allicin.

Banyak kebaikan bawang putih dari segi perubatan untuk merawat masalah kesihatan

1-Menurunkan Kolesterol

Bawang putih mengandungi allicin yang dikatakan mampu membunuh bakteria, kulat dan mengurangkan masalah pencernaan. Ia dikatakan mampu merendahkan sifat-sifat pembekuan darah. Tetapi paling mendapat perhatian, bawang putih dikatakan ammpu merendahkan tahap kolesterol.

Kebanyakan kajian yang menunjukkan keberkesanan bawang putih terhadap merendahkan kolesterol ini mengunakan lebih kurang 500 hingga 1000 miligram bawang putih. Pengambilan bawang putih ini pula adalah dalam bentuk bawang putih mentah atau tablet.

IKLAN

Tetapi sebelum mengambil bawang putih untuk tujuan merendahkan kolesterol, perlulah berbincang terlebih dahulu dengan pengamal perubatan terlebih dahulu kerana ia mungkin boleh bertindakbalas dengan beberapa penyakit atau perubatan yang sedang anda ambil.

2-Mengawal Tekanan Darah

Pengambilan bawang putih dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah. Terdapat kajian yang telah diterbitkan dalam BMC Cardiovascular Disorders pada tahun 2008. Dalam laporan kajian itu, saintis telah menganalisa 11 ujian klinikal yang telah diterbitkan dan menemui bawang putih lebih hebat daripada placebo dalam mengurangkan tekanan darah di kalangan mereka yang menghidap hipertensi.

Walaupun dengan meningkatkan pengambilan bawang putih dikatakan mampu membantu kesihatan dan melindungi daripada tekanan darah tinggi, namun suplemen bawang putih tidak seharusnya digunakan sebagai pengganti untuk penjagaan standard hipertensi.

Jika anda mahu menggunakan bawang putih dalam merawat hipertensi, dapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu.

3-Antibakteria & Antioksidan

Bawang putih dikatakan mengandungi sifat-sifat  mencegah kanser berikutan kaitannya dengan kesan-kesan antibakteria dan antioksidan pada tubuh. Dikatakan sebatian dalam bawang putih seperti allicin, flavonoids dan allyl sulfida menyumbang kepada mekanisma berbeza dalam mengurangkan risiko.

Namun begitu janganlah mengambil bawang putih sahaja untuk mengurangkan risiko kanser. Pakar dalam bidang nutrisi mencadangkan agar kita memakan pelbagai jenis makanan atau ‘rainbow of foods’ bagi memastikan kita mendapat pelbagai jenis fitozat yang menyihatkan. Menggabungkan bawang putih dengan sayuran, buah-buahan, serat pemakanan dan senaman dengan kerap dikatakan mampu dalam strategi pencegahan terhadap kanser.

Allicin Dalam Bawang Putih Baik Untuk Kesihatan

4-Merawat Jerawat

Bawang putih dikatakan boleh digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat jerawat. Ini semua disebabkan allicin dalam bawang putih mampu menghapuskan bakteria.

5-Merawat Keguguran Rambut

Bawang putih tinggi dengan keratin yang terdapat dalam sulfur. Keratin dikatakan mampu merangsang pertumbuhan dan pertahanan rambut. Dalam kajian yang telah diterbitkan dalam Indian Journal of Dermatology, Venerology and Leprology mendapati penggunaan gel bawang putih yang ditambah dalam rawatan betamethasone valerate  untuk merawat alopecia areata boleh berkesan dalam meningkatkan semula pertumbuhan rambut.

6-Menentang Demam Selesema Biasa

Dalam satu kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal Advances In Therapy 2001 menemukan pengambilan suplemen bawang putih setiap hari mampu mengurangkan jumlah demam selesema biasa sehingga 63 peratus jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambil suplemen ini.  Tempoh masa simptom-simptom demam selesema biasa ini juga telah dikurangkan sehingga 70 peratus, dari 5 hari ke 1.5 hari. Kajian ini mencadangkan suplemen yang mengandungi allicin ini mempunyai kesan perlindungan terhadap demam selesema biasa.