“Allahyarham Suhaimi pesan suruh anak-anak jaga saya jika ajal menjemputnya” itulah antara luahan Ina Naim tatkala bercerita tentang suaminya, Allahyarham Suhaimi Saad.
Semalam Mohd Suhaimi Saad yang juga bekas anggota Kumpulan In-Team menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.40 petang di Hospital Sultan Ismal (HSI) akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Jenazah Mohd Suhaimi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara pada pagi Khamis.
Seperti mana yang dipetik menerusi Sinar Harian, Ina memberitahu suaminya sempat berpesan pada anak-anak agar menjaganya.
“Allahyarham juga pesan suruh anak-anak jaga saya jika ajal menjemputnya, saya juga diminta menjaga anak-anak,” katanya.
Pemilik nama sebenar Nordiana Mohd Naim, 39 yang juga isteri kepada Allahyarham Suhaimi menyatakan arwah suami dan anak-anak sempat bermaafan sebelum mereka sekeluarga pulang ke Johor pada minggu lepas.
“Semasa dalam keadaan Allahyarham sakit, kami telah bermaafan sebelum saya membawa Allahyarham pulang ke Johor,” katanya.
Bukan itu saja suaminya juga pernah berpesan agar anak-anak berpegang teguh kepada suruhan ALLAH, al-Quran dan hadis.
“Biasanya kami akan bersembang sekeluarga.
“Allahyarham ada cakap sudah selesai tanggungjawabnya mengajar kamu (anak-anak) mengenali ALLAH, al-Quran dan hadis.
“Pegang kuat-kuat (tiga perkara ini),” ungkap Ina.
Untuk rekod Suhaimi berkahwin dengan Nordiana Mohd Naim, 39, pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15; Sallman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.
Baca Disini : Suami Ina Naim, Suhaimi Saad Meninggal Dunia
Suami Ina Naim, Suhaimi Ditidurkan & Bergantung Bantuan Pernafasan Di ICU
Sumber & Foto Kredit : Sinar Harian
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.