Allahyarham Hafal 30 Juzuk Al-Quran, Bersyahadah Dengan Sempurna Sebelum Dijemput Ilahi

Share

Pemergian Allahyarham Siti Aminah Bte Mohd Nor yang sudah khatam 30 juzuk Al-Quran, meninggal dunia di bulan Ramadan.. sungguh inilah pemergian yang dicemburui. Iaitu kematian yang husnul khatimah.

Semasa hayatnya, Allahyarham yang baru berusia 24 tahun ini seorang yang sangat menghormati gurunya. Allahyarham juga sangat kuat beramal.

Sehinggakan rakan-rakan dan pelajar-pelajar lainnya sangat menghormatinya dan menggelarnya macam wali.

Gelaran itu diberikan kerana kuatnya Allahyarham beramal dan bersantun, rajinnya belajar.

Allahyarham juga, MasyaAllah.. seorang yang sangat pemalu. Kalau mahu bertanyakan soalan kepada saya, saya terpaksa minta dia tulis dekat kertas. Kerana sifatnya yang terlalu malu.

Begitu halnya semasa hidup, Allahyarham seorang yang sangat kuat berzikir. Malah, ada wirid-wiridnya yang diamalkan setiap hari.”

Guru yang mendidik Allahyarham, Uwais AlQarni Abdul Wahab berkongsi kisah kebaikan Allahyarham Siti Aminah sepanjang anak muridnya itu menuntut di madrasah Pusat Pengajian Tahfiz Ribat Al-Mustafa & Ribat Az-Zahra.

Baca sini : Semasa Hayat Bibir Tak Lekang Berzikir, Tasbih Dan Sedekah, Pemergian Mak Yang Dicemburui

Allahyarham Siti Aminah Khatam 30 Juzuk Al-Quran

Kongsi Ustaz Uwais, “Pagi ini merasa sangat sedih atas pemergian ke rahmatullah seorang murid saya yang sangat beradab dan berakhlak di Ribat az-Zahra.

Beliau adalah Siti Aminah bte Mohd Nor yang telah berjaya mengkhatamkan al-Quran 30 juzuk bersama kami di sini.

Kata Sidi Rawwas dalam syairnya:
والجنازة لنا شاهدة تروي منا طواه العمر
Jenazah itu kan menjadi bukti kepada kita tentang apa yang telah si mati habiskan sepanjang umurnya

Beliau dijemput Allah SWT di hari kewafatan Nabi , di bulan yang mulia dan menghampiri hari Nuzul al-Quran yang tersemat di dadanya. Saya diberitahu beliau mengucapkan 2 kalimah syahadah dengan sempurna sambil jarinya ditungkat ke langit sebelum menghembuskan nafas terakhir.. Ya Rabb ..

Saya sebagai gurunya menjadikan saksi kepada Siti Aminah pada segala kebaikan, kesantunan, ketaataannya kepada Allah & Rasul serta ibubapa, keluarga & semua kenalannya.

Moga Allah mengampuninya dan menempatkannya bersama Nabi Muhammad SAW di Syurga Firdaus Tertinggi..”

Baca sini : ‘Di Rumah Allah Pada Malam Ramadan, Sedang Solat Malaikat Cabut Nyawa..’ Kematian Yang Dicemburui

Allahyarham Disahkan Kanser Usus

Maklum gurunya, semasa hayatnya Allahyarham Siti Aminah menghidap penyakit yang datang secara berperingkat. Sehinggakan akhirnya anak muridnya itu terpaksa membuat pembedahan membuang ketumbuhan.

Kemudian, ada efek pada rahim sehingga tidak boleh membuang air kecil. Dan akhirnya, disahkan kanser usus.”

Penyakit yang dihidapi Allahyarham itu lama kelamaan menjadikan tubuhnya begitu kurus sehingga tinggal tulang saja. Dan akhirnya Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kongsi Ustaz Uwais lagi, semasa pengebumian anak muridnya itu baik waktu solat jenazah mahupun ketika berada di kubur, ramai yang hadir untuk menghormati perjalanan akhir jenazah.

Alhamdulillah, saya sebagai gurunya dapat memimpin solat dan bacaan talqin untuk beliau.”

Itulah perjalanan akhir Allahyarham Siti Aminah yang berusia 24 tahun, yang hafal 30 juzuk Al-Quran.

Mingguan Wanita : Al-Fatihah.. semoga roh Allahyarham Siti Aminah Bte Mohd Nor ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Sumber/Foto : Uwais AlQarni Abdul Wahab

Published by
Netty Ah Hiyer